Panduan Lengkap Semakan Cukai Tanah Negeri di Malaysia 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Panduan Lengkap Semakan Cukai Tanah Negeri di Malaysia 2024

Sebagai pemilik hartanah di Malaysia, anda mempunyai tanggungjawab untuk membayar cukai tahunan antaranya cukai tanah. Anda kini boleh buat semakan cukai tanah dan bayar cukai tanah dengan mudah secara online melalui portal Pejabat Tanah dan Galian.

10 Cara Semak Cukai Tanah di Malaysia yang Anda Perlu Tahu

Cukai tanah atau turut dikenali sebagai quit rent ialah sejenis cukai yang dikenakan ke atas hartanah persendirian. Pemilik hartanah di Malaysia perlu menjelaskan cukai tanah kepada kerajaan negeri lokasi hartanah tersebut berada. Sebagai contoh, jika anda memiliki hartanah di Pahang, anda boleh layari laman web PTG Pahang Semakan Cukai Tanah untuk semak cukai tanah anda.

Kebanyakan portal ini memerlukan maklumat tertentu bagi menyemak bayaran cukai tanah anda seperti nombor akaun atau nombor hak milik tanah. Semua maklumat ini boleh didapati daripada bil fizikal cukai tanah lama anda. Bagi memudahkan anda, ikuti perkongsian ini untuk ketahui cara semak cukai tanah secara online mengikut negeri-negeri di Malaysia.

1. Semakan Cukai Tanah Selangor

Anda boleh semak cukai tanah dan bayar cukai tanah secara online di Selangor melalui portal PTG Selangor Semakan Cukai Tanah seperti berikut:

      • Layari portal eHasil Selangor,  kemudian klik Setuju dan Teruskan;
      • Ada dua kaedah semakan yang boleh dipertimbangkan iaitu semakan melalui no. akaun atau melalui perincian hakmilik;
      • Untuk menyemak cukai tanah melalui Nombor Akaun, masukkan nombor akaun dan isi captcha, kemudian klik butang cari;
      • Untuk semak cukai tanah melalui Perincian Hakmilik pula, anda perlu masukkan Jenis Perincian (cukai tanah atau cukai petak), Daerah, Mukim/Bandar/Pekan, Jenis Hakmilik dan Nombor Hakmilik;
      • Masukkan captcha kemudian tekan butang Cari;
      • Hasil carian akan dipaparkan.

2. Semakan Cukai Tanah Kuala Lumpur

Jika anda memiliki hartanah di Kuala Lumpur, anda boleh buat semakan cukai tanah KL seperti berikut:

      • Layari portal e-Bayaran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan;
      • Pilih jenis carian seperti No Akaun, ID Hakmilik Tanah, ID Hakmilik Strata atau No Lot/PT;
      • Jika pilihan carian anda adalah melalui Nombor Akaun, masukkan no akaun anda dan klik butang Cari;
      • Hasil carian anda akan dipaparkan.

3. Semakan Cukai Tanah Pahang

Semakan cukai tanah di Pahang boleh dilakukan melalui cara berikut:

      • Layari portal PTG Pahang Semakan Cukai Tanah kemudian klik (✔️) dengan terma dan syarat yang ditetapkan;
      • Anda akan dibawa ke halaman Semakan Maklumat Cukai Tanah;
      • Untuk semak cukai tanah, anda perlu masukkan Nombor Hakmilik sahaja atau anda juga boleh masukkan Daerah, Mukim, Jenis Hakmilik dan Nombor Hakmilik/Geran, kemudian klik Semak Cukai;
      • Hasil carian anda akan dipaparkan.

Cara semak cukai tanah online

4. Semakan Cukai Tanah Perak

Anda boleh menyemak cukai tanah di Perak melalui kaedah ini:

      • Layari portal e-Bayaran Pejabat Pentadbiran Negeri Perak untuk membuat semakan dan bayar bil cukai tanah;
      • Pilih jenis semakan cukai sama ada melalui ID Hakmilik Tanah, ID Hakmilik Strata, No. Akaun/ID Hakmilik;
      • Jika anda memilih ID Hakmilik Tanah, masukkan butiran-butiran lain yang diperlukan seperti Daerah, Bandar/Pekan/Mukim, Jenis Hakmilik dan Nombor Hakmilik;
      • Kemudian, tekan butang Cari;
      • Hasil carian anda akan dipaparkan untuk rujukan anda.

