Cara Maksimumkan Pelepasan Cukai untuk Insurans 2024

Kali terakhir diperbaharui Feb 2, 2024 oleh Shafiq Wahab
Cara Maksimumkan Pelepasan Cukai untuk Insurans 2024

Setiap tahun apabila isi e-filing cukai pendapatan, anda mesti mohon pelepasan cukai untuk insurans dan lain-lain. Pelepasan cukai adalah potongan yang dibenarkan terhadap cukai pendapatan. Setiap pembayar cukai boleh memohon pelepasan cukai untuk mengurangkan jumlah cukai pendapatan untuk tahun tersebut.

Jenis Insurans yang Anda Boleh Mohon untuk Pelepasan Cukai

Jika majikan anda ada membuat potongan cukai bulanan, anda boleh mengisi e-filing untuk mendapatkan semula cukai pendapatan terlebih bayar. Salah satu pelepasan yang anda boleh mohon adalah pelepasan cukai untuk insurans atau premium insurans yang telah dibayar untuk tahun taksiran semasa.

Untuk Tahun Taksiran 2023, anda boleh memohon pelepasan cukai untuk insurans kesihatan dan insurans nyawa. Artikel ini akan berkongsi lebih lanjut tentang pelepasan cukai untuk insurans yang boleh anda tuntut bagi tahun taksiran 2023.

1. Premium Insurans Nyawa/Takaful Hayat

Jika anda memiliki insurans nyawa, anda boleh mohon pelepasan cukai untuk insurans nyawa. Premium insurans nyawa yang layak untuk pelepasan cukai merujuk pada:

  • Insurans yang dibeli atas nyawa anda sendiri atau pasangan sahaja;
  • Premium insurans yang dibayar untuk kanak-kanak tidak termasuk dibawah kategori pelepasan cukai;
  • Premium insurans mestilah telah dibayar oleh pembayar cukai atau anda sendiri;
  • Premium yang berhubung dengan insurans di bawah skim takaful mengikut Akta Takaful 1984 juga tertakluk pada pelepasan cukai untuk insurans.

Pelepasan Cukai untuk Insurans: Isytiharkan Cukai Pendapatan dengan Betul untuk Elakkan daripada Penalti

Pelepasan Cukai untuk Insurans Nyawa/Takaful Hayat

Mulai tahun 2023, pelepasan cukai untuk insurans atau takaful keluarga ini termasuk caruman sukarela tambahan.

Kategori Jumlah Pelepasan Cukai 
Penjawat Awam Berpencen 
  • Terhad RM7,000 – Premium Insurans Nyawa
Individu Bukan Penjawat Awam 
  • Terhad RM3,000 – Premium Insurans Nyawa atau Caruman Tambahan Sukarela
  • Terhad RM4,000 – Caruman KWSP

2. Insurans Pendidikan atau Insurans Perubatan

Selain itu, anda juga boleh menuntut pelepasan cukai untuk insurans pendidikan dan perubatan. Untuk polisi insurans pendidikan, anda layak mendapatkan pelepasan cukai untuk insurans sekiranya:

  • Polisi insurans pendidikan yang diambil adalah untuk diri anda sendiri, pasangan atau anak;
  • Benefisiari polisi adalah anak;
  • Untuk polisi takaful, peserta adalah ibu/bapa dan manfaat polisi mestilah dihibahkan kepada anak;
  • Jumlah matang untuk polisi konvensional dan polisi takaful mestilah dijadualkan untuk bayaran semasa umur anak di antara 13 dan 25 tahun.

Bagi polisi insurans perubatan pula, anda layak mendapat pelepasan cukai jika:

  • Perbelanjaan rawatan perubatan yang disebabkan oleh penyakit, kemalangan atau ketidakupayaan;
  • Perlindungan polisi adalah untuk tempoh 12 bulan atau lebih;
  • Perlindungan penyakit kritikal bersama perlindungan nyawa atau kemalangan peribadi, 60 peratus daripada premium layak dituntut sebagai potongan.

Pelepasan Cukai untuk Insurans Pendidikan atau Insurans Perubatan

Untuk tahun taksiran 2023, jumlah peruntukan pelepasan cukai untuk insurans pendidikan atau insurans perubatan terhad kepada RM3,000 sahaja. Bagi insurans perubatan, jika perlindungan penyakit kritikal terikat dengan perlindungan insurans nyawa atau kemalangan peribadi, anda layak menuntut potongan cukai untuk insurans perubatan sebanyak 60 peratus daripada premium yang dibayar.

Pelepasan Cukai untuk Insurans Nyawa dan Insurans Kesihatan dan Perubatan

Dapatkan Insurans Nyawa dan Insurans Perubatan untuk Nikmati Pelepasan Cukai untuk Insurans 2024

Anda digalakkan untuk mendapatkan insurans untuk perlindungan anda. Selain mendapat manfaat perlindungan insurans, anda boleh memaksimumkan pelepasan cukai dan mengurangkan cukai pendapatan ke atas premium insurans yang dibayar. Ini semestinya sangat berbaloi kerana dapat mengurangkan beban kewangan dan menambah simpanan anda.

Jangan lupa untuk menyimpan segala resit dan penyata bayaran selama tujuh tahun. Ini kerana pihak LHDN boleh meminta anda untuk mengemukakan bukti pelepasan cukai yang telah dituntut pada bila-bila masa. Anda boleh dikenakan denda jika gagal membuktikan tuntutan pelepasan cukai.

Jika anda ingin tahu tentang insurans kesihatan dan perubatan serta insurans hayat, layari qoala.my untuk info lanjut. Qoala merupakan platform pilihan ramai kerana ia memberikan perkhidmatan perbandingan insurans yang terbaik di Malaysia.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60