Zakat Selangor Online: Permohonan Bantuan Pendidikan Zakat Selangor 2023

Kali terakhir diperbaharui May 24, 2023 oleh Hariz Hafiz
Zakat Selangor Online: Permohonan Bantuan Pendidikan Zakat Selangor 2023

Program Bantuan Pendidikan Zakat Selangor adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor dalam memberikan bantuan kepada masyarakat asnaf yang memerlukan. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup dan memperbaiki keadaan ekonomi golongan yang layak menerima zakat ini. 

Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Permohonan Bantuan Zakat Pendidikan Selangor

Zakat Pendidikan Selangor berperanan memberikan bantuan kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk menyambung pengajian. Pelajar asnaf yang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) atau Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang tersenarai sebagai Panel Pusat Pengajian LZS layak untuk memohon.

Skop Bantuan Zakat Pendidikan Selangor

Program Zakat Pendidikan Selangor menawarkan beberapa jenis bantuan zakat bagi membantu golongan yang memerlukan untuk membiayai kos pendidikan. Antara jenis bantuan yang disediakan termasuklah:

  • Pembayaran yuran sekolah atau universiti;
  • Bantuan persediaan masuk ke IPTA atau IPTS;
  • Bantuan Keperluan Pendidikan (BKP) merangkumi bantuan wang saku, penginapan dan elaun buku untuk pembelian buku teks, alat tulis dan lain-lain peralatan yang diperlukan oleh pelajar;
  • Bantuan Tuntutan Tiket Penerbangan (IPT di Sabah & Sarawak sahaja).

Syarat-syarat Permohonan Bantuan Zakat Pendidikan

Bantuan Pendidikan Zakat Selangor menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh calon penerima Bantuan Zakat Pendidikan. Antara syarat-syarat Bantuan Zakat Pendidikan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  • Beragama Islam;
  • Warganegara Malaysia;
  • Ketua keluarga/penjaga lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun;
  • Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf di Lembaga Zakat Selangor;
  • Mendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor;
  • Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh LZS bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT).

Bantuan Pendidikan Zakat Selangor di Malaysia

Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online: Cara Mohon Bantuan Pendidikan Zakat Selangor

Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT) dan Bantuan Persediaan Masuk IPT boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal Pendidikan LZS

Kaedah pendaftaran permohonan bantuan zakat secara online ini membolehkan anda memohon Bantuan Zakat Selangor secara mudah tanpa perlu menghadiri pejabat LZS secara fizikal. Untuk memohon Bantuan Zakat Selangor secara online, anda hanya perlu mengikuti langkah mudah seperti berikut:

1. Daftar Masuk

Pertama, anda perlu mendaftar akaun dalam sistem permohonan zakat yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

2. Muat Naik Dokumen

Kemudian, muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, slip gaji atau surat sokongan daripada majikan, dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan permohonan Bantuan Zakat Pendidikan Selangor. 

3. Hantar Permohonan

Setelah maklumat dan dokumen yang diperlukan sudah lengkap, anda boleh mengemukakan permohonan bantuan zakat.  

4. Semakan Bantuan Zakat Selangor

Permohonan akan dinilai oleh pihak berkuasa dan anda akan dimaklumkan mengenai status permohonan melalui portal rasmi tersebut. Semakan Bantuan Pendidikan Zakat Selangor akan bermula dalam tempoh enam (6) hari bekerja. 

Tempoh kelulusan permohonan adalah berdasarkan jumlah yuran sepanjang pengajian yang dipohon mengikut kategori-kategori berikut:

  • Jumlah yuran sepanjang pengajian < RM10,000 – 6 hari bekerja;
  • Jumlah yuran sepanjang pengajian < RM50,000 – 8 hari bekerja;
  • Jumlah yuran sepanjang pengajian < RM100,000 – 10 hari bekerja;
  • Jumlah yuran sepanjang pengajian >RM100,000 – 16 hari bekerja.

Mekanisme permohonan dan penilaian penerima zakat pendidikan akan dilakukan dengan teliti dan adil untuk memastikan bantuan zakat disalurkan kepada penerima yang benar-benar memerlukan dan berkelayakan. 

5. Terima Tawaran Penajaan

Setelah permohonan Zakat Selangor diluluskan, anda boleh mencetak surat tajaan BDPT dan mendaftar di Pusat Pengajian sebagai pelajar tajaan LZS.

Biasanya, bantuan zakat ini akan dikreditkan ke dalam akaun anda dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas anda bersetuju meneriwa tawaran penajaan BDPT LZS di Portal Pendidikan.

Jenis Agihan Zakat Lembaga Zakat Selangor

Selain bantuan pendidikan, banyak bantuan zakat lain yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor antaranya bantuan bayaran yuran sekolah rendah dan menengah, bantuan kewangan bulanan zakat selangor, bantuan sewa rumah zakat selangor dan lain-lain lagi.

Anda boleh rujuk jadual jenis agihan zakat untuk maklumat lanjut.

Zakat Pendidikan Selangor

Dapatkan Insurans Pendidikan dan Kesihatan untuk Perlindungan Masa Depan

Program Bantuan Pendidikan Zakat Selangor secara tidak langsung membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan zakat dalam kehidupan umat Islam. Ia membantu memudahkan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran. 

Selain itu, jika anda ingin mendapatkan perlindungan insurans pendidikan dan kesihatan untuk ketenangan fikiran, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans online terbaik di Malaysia. Anda boleh mendapatkan insurans dan takaful kesihatan di Malaysia dengan mudah pada harga yang berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2023 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60