Cara Bayar Cukai Pendapatan Online di Malaysia 2024

Kali terakhir diperbaharui Aug 8, 2024 oleh Shafiq Wahab
Cara Bayar Cukai Pendapatan Online di Malaysia 2024

Individu bujang berpendapatan minimum RM2,851 ke atas selepas penolakan KWSP akan dikenakan potongan cukai bulanan (atau PCB). Pada musim cukai, jika baki cukai kena bayar melebihi potongan cukai bulanan ini, individu perlu topup bayaran atau bayar cukai pendapatan yang tidak mencukupi kepada LHDN.

Cara Bayar Cukai Pendapatan Online Melalui ByrHASiL

Selepas mengisi e-filing, anda mungkin dikenakan bayaran tambahan cukai pendapatan yang perlu dibayar. LHDN telah menyediakan kemudahan kepada rakyat untuk bayar cukai pendapatan secara online melalui ByrHASiL.

Cara Bayar Cukai Pendapatan Online Melalui ByrHASiL

Untuk membuat bayaran cukai pendapatan melalui ByrHASiL, anda perlu pilih sama ada untuk menggunakan Nombor Bil atau menggunakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) anda.

Nombor Bil boleh didapatkan melalui MyTAX selepas anda menghantar borang e-filing anda. Manakala, Nombor Pengenalan Cukai (TIN) boleh diperoleh melalui laman web MyTAX – anda hanya perlu log masuk akaun cukai anda.

1. Bayar Cukai Pendapatan Melalui FPX

Perkhidmatan bayaran cukai ini menggunakan FPX sebagai gateway untuk pembayaran cukai. Pengguna hanya perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Untuk maklumat lanjut tentang senarai bank yang menyediakan perkhidmatan ini, anda boleh klik pautan ini.

  1. Layari laman web ByrHASiL;
  2. Klik pada ikon FPX dan Pilih “Jenis Pengenalan”;
  3. Masukkan “No. Pengenalan” dan masukkan “Kod Keselamatan” berdasarkan imej yang dipaparkan dan klik butang “Hantar”
  4. Kemudian, pilih “Kod dan Jenis Bayaran”, “Tahun Taksiran” dan “Bilangan Ansuran”;
  5. Masukkan “Amaun Cukai (RM)” dan klik butang “Hantar”
  6. Selesaikan pembayaran dengan memasukkan ID pengguna dan kata laluan perbankan internet anda.

2. Bayaran Cukai Melalui Kad Kredit

Pembayar cukai boleh membuat pembayaran cukai pendapatan dan cukai keuntungan harta tanah menggunakan kad kredit. Bayaran boleh dilakukan secara dalam talian untuk semua kad kredit atau kad debit VISA, Mastercard dan American Express yang dikeluarkan di Malaysia.

  1. Layari laman web ByrHASiL;
  2. Klik pada ikon Visa/Master Card/American Express dan Pilih “Jenis Pengenalan”;
  3. Masukkan “No. Pengenalan” dan masukkan “Kod Keselamatan” berdasarkan imej yang dipaparkan dan klik butang “Hantar”
  4. Kemudian, pilih “Kod dan Jenis Bayaran”, “Tahun Taksiran” dan “Bilangan Ansuran”;
  5. Pilih Jenis Kad – pilih Ezpay (untuk bayaran secara ansuran)
  6. Masukkan “Amaun Cukai (RM)” dan klik butang “Hantar”;
  7. Selesaikan pembayaran dengan memasukkan maklumat kad kredit anda.

Untuk makluman, anda akan dikenakan Bayaran Caj Pentadbiran sebanyak 0.8 peratus jika anda memilih untuk membuat bayaran melalui kad kredit.

Cara Bayar Cukai Pendapatan di Malaysia

Cara Alternatif untuk Bayar Cukai Pendapatan di Malaysia

Selain bayar cukai pendapatan online, pembayaran cukai pendapatan juga boleh dibuat dengan kaedah bayaran alternatif seperti berikut:

1. Bayar di Kaunter Perkhidmatan LHDN

Anda juga boleh bayar cukai pendapatan di Kaunter Perkhidmatan Pusat Pengurusan Terimaan HASiL LHDN. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau kad debit sahaja.

2. Bayar Cukai Pendapatan melalui Ejen Kutipan LHDN

Selain itu, anda juga boleh bayar cukai pendapatan melalui ejen kutipan cukai LHDN seperti kaunter POS Malaysia dan Bank Komersial yang dilantik. Berikut merupakan senarai Pejabat Pos dan Bank yang menawarkan perkhidmatan bayaran cukai di kaunter:

  • Mana-mana cawangan POS Malaysia (bayaran secara tunai sahaja);
  • CIMB Bank;
  • Public Bank;
  • Maybank;
  • Affin Bank;
  • Bank Simpanan Nasional – dihentikan buat sementara waktu disebabkan proses menaik taraf perkhidmatan bermula 30/8/2023.

3. Bayaran Cukai Melalui Mesin Deposit Tunai

Anda boleh juga membuat bayaran cukai pendapatan menggunakan mesin deposit tunai CIMB Bank. Anda hanya perlu menggunakan Nombor Bil sebagai rujukan bayaran.

4. Pembayaran Cukai Pendapatan Melalui Mesin Juruwang Automatik (ATM)

Anda juga boleh bayar cukai pendapatan menggunakan Auto Teller Machine (ATM) di bank-bank berikut:

Bank Rujukan Bayaran
Public Bank TIN
Maybank Nombor Bil
CIMB Bank Nombor Bil
RHB Bank Nombor Bil

Untuk pembayaran menggunakan ATM, pembayar cukai perlu memiliki kad ATM bank berkenaan. Maklumat yang diperlukan untuk transaksi bayaran melalui ATM ialah nombor rujukan cukai (TIN) atau Nombor Bil.

Jadi Warganegara Bertanggungjawab, Bayar Cukai Pendapatan Online

Jadi Warganegara Bertanggungjawab, Bayar Cukai Pendapatan Anda

Bayar cukai pendapatan adalah tanggungjawab dan kewajipan semua rakyat Malaysia. Ia penting untuk menjana pendapatan kerajaan yang akan digunakan untuk membangunkan negara. Dengan pilihan bayar cukai pendapatan online, ia semestinya memudahkan rakyat untuk tidak lari daripada tanggungjawab bayar cukai pendapatan ini.

Selain itu, anda juga boleh pertimbangkan untuk mendapatkan insurans perubatan dan kesihatan untuk nikmati pengecualian cukai pendapatan. Untuk maklumat lanjut tentang pelepasan cukai untuk insurans, anda boleh layari qoala.my.

Qoala.my merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans yang terbaik di Malaysia. Anda boleh mendapatkan insurans kesihatan murah dan berpatutan dengan hanya beberapa langkah mudah.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60