Bila Perlu Bayar Zakat Pendapatan di Malaysia 2024?

Kali terakhir diperbaharui May 28, 2024 oleh Shafiq Wahab
Bila Perlu Bayar Zakat Pendapatan di Malaysia 2024?

Zakat pendapatan ialah sedekah wajib dalam Islam yang dikira berdasarkan peratusan pendapatan seseorang individu. Zakat pendapatan wajib bagi individu yang melepasi kadar dan nisab yang telah ditetapkan. Bagi anda yang baru melangkah ke alam pekerjaan, tentu anda tertanya-tanya bila perlu bayar zakat pendapatan?

Bila Kena Bayar Zakat Pendapatan?

Zakat pendapatan wajib ke atas individu yang melepasi atau cukup kadar nisab semasa yang ditetapkan. Maksud cukup nisab di sini ialah anda telah melepasi had minimum kekayaan yang dimiliki.

Zakat pendapatan hanya perlu dikira selepas tamat tempoh haul – cukup tempoh masa setahun ke atas harta yang dimiliki.

Berapa Kadar dan Nisab Zakat Pendapatan?

Di Malaysia, nisab zakat pendapatan ditentukan berdasarkan nilai 85 gram emas atau 595 gram perak. Untuk tahun 2024, kadar nisab zakat pendapatan di Kuala Lumpur telah ditetapkan sebanyak RM24,198. Kadar zakat pendapatan pula adalah 2.5 peratus daripada pendapatan tahunan individu.

Jadi, jika anda mempunyai pendapatan bersih sebanyak melebihi RM24,198 dalam tempoh tahun taksiran, anda telah melepasi nisab dan perlu membayar zakat pendapatan.

Bila Perlu Bayar Zakat Pendapatan di Malaysia?

Bagaimana Cara Bayar Zakat Pendapatan?

Biasanya, ada individu yang memilih untuk bayar zakat pendapatan pada hujung tahun atau setiap bulan melalui potongan atau caruman zakat secara berjadual. Potongan zakat secara bulanan akan dibuat oleh majikan dan pemotongan tersebut akan tertera di dalam penyata gaji bulanan.

Potongan gaji secara bulanan biasanya menjadi pilihan kerana cara ini lebih memudahkan dan tidak membebankan. Pembayar zakat tidak perlu mengeluarkan sejumlah amaun yang besar sekaligus untuk pembayaran zakat pendapatan pada hujung tahun.

Siapa yang Perlu Bayar Zakat Pendapatan?

Zakat pendapatan perlu dibayar dan menjadi kewajipan bagi individu yang telah cukup syarat, nisab dan haul. Berikut syarat-syarat untuk bayar zakat pendapatan.

1. Beragama Islam

Zakat pendapatan perlu dibayar oleh individu yang beragama Islam sahaja – zakat pendapatan tidak wajib ke atas orang bukan Islam.

2. Merdeka

Individu tersebut perlulah merdeka (bukan hamba) dan bebas mencari rezeki yang halal.

3. Melepasi Syarat Kadar dan Nisab Zakat Pendapatan

Nisab merujuk kepada had minimum pendapatan yang perlu dimiliki oleh seseorang individu sebelum dikenakan zakat. Nisab zakat pendapatan ditentukan berdasarkan nilai 85 gram emas atau 595 gram perak. Di Malaysia, nisab zakat pendapatan tidak sama bergantung pada negeri dan nilainya berubah-ubah.

Untuk tahun 2024, nisab zakat pendapatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah ditetapkan sebanyak RM24,198. Anda boleh rujuk pusat zakat negeri masing-masing untuk mendapatkan kadar nisab zakat pendapatan terkini.

4. Memiliki Harta Sepenuhnya

Individu perlulah memiliki harta yang ingin dizakatkan dan harta tersebut bukan hak milik individu lain dan/atau bukan pinjaman. Selain itu, harta yang ingin dizakatkan mestilah datang dari sumber yang halal.

5. Harta Tidak Susut Nilai

Harta yang dimiliki tidak susut nilai dan boleh dikembangkan.

Zakat Pendapatan perlu dijelaskan sebelum 31 Disember setiap tahun.

Bayar Zakat Pendapatan, Nikmati Rebat Cukai Pendapatan

Dengan pembayaran zakat pendapatan, anda boleh menikmati kemudahan rebat cukai. Dalam erti kata lain, anda dapat mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar setiap kali anda membayar zakat.

Jadi, jangan bertangguh untuk tunaikan tanggungjawab membayar zakat kerana ia wajib ke atas semua umat Islam yang layak. Anda bukan sahaja memperoleh keberkatan harta, tetapi anda juga dapat mengurus kewangan dan mengembangkan ekonomi Islam di Malaysia.

Untuk ketahui panduan lengkap berkaitan zakat pendapatan di Malaysia, anda boleh rujuk artikel ini. Selain itu, jika anda sedang mencari insurans kesihatan untuk perlindungan masa depan, layari qoala.my untuk info lanjut. Qoala merupakan platform pilihan ramai kerana ia memberikan perkhidmatan perbandingan insurans yang terbaik di Malaysia.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60