Panduan Lengkap Cara Bayar Cukai Tanah Online di Malaysia 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Panduan Lengkap Cara Bayar Cukai Tanah Online di Malaysia 2024

Urusan berkaitan bayar cukai tanah di negeri Selangor kini boleh dilakukan secara online. Inisiatif ini diwujudkan bagi membolehkan urusan bayar cukai tanah dilakukan oleh pemilik hartanah dengan lebih pantas dan mudah.

Semakan Cukai Tanah Selangor, Cara Bayar Cukai Tanah Online yang Anda Perlu Tahu

Pemilik hartanah di Malaysia perlu bayar cukai tanah kepada kerajaan negeri lokasi hartanah yang dimiliki. Kebanyakan negeri menetapkan tarikh pemotongan (cut-off date) untuk pemilik hartanah menjelaskan pembayaran cukai tanah adalah pada 31 Mei setiap tahun.

Ikuti perkongsian ini untuk ketahui kaedah semakan cukai tanah serta cara bayar cukai tanah online di Selangor (dan negeri-negeri lain di Malaysia).

Cara Buat Semakan Cukai Tanah Selangor Online

Bagi Negeri Selangor, proses semak cukai tanah dan bayar cukai tanah kini boleh dilakukan secara online tanpa perlu ke Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Untuk buat semakan cukai tanah Selangor secara online, anda boleh layari laman web rasmi Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS). Kemudian pilih mana-mana cara semak cukai tanah yang sesuai untuk anda seperti berikut:

Cara Semak Cukai Tanah Selangor Guna ID Hak Milik

Berikut merupakan cara semakan cukai tanah Selangor online untuk rujukan anda:

      1. Layari pautan https://ehasil.selangor.gov.my/app/search;
      2. Pilih “Jenis Bil Cukai Tanah” dan pilih jenis carian menggunakan “ID Hak Milik”;
      3. Kemudian, pilih “Daerah”, “Mukim”, “Jenis Hak Milik” dan “Nombor Hak Milik” – kesemua maklumat ini perlu diisi;
      4. Tekan butang “Cari” dan keputusan carian akan dipaparkan;
      5. Sekiranya terdapat cukai tanah yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah atau cukai petak yang perlu dibayar dan butang “Bayar” akan dipaparkan;
      6. Anda boleh membuat pembayaran jika ada mempunyai sebarang tunggakan bayaran;
      7. Paparan mesej “Maaf, carian tidak dijumpai. Sila cuba lagi.” sekiranya carian tidak menemui sebarang rekod.

Cara Semak Cukai Tanah Selangor Menerusi Nombor Akaun 14 Digit

Berikut merupakan cara semak cukai tanah Selangor online untuk rujukan anda:

      1. Layari pautan https://ehasil.selangor.gov.my/app/search;
      2. Kemudian, pilih “Jenis Bil Cukai Tanah”, dan pilih jenis carian melalui “No Akaun (14 Digit)”;
      3. Masukkan no akaun cukai tanah Selangor dan tekan butang “Cari” – keputusan carian akan dipaparkan;
      4. Sekiranya terdapat cukai tanah yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah atau cukai petak yang perlu dibayar serta butang “Bayar” akan dipaparkan;
      5. Lakukan pembayaran jika terdapat tunggakan bayaran yang perlu dibayar – mesej akan memaparkan “Maaf, carian tidak dijumpai. Sila cuba lagi.” sekiranya hak milik gagal ditemui.

Cara Semak Cukai Tanah Selangor Menggunakan Nombor Akaun Lama 21 Digit

Berikut merupakan cara semakan cukai tanah Selangor online untuk rujukan anda:

      1. Layari pautan https://ehasil.selangor.gov.my/app/search;
      2. Kemudian, pilih “Jenis Bil Cukai Tanah” dan jenis carian “No Akaun Lama (21 Digit)”;
      3. Pilih “Daerah” dan masukkan nombor akaun lama (21 digit) dan tekan butang “Cari”;
      4. Keputusan carian akan dipaparkan;
      5. Sekiranya terdapat cukai tanah yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah atau cukai petak yang perlu dibayar dan butang “Bayar” akan dipaparkan;
      6. Anda boleh membuat bayaran jika terdapat tunggakan yang perlu dijelaskan;
      7. Paparan mesej “Maaf, carian tidak dijumpai. Sila cuba lagi.” sekiranya hak milik gagal ditemui.

Cara Semak Cukai Tanah Selangor Melalui MySMS 15888

Berikut merupakan cara semak cukai tanah Selangor online untuk rujukan anda:

      1. Taipkan PTGS<jarak>CUKAI<jarak>No Akaun Cukai dan hantarkan ke 15888. Contoh: PTGS CUKAI 50844100606680;
      2. Kemudian, anda akan menerima mesej balas memaklumkan sama ada anda mempunyai cukai yang perlu dijelaskan atau tidak;
      3. Caj penghantaran sebanyak RM0.15 dan caj penerimaan sebanyak RM0.20 akan dikenakan.

