Anda baru sahaja mula bekerja dan menerima gaji pertama anda, tetapi tiba-tiba majikan atau Jabatan Sumber Manusia meminta anda untuk semak no cukai pendapatan. Anda berkemungkinan telah mendaftar sebelum ini dan terlupa apakah nombor cukai pendapatan anda. Artikel ini akan memberikan panduan lengkap cara untuk membuat semakan no cukai pendapatan peribadi anda.
Bagaimana Cara untuk Membuat Semakan Nombor Cukai Pendapatan di Malaysia?
No cukai pendapatan juga dikenali sebagai Nombor Pengenalan Cukai (TIN). Apabila anda mendaftar sebagai pembayar cukai di Malaysia, anda akan diberikan nombor cukai pendapatan anda sendiri oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia atau LHDN.
Bagi anda yang mungkin telah mendaftar sebagai pembayar cukai tetapi terlupa nombor cukai anda, terdapat beberapa cara untuk anda semak nombor cukai pendapatan anda.
1. Semak Nombor Cukai Pendapatan Secara Online Melalui Laman Web MyTax
Anda boleh menyemak nombor cukai pendapatan anda dengan mudah secara dalam talian melalui laman web MyTax. Anda boleh log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda. Kemudian, anda akan dibawa ke dashboard cukai peribadi anda.
Nombor Pengenalan Cukai anda boleh diakses di sudut kiri atas dashboard cukai tersebut.
Apa yang Boleh Anda Lakukan Jika Anda Berdaftar Tetapi Lupa Kata Laluan?
Jika anda telah lupa kata laluan untuk mengakses laman web MyTax, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
-
-
- Buka laman utama MyTax dan log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda, kemudian klik “Lupa Kata Laluan”;
- Masukkan alamat e-mel yang telah didaftarkan untuk penetapan semula kata laluan;
- Anda akan menerima pautan “Penetapan Semula Kata Laluan” dalam e-mel anda;
- Klik pada “Pautan Penetapan Semula Kata Laluan” untuk menetapkan semula kata laluan anda;
- Log masuk dengan kata laluan baharu dan terus semak nombor cukai pendapatan.
-
Sila ambil perhatian bahawa pautan penetapan semula kata laluan hanya sah selama dua (2) hari. Pastikan untuk menetapkan semula kata laluan sebaik sahaja anda menerima pautan dalam e-mel anda.
2. Semak No Cukai Pendapatan Melalui HASiL Live Chat
Selain itu, anda juga boleh membuat semakan no cukai pendapatan dengan mengakses Perbualan Langsung HASiL. Perbualan Langsung HASiL boleh diakses melalui laman web MyTax.
3. Hubungi Talian HASiL
Anda boleh menghubungi Talian HASiL secara terus untuk meminta mereka menyemak nombor cukai pendapatan anda. Talian HASiL boleh dihubungi di +602-8911 1000 / +603-8911 1100 (untuk Luar Negeri).
4. Mengemukakan Borang Maklum Balas Pelanggan
Anda juga boleh menyemak nombor cukai pendapatan dengan mengemukakan Borang Maklum Balas Pelanggan menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web HASiL kemudian klik “Pertanyaan”;
- Selepas itu, klik “Cukai Individu” dan klik “Seterusnya”;
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan hantar pertanyaan untuk mendapatkan Nombor Pengenalan Cukai anda.
5. Semakan No Cukai Pendapatan di Pejabat HASiL Terdekat
Cara lain untuk anda menyemak nombor cukai pendapatan adalah dengan pergi ke mana-mana cawangan LHDN yang berdekatan dengan anda. Anda boleh rujuk pautan ini untuk mengetahui lokasi cawangan LHDN terdekat dengan anda.
Apa Yang Berlaku Jika Anda Tidak Memiliki Nombor Cukai Pendapatan?
Di Malaysia, nombor cukai pendapatan atau Nombor Pengenalan Cukai (TIN) berfungsi sebagai pengenalan unik untuk pembayar cukai. Individu yang berumur 18 tahun ke atas, dan entiti lain seperti Syarikat, Perkongsian, Perniagaan Perseorangan, Amanah Perniagaan dan lain-lain akan diberikan no cukai pendapatan tertentu.
Adakah Anda Perlu Mendaftar untuk Mendapatkan Nombor Cukai?
Ya, anda perlu mendaftar nombor cukai pendapatan jika anda termasuk dalam mana-mana kategori yang disenaraikan di bawah:
- Individu yang bujang dengan pendapatan lebih daripada RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP);
- Individu berkahwin dan pasangan yang tidak bekerja yang menerima pendapatan melebihi RM46,001 setahun;
- Individu yang memperoleh pendapatan daripada perniagaan;
- Pekerja baharu yang tertakluk kepada Potongan Cukai Bulanan (PCB LHDN);
- Individu dengan pendapatan yang dikenakan cukai; atau
- Individu yang menjual atau membeli hartanah di Malaysia.
Bermula 2 Januari 2023, nombor cukai pendapatan atau TIN anda akan mempunyai awalan yang berbeza – awalan “IG” bagi menggantikan awalan “SG” atau “OG” sebelum ini. Meskipun begitu, digit lain pada TIN anda kekal sama. Bagi entiti bukan individu, tambahan “0” akan ditambahkan di hujung TIN sedia ada. Anda boleh lihat jadual di bawah untuk perbandingan antara TIN lama dan TIN baharu:
Kategori | Versi TIN Lama | Versi TIN Baharu | Catatan |
Individu | SG115002000
SG4040080091 OG56003500070 |
IG115002000
IG4040080091 IG56003500070 |
Awalan “IG” baharu yang menggantikan awalan “SG/OG” sedia ada |
Bukan individu | C2088005001
D480099002 E9100550006 F1023456709 |
C20880050010
D4800990020 E91005500060 F10234567090 |
“0” ditambah pada hujung TIN yang terkini. |
Jika seseorang individu tidak mempunyai TIN, maka 12 digit Nombor MyKad individu akan digunakan oleh LHDN.
Mengapa Penting untuk Mendaftar Nombor Cukai Pendapatan (TIN)?
Sebagai individu yang dikenakan cukai, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk mendaftar no cukai pendapatan. Ini bagi membolehkan anda mengisytiharkan dan mengemukakan cukai pendapatan setiap tahun kepada LHDN. Kegagalan anda untuk berbuat demikian boleh memberi kesan yang serius termasuk perlu membayar cukai tertunggak dan denda.
Tunaikan Tanggungjawab Anda, Semak Nombor Cukai Pendapatan untuk Bayar Cukai Pendapatan
Secara keseluruhan, LHDN membolehkan proses semakan nombor cukai pendapatan lebih mudah melalui pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan dalam artikel ini. Nombor cukai pendapatan penting yang anda harus miliki bagi bolehkan anda membayar cukai atau mengakses perkara-perkara lain berkaitan cukai pendapatan.
Selain itu, jangan lupa bahawa anda juga layak untuk mendapat pengecualian cukai jika anda mempunyai insurans kesihatan dan perubatan. Anda boleh rujuk artikel pengecualian cukai untuk insurans kesihatan dan perubatan untuk info lanjut.
Beli insurans kesihatan terbaik di Qoala hari ini. Qoala adalah platform perbandingan insurans terbesar dan dipercayai di Malaysia. Anda boleh mendapatkan insurans kesihatan dan perubatan dengan jaminan proses yang mudah, cepat, dan selamat.