9 Perkara Penting Wajib Tahu Tentang Akaun Fleksibel KWSP

Kali terakhir diperbaharui Jun 26, 2024 oleh Shafiq Wahab
9 Perkara Penting Wajib Tahu Tentang Akaun Fleksibel KWSP

Akaun Fleksibel KWSP (atau turut dikenali sebagai Akaun 3 KWSP) diwujudkan bagi memenuhi perubahan landskap kerja, demografi dan keperluan ahli pada masa kini dan masa depan. KWSP Akaun 3 diwujudkan bagi memenuhi keperluan asas dan membantu mereka yang berdepan isu kecemasan.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Akaun Fleksibel KWSP Malaysia

Meskipun Akaun Fleksibel KWSP boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, KWSP menggalakkan agar pengeluaran hanya dilakukan dalam keadaan kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja. Artikel ini akan bantu anda untuk memahami Akaun Fleksibel KWSP dengan lebih baik bagi membolehkan anda merancang simpanan persaraan anda.

1. Apa Itu Akaun Fleksibel KWSP?

Akaun Fleksibel KWSP atau Akaun 3 KWSP merupakan akaun baharu yang diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ia merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula akaun ahli bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek.

Selain itu, ia juga berperanan dalam meningkatkan keselamatan pendapatan selepas persaraan.

Akaun Fleksibel 3: Simpanan Persaraan untuk Masa Depan

2. Akaun 3 KWSP untuk Apa?

Sebelum ini, hanya dua akaun sahaja yang diperuntukkan untuk simpanan pelaburan KWSP – Akaun 1 dan Akaun 2. Tetapi kini, KWSP memperkenalkan tiga akaun baharu iaitu:

  • Akaun Persaraan (sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1 KWSP) untuk simpanan persaraan;
  • Akaun Sejahtera (sebelum ini dikenali sebagai KWSP Akaun 2) untuk keperluan kitaran hayat semasa persaraan;
  • Akaun Fleksibel (BAHARU) yang menawarkan fleksibiliti kepada anda untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa* mengikut keperluan kewangan jangka pendek.

*tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP

3. Akaun 3 KWSP Berapa Peratus?

Caruman baharu yang diterima mulai 11 Mei 2024 akan diagihka nmengikut peratusan nisbah 75:15:10. Sebanyak 75 peratus diperuntukkan untuk Akaun Persaraan, manakala baki 15 peratus dan 10 peratus masing-masing untuk Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel KWSP.

4. Bagaimana Pengeluaran KWSP Akaun 3 Dilakukan?

Simpanan dalam Akaun Fleksibel KWSP atau Akaun 3 boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Namun begitu, ia tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Anda boleh membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 3 pada bila-bila masa melalui aplikasi i-Akaun KWSP.

Setelah permohonan diproses dan diluluskan, bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda.

5. Apa Dokumen Diperlukan untuk Keluarkan Simpanan dari Akaun Fleksibel KWSP?

Anda tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan untuk membuat permohonan pengeluaran KWSP Akaun 3. Namun begitu, anda perlu memiliki akaun bank yang aktif atas nama anda sendiri bagi memudahkan proses bayaran pengeluaran.

Apa Dokumen Diperlukan untuk Keluarkan Simpanan dari Akaun Fleksibel KWSP?

6. Bagaimana Kadar Dividen KWSP Akaun 3 Dikira?

Buat masa ini, penstrukturan semula Akaun KWSP tidak mengubah polisi penentuan kadar dividen KWSP semasa. Kadar dividen yang sama masih terpakai untuk ketiga-tiga akaun ini.

7. Bagaimana Pindahan Amaun Permulaan Boleh Dilakukan?

Anda boleh membuat pindahan amaun permulaan ke dalam Akaun Fleksibel melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau mana-mana pejabat KWSP menggunakan Self-Service Terminal (SST). Anda diberikan tempoh dari 12 Mei hingga 31 Ogos 2024 untuk membuat pindahan amaun permulaan.

Pindahan amaun ini hanya boleh dibuat sekali sahaja pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut dan tidak boleh dibatalkan.

8. Adakah Anda Dibenarkan untuk Tidak Membuat Pindahan Amaun Permulaan ke Akaun 3 KWSP?

Boleh. Sekiranya anda memilih untuk tidak membuat pindahan amaun permulaan, baki sedia ada dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera akan kekal tidak berganjak. Manakala, Akaun Fleksibel KWSP baharu anda akan bermula dengan baki sifar.

9. Berapa Banyak Amaun Permulaan Boleh Dipindahkan ke Akaun Fleksibel?

Jika anda memilih untuk membuat pindahan amaun permulaan, penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel KWSP tertakluk pada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera anda pada tarikh permohonan. Untuk maklumat lanjut berkaitan amaun permulaan yang layak untuk dipindahkan, anda boleh rujuk i-Akaun KWSP anda.

Bina Masa Depan yang Lebih Terjamin dengan Simpanan Persaraan KWSP

Bina Masa Depan yang Lebih Terjamin dengan Simpanan Persaraan KWSP

Akaun 3 KWSP diwujudkan bagi membolehkan pengeluaran dilakukan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan, tertakluk pada amaun pengeluaran minimum sebanyak RM50. Namun begitu, dibimbangi pengeluaran Akaun Fleksibel dilakukan untuk membuat perbelanjaan yang tidak mendesak seperti membeli gajet, menghias rumah, tukar aksesori kereta dan sebagainya.

Oleh sebab itu, penting untuk anda mempunyai tahap disiplin yang tinggi bagi mengelakkan anda daripada membuat pengeluaran Akaun Fleksibel dengan sewenang-wenangnya. Jika tidak dikawal, anda mungkin berdepan masalah simpanan hari tua yang tidak mencukupi yang boleh beri kesan pada kehidupan anda pada masa akan datang.

Selain itu, sekiranya anda sedang mempertimbangkan perlindungan insurans untuk jaminan perlindungan masa depan anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60