Cara semak cukai tanah online

Cara Bayar Cukai Tanah Online Selangor

Setelah semakan cukai tanah anda berjaya, anda boleh ikuti panduan di bawah untuk teruskan proses bayar cukai tanah online:

  1. Sekiranya terdapat cukai tanah yang belum dibayar, skrin anda akan memaparkan jumlah amaun cukai tanah atau cukai petak yang perlu dibayar, serta butang “Bayar” di bahagian bawah;
  2. Tekan Butang “Bayar”, dan pilih mana-mana bank pilihan anda menerusi perbankan internet FPX;
  3. Kemudian, masukkan alamat e-mel anda;
  4. Tekan butang “Bayar” dan anda akan dibawa ke halaman perbankan online yang dipilih;
  5. Lakukan pembayaran. Setelah selesai membuat pembayaran, klik Cetak Salinan Resit Pembayaran untuk menyimpan salinan sebagai tujuan rujukan dan bukti pembayaran.

Alternatif Lain Bayar Cukai Tanah Selangor

Selain bayar cukai tanah secara online, anda juga boleh bayar cukai tanah Selangor melalui kaedah-kaedah seperti berikut:

Bayar Cukai Tanah Melalui Kaunter PTGS dan PDT

Untuk bayar cukai tanah di PTGS dan PDT, pembayaran boleh dilakukan sama ada secara tunai, kad kredit atau debit dan bank draf. Untuk senarai lengkap lokasi, anda boleh rujuk laman web utama PTGS.

Bayaran Cukai di Kiosk Majlis Bandaraya Subang Jaya

Selain itu, bayaran cukai tanah juga boleh dilakukan di mana-mana kiosk yang tersedia. Kiosk pembayaran cukai tanah ini boleh didapati di lokasi-lokasi seperti berikut:

      1. Ibu Pejabat MBSJ;
      2. Kaunter pandu lalu MBSJ;
      3. Pejabat Cawangan MBSJ Bandar Puteri;
      4. Pejabat Cawangan MBSJ Seri Kembangan.

Pembayaran Secara Perbankan Internet

Anda juga boleh melakukan pembayaran melalui perbankan internet. Anda hanya perlu layari laman web bank pilihan anda. Pembayaran secara perbankan internet hendaklah dibayar atas nama payee – Pejabat Pengarah Tanah & Galian Selangor atau Pejabat Tanah & Galian Selangor.

Bayaran Cukai Tanah Melalui Pos Malaysia

Selain renew road tax atau cukai jalan, anda juga boleh lakukan pembayaran cukai tanah di Pejabat Pos. Anda boleh hadir ke mana-mana cawangan Pejabat Pos berhampiran anda untuk melakukan proses ini. Pembayaran cukai tanah diterima di semua kaunter POS Malaysia Berhad di seluruh Malaysia.

Cara Bayar Cukai Tanah Online untuk Negeri-negeri Lain di Malaysia

Dengan kemudahan sistem pembayaran dalam talian, pembayaran cukai tanah untuk kebanyakan negeri-negeri di Malaysia juga kini boleh dilakukan secara online dengan mudah dan pantas.

Anda kini boleh nembayar cukai tanah secara online tanpa perlu membazirkan masa berjam-jam beratur di kaunter. Untuk pembayaran cukai tanah online mengikut negeri, anda boleh rujuk jadual di bawah:

Negeri Cara Bayar Cukai Tanah Online
Bayar cukai tanah online Johor https://johorpay.johor.gov.my/
Bayar cukai tanah online Kedah https://ibayaq.kedah.gov.my/
Bayar cukai tanah online Pahang https://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php
Bayar cukai tanah online Perak https://ptg.perak.gov.my/etanah-awam/
Cukai tanah Negeri Sembilan https://e.ptgns.ns.gov.my/
Bayar cukai tanah Penang https://pgland.penang.gov.my/
Bayar cukai tanah online Terengganu https://cukaiptg.terengganu.gov.my/esolarweb/main.php
Bayar cukai tanah Melaka https://melakapay.melaka.gov.my/
Cukai tanah Perlis https://ptg.ptgps.gov.my/esemakan
Bayar cukai tanah online Kelantan https://hasiltanah.kelantan.gov.my/
Bayar cukai tanah online Sabah http://www.quitrent.jtu.sabah.gov.my/
Cukai tanah Sarawak https://elasis.sarawak.gov.my/eLasis/searchLandRentPremiumEnquiry
Cukai tanah KL https://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml

Tempoh Bayaran Cukai Tanah

Biasanya, tempoh pembayaran cukai tanah setiap negeri di Malaysia adalah di antara 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun.

Kadar Bayaran Cukai Tanah

Secara asasnya, nilai cukai yang dikenakan berbeza-beza mengikut negeri dan lokasi. Ini bermaksud, ada kemungkinan setiap lokasi meskipun dalam negeri yang sama dikenakan jumlah cukai tanah yang berbeza-beza.

Cara semak cukai tanah online

Bayar Cukai Tanah Online untuk Elakkan Anda daripada Didenda

Secara asasnya, cukai tanah merupakan salah satu pendapatan kerajaan Negeri. Cukai yang dikutip ini biasanya akan digunakan untuk pengurusan serta pembangunan di sesebuah negeri tersebut.

Oleh sebab itu, penting untuk anda menjadi pemilik hartanah yang bertanggungjawab dengan membayar cukai tanah mengikut kadar yang telah ditetapkan negeri masing-masing. Kegagalan anda untuk membayar cukai tanah boleh menyebabkan hartanah anda dirampas.

Selain itu, jika anda mempertimbangkan untuk mendapatkan insurans rumah terbaik di Malaysia, anda boleh dapatkan insurance rumah anda di Qoala! Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans paling popular di Malaysia. Selain insurans rumah, Qoala juga turut menyediakan insurans kesihatan dan insurans kereta terbaik untuk anda.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60