5 Perkara Penting Perlu Tahu Tentang i-Saraan KWSP 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
5 Perkara Penting Perlu Tahu Tentang i-Saraan KWSP 2024

Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan atau turut dikenali sebagai i-Saraan KWSP merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh KWSP. Ia bagi menggalakkan golongan yang bekerja sendiri atau tiada sumber pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela untuk simpanan persaraan mengikut kemampuan.

i-Saraan KWSP: Kaedah Simpanan Terbaik untuk Perlindungan Hari Tua

i-Saraan KWSP atau Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan membolehkan ahli KWSP yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap membuat caruman sukarela. Dalam masa yang sama, ahli yang mencarum bagi tujuan simpanan persaraan juga akan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

Menerusi i-Saraan ini, ahli boleh membuat caruman pada bila-bila masa sehingga mencapai jumlah maksimum caruman sukarela iaitu sebanyak RM60,000 setahun.

1. Apa Itu i-Saraan KWSP?

i-Saraan KWSP terbuka kepada semua individu (lelaki atau perempuan) yang bekerja sendiri dengan sumber pendapatan tidak tetap. Ia berbeza dengan i-Suri KWSP yang terhad kepada suri rumah atau ibu tunggal yang berdaftar dengan e-Kasih. Secara asasnya, kemudahan i-Saraan diwujudkan untuk:

  • Menyediakan saluran untuk individu yang bekerja sendiri dan tiada sumber pendapatan yang tetap menabung bagi tujuan persaraan;
  • Meningkatkan jumlah individu yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP;
  • Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada individu yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk tabung persaraan mereka;
  • Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

2. Apakah Manfaat Ahli di Bawah i-Saraan KWSP?

Banyak manfaat yang boleh dinikmati oleh ahli KWSP sekiranya mencarum dalam skim i-Saraan KWSP ini, antaranya:

Dividen Tahunan

Pencarum berpeluang menikmati dividen tahunan KWSP ke atas simpanan persaraan.

Bantuan Kematian

Boleh mendapat bantuan kematian sebanyak RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP).

Pengeluaran Simpanan

Pencarum boleh mencarum mengikut kemampuan kewangan masing-masing dan boleh membuat pengeluaran KWSP sekiranya perlu.

Pelepasan Cukai

Simpanan dalam akaun KWSP tertakluk kepada pelepasan cukai pendapatan.

Insentif Kerajaan

Pencarum boleh menerima insentif khas sebanyak 15 peratus daripada kerajaan. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022. Namun begitu, ia tertakluk pada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun.

Cara daftar i-Saraan KWSP untuk Simpanan Persaraan golongan tiada pendapatan tetap

3. Siapa yang Boleh Memohon i-Saraan KWSP?

Untuk membuat pendaftaran i-Saraan KWSP, individu perlu memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 55 tahun ke bawah;
  • Bekerja sendiri – individu yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja seperti petani, peniaga kecil, ejen insurans dan hartanah dan lain-lain;
  • Ahli KWSP.

Individu yang melepasi syarat kelayakan di atas dan berminat untuk membuat caruman sukarela melalui i-Saraan boleh membuat pendaftaran di mana-mana pejabat KWSP yang terdekat.

4. Apa yang Diperlukan untuk Pendaftaran i-Saraan KWSP?

Anda memerlukan dokumen-dokumen berikut semasa ingin mendaftar i-Saraan KWSP:

  • MyKad;
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja);
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran);
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan).

5. Bagaimana Cara Mendaftar i-Saraan KWSP Online 2024?

Untuk mendaftar i-Saraan KWSP secara online, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal Pendaftaran i-Saraan untuk mendaftar secara dalam talian;
  2. Kemudian, isikan maklumat-maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, nombor KWSP, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel;
  3. Sahkan semua maklumat yang dikemukakan adalah benar, kemudian tandakan (/) pada kotak yang disediakan;
  4. Klik butang Hantar;
  5. Selesai.

Selain pendaftaran i-Saraan KWSP secara online, anda juga boleh daftar i-Saraan di mana-mana pejabat KWSP berhampiran seperti berikut:

  1. Muat turun borang pendaftaran dan dokumen-dokumen diperlukan seperti berikut Borang KWSP 16G (M) dan Borang KWSP 6A (2);
  2. Isikan borang tersebut dengan lengkap dan betul;
  3. Bawa bersama borang-borang yang lengkap diisi serta kad pengenalan (MyKad) ke pejabat KWSP yang berhampiran;
  4. Maklumkan kepada kakitangan untuk membuat pendaftaran i-Saraan;
  5. Selesai.

Simpan duit di KWSP hari ini untuk perlindungan masa depan

i-Saraan KWSP: Perancangan Simpanan Persaraan Individu Tanpa Pendapatan Tetap

Kemudahan i-Saraan KWSP membantu individu khususnya golongan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk mempunyai simpanan persaraan. Simpanan KWSP dapat membantu pencarum untuk lebih bersedia bagi hadapi segala kemungkinan luar jangka terutamanya dari aspek kewangan selepas bersara.

Apabila usia meningkat, lebih banyak wang yang diperlukan untuk menampung kehidupan seperti belanja kos perubatan dan sebagainya. Di sinilah peranan simpanan KWSP untuk melindungi ahli dengan menyediakan manfaat persaraan untuk menampung keperluan dan kesejahteraan masa depan.

Selain itu, jika anda ingin melindungi masa depan anda dengan perlindungan insurans kesihatan, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans paling popular di Malaysia. Anda boleh mendapatkan polisi insurans kesihatan terbaik di Malaysia dengan tawaran harga yang kompetitif dan terbaik.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60