5. Semakan Cukai Tanah Pulau Pinang

Semakan Cukai Tanah Penang boleh dibuat melalui portal PgLAND Bagi menggunakan perkhidmatan di portal ini, anda perlu daftar masuk terlebih dahulu.

Portal ini menyediakan perkhidmatan antaranya bayaran cukai, semakan perserahan, carian persendirian atau rasmi dan lain-lain lagi.

6. Semakan Cukai Tanah Perlis

Anda boleh semak cukai tanah Perlis melalui kaedah ini:

      • Untuk buat e-Semakan cukai tanah, anda perlu layari portal Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis;
      • Kemudian, masukkan ID Hakmilik atau No. Akaun;
      • Pilih Mukim/Bandar/Pekan, Jenis Hakmilik dan No. Hakmilik dan tekan butang Cari;
      • Hasil carian anda akan dipaparkan.

7. Semakan Cukai Tanah Terengganu

Bagi menyemak cukai tanah di Terengganu pula, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:

      • Layari portal Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kerajaan Negeri Terengganu;
      • Masukkan No Akaun dan klik butang Cari;
      • Selain itu, anda juga boleh membuat carian dengan memasukkan Daerah, Mukim/Bandar/Pekan, Jenis Hakmilik dan No Hakmilik kemudian tekan butang Cari;
      • Hasil carian anda akan dipaparkan.

8. Semakan Cukai Tanah Kelantan

Proses menyemak cukai tanah Kelantan boleh dibuat melalui portal Hasil Tanah Kelantan. Bagi menggunakan perkhidmatan di portal ini, anda perlu daftar masuk terlebih dahulu.

cukai tanah, cukai petak antara cukai yang perlu dibayar oleh pemilik rumah

9. Semakan Cukai Tanah Melaka

Bagi menyemak cukai tanah di Melaka, anda boleh semak melalui laman utama MelakaPay. Bagi menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu mendaftar masuk akaun anda terlebih dahulu.

10. Semakan Cukai Tanah Negeri Sembilan Online

Anda boleh semak cukai tanah dan bayar cukai tanah Negeri Sembilan online melalui portal e-PTGNS PTG Negeri Sembilan seperti berikut:

      • Layari portal e-PTGNS PTG Negeri Sembilan, kemudian klik Setuju dan Teruskan;
      • Ada dua kaedah semakan yang boleh anda pilih iaitu semakan melalui No. Akaun/No. Hakmilik atau melalui Perincian (cukai tanah, cukai petak/strata atau lot);
      • Untuk semak cukai tanah melalui Nombor Akaun, masukkan nombor akaun dan klik butang cari;
      • Untuk semak cukai tanah melalui Perincian pula, anda perlu masukkan jenis perincian pilihan anda – dalam kes ini Cukai Tanah;
      • Dropdown Daerah, Mukim/bandar/pekan, Jenis Hakmilik dan Nombor hakmilik akan dipaparkan – isi semua maklumat diperlukan, kemudian tekan butang Cari;
      • Hasil carian akan dipaparkan.

Cara Bayar Cukai Tanah Secara Online

Anda juga boleh memanfaatkan kemudahan pembayaran secara dalam talian yang disediakan oleh hampir kesemua Pejabat Tanah dan Galian Negeri di Malaysia.

Bagi ketahui cara bayar cukai tanah online mengikut negeri, anda boleh ikuti artikel Panduan Lengkap Cara Bayar Cukai Tanah Online di Malaysia 2023 ini.

Beli Insurans Rumah untuk Ketenangan Fikiran

Bayar Cukai Tanah, Beli Insurans Rumah untuk Ketenangan Fikiran

Pemilik hartanah di kebanyakan negeri perlu membayar cukai tanah sebelum 31 Mei setiap tahun. Sudah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil) untuk membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.

Hasil kutipan cukai boleh membantu kerajaan negeri masing-masing mendapatkan pendapatan sekali gus membantu kerajaan menguruskan negeri dengan lebih baik.

Mengikut undang-undang yang tertulis dalam Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, tanah boleh dirampas sekiranya anda gagal menjelaskan Cukai Tanah seperti yang ditetapkan.

Selain itu, jika anda mempertimbangkan untuk mendapatkan insurans rumah terbaik di Malaysia, anda boleh dapatkan insurance rumah anda di Qoala! Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans paling dipercayai di Malaysia.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60