Perbelanjaan berkaitan penjagaan kesihatan tidak kira sama ada di hospital swasta mahupun hospital kerajaan adalah salah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan. Kos untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan terutamanya kos rawatan hospital swasta boleh menjadi sesuatu yang membebankan lebih-lebih lagi jika tidak dirancang dengan baik.
Cara Meminimumkan Impak Kewangan Disebabkan Kos Rawatan Hospital Swasta yang Mahal
Apabila bercakap tentang penjagaan kesihatan, penting untuk anda merancang kewangan dan bersedia dari awal. Apabila anda jatuh sakit, tiada apa yang lebih merisaukan melainkan kemampuan dan keupayaan anda untuk memperuntukkan dana bagi menampung kos rawatan perubatan yang mungkin menelan belanja yang mahal.
1. Bersedia Awal dengan Sebarang Kemungkinan
Masalah kesihatan atau penyakit kronik boleh berlaku pada sesiapa pun tanpa mengira usia atau jantina. Kos rawatan kesihatan terutamanya kos rawatan hospital swasta boleh menelan belanja yang tinggi. Jangan bertangguh atau tunggu sehingga sakit kerana insurans perubatan hanya boleh diperolehi oleh individu yang sihat.
Syarikat insurans biasanya akan membuat penilaian risiko seseorang individu – semakin tua usia anda, semakin tinggi risiko penyakit dan kos insurans yang perlu ditanggung.
Perbezaan Harga Kos Rawatan Hospital Swasta vs Kos Rawatan Hospital Kerajaan di Malaysia
Di Malaysia, terdapat dua sistem penjagaan kesihatan yang boleh dipertimbangkan iaitu hospital kerajaan dan hospital swasta. Apa yang membezakan kedua-dua hospital ini – kos rawatan kesihatan. Kos rawatan hospital swasta biasanya lebih mahal berbanding kos rawatan hospital kerajaan.
Hospital swasta secara asasnya menawarkan akses penjagaan kesihatan kepada individu yang berkemampuan memperuntukkan lebih dana. Berikut perbezaan antara kos rawatan hospital swasta dan kos rawatan hospital kerajaan untuk membantu anda bersedia dengan kos-kos yang mungkin perlu ditanggung:
Jenis Rawatan | Kos Rawatan Hospital Kerajaan | Kos Rawatan Hospital Swasta |
Kos angiogram jantung | RM50-RM200 | RM15,000-RM20,000 |
Kos pembedahan lutut (penggantian lutut bilateral) | RM10,000-RM35,000 | RM25,000-RM45,000 |
Pintasan graft arteri koronari | RM4,000-RM5,000 | RM25,000-RM80,000 |
Kemoterapi | RM200-RM300 untuk setiap sesi rawatan | RM50-RM4,000 untuk setiap kitarani rawatan |
Penggantian pinggul | RM8,000-RM15,000 | RM24,000-RM55,000 |
Kos pembedahan tulang belakang | RM15,000-RM36,000 | RM40,000-RM55,000 |
Katarak | RM100-RM540 | RM3,500-RM6,000 |
Rawatan strok | RM4,000 ke atas | RM35,000-RM75,000 |
Kos pembedahan katarak mata di hospital kerajaan | RM100-RM500 | RM3,500-RM6,000 |
Denggi | Percuma | RM1,000-RM3,000 |
Kos pembedahan batu hempedu (batu karang) | RM3,000-RM10,000 (bergantung pada kerumitan kes) | RM9,000-RM40,000 (bergantung pada kerumitan kes) |
Makluman: Kos rawatan ini mungkin berbeza bergantung pada penyedia penjagaan kesihatan serta tahap keseriusan keadaan perubatan. Kos tambahan tertentu mungkin terpakai seperti prapembedahan, saringan kesihatan, keperluan perubatan dan lain-lain bergantung pada keperluan individu.
2. Jangan Bertangguh untuk Dapatkan Insurans Kesihatan
Kenaikan kos rawatan terutamanya kos rawatan hospital swasta adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Cara terbaik untuk kurangkan impak terhadap kewangan peribadi anda adalah dengan mendapatkan perlindungan insurans kesihatan.
Insurans perubatan dan kesihatan adalah salah satu perancangan persaraan yang dipandang remeh oleh kebanyakan individu. Insurans kesihatan membolehkan anda mendapatkan rawatan di hospital swasta tanpa perlu menunggu lama atau memikirkan kos rawatan hospital swasta yang perlu ditanggung.
3. Ambil Kira Risiko Peribadi
Perancangan kewangan setiap individu adalah berbeza-beza bergantung pada risiko masing-masing. Ambil kira sejarah kesihatan keluarga untuk menentukan tahap risiko kesihatan anda supaya dapat bersedia dengan lebih baik. Maksudnya, jika ada ahli keluarga yang menghidap mana-mana penyakit kritikal, pertimbangkan untuk mendapatkan perlindungan yang bersesuaian.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit jantung koronari dan strok adalah pembunuh utama di Malaysia. Meskipun terdapat rawatan untuk penyakit-penyakit kritikal sebegini, kos rawatan terutamanya kos rawatan hospital swasta tidaklah murah.
Kos rawatan hospital swasta untuk penyakit strok misalnya boleh menelan belanja antara RM35,000 hingga RM75,000. Dalam tempoh 20 tahun, kos rawatan ini boleh meningkat lebih tinggi jika ambil kira peningkatan inflasi perubatan antara 10 hingga 15 peratus setiap tahun.
Beli Insurans Kesihatan di Qoala untuk Perlindungan dan Ketenangan Masa Depan
Apabila anda didiagnosis dengan penyakit-penyakit kritikal seperti strok atau kanser, ia boleh memberi kesan kepada emosi dan kewangan anda. Salah satu cara terbaik untuk mengatasi kebimbangan ini adalah dengan mendapatkan polisi insurans kesihatan yang akan menyokong keperluan perubatan anda.
Tidak kira sama ada pelan perlindungan peribadi atau insurans kumpulan, perlindungan insurans perubatan dan kesihatan yang dimiliki semestinya dapat meningkatkan kualiti hidup dan memberikan anda ketenangan fikiran. Sebelum beli polisi insurans perubatan, penting untuk anda:
- Dapatkan insurans perubatan ketika anda dalam masih sihat;
Dapatkan pelan medical card yang menyeluruh dengan ambil kira jangka hayat purata rakyat Malaysia iaitu 75 tahun; - Cari pelan perlindungan yang tidak mengenakan had maksimum seumur hidup untuk memastikan akses perlindungan yang berterusan;
- Cari had tahunan yang lebih tinggi untuk membantu mengatasi kenaikan kos perubatan dengan lebih baik;
- Pastikan penyedia insurans anda tidak mengenakan dasar kongsi insurans (atau ko-insurans) ke atas anda untuk elakkan anda daripada menampung sebahagian daripada bil hospital sendiri.
Anda boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut berkaitan pelan perlindungan insurans kesihatan terbaik di Malaysia.