Kereta sambung bayar atau sambung bayar kereta merupakan salah satu cara pemilik kenderaan menjual kereta kepada pembeli tanpa membuat pindahan hak milik kenderaan di JPJ atau membuat pinjaman dengan pihak bank. Kebanyakan pemilik kereta jual kereta sambung bayar kerana tidak dapat melangsaikan tunggakan pinjaman bank atau tidak dapat meneruskan ansuran bulanan seperti dijadualkan. Ia sekali gus mengelakkan nama disenarai hitam atau nama kena blacklist.
Jual Kereta Sambung Bayar, Beli Kereta Sambung Bayar: Apa Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu?
Apa maksud sambung bayar kereta? Secara asasnya, sambung bayar kereta merujuk pada proses jual beli kereta yang masih mempunyai baki hutang pinjaman kepada pihak ketiga tanpa melibatkan proses tukar nama kereta sambung bayar.
Ini bermaksud, pembeli akan meneruskan bayaran ansuran seperti biasa kepada pihak bank bagi pihak pemilik asal untuk tempoh tertentu, mengikut surat perjanjian sambung bayar kereta yang dipersetujui pihak terlibat.
Undang-undang Sambung Bayar Kereta
Secara amnya, proses sambung bayar kereta adalah salah di sisi undang-undang. Ia tertakluk kepada Akta Sewa Beli 1967 sambung bayar seperti berikut:
-
-
-
- Seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967 – Ia menjadi kesalahan bagi sesiapa yang menjual barang-barang yang dibeli secara perjanjian sewa beli tanpa kebenaran daripada pemunya. Jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara kurang daripada 3 tahun, atau kedua-duanya.
- Seksyen 46 Akta Sewa Beli 1967 – Sesiapa yang bersalah melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Akta ini boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara kurang daripada 6 bulan, atau kedua-duanya.
-
-
Beli Kereta Sambung Bayar
Beli kereta sambung bayar secara asasnya tidak memerlukan bayaran pendahuluan yang tinggi. Ia juga lebih menguntungkan pembeli kerana tidak melibatkan proses yang rumit serta tidak melibatkan urusan dengan pihak bank.
Pembeli yang disenaraihitamkan oleh pihak bank atau mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman kereta disebabkan komitmen bulanan yang tinggi biasanya membeli kereta impian melalui kaedah ini.
Jual Kereta Sambung Bayar
Bagi pemilik asal pula, mereka biasanya memilih untuk jual kereta sambung bayar kerana berdepan masalah kewangan seperti tak mampu bayar ansuran kereta atau bebanan komitmen hutang yang terlalu tinggi. Jual kereta sambung bayar merupakan salah satu cara untuk mengurangkan beban komitmen bulanan yang tidak lagi mampu ditanggung.
Ini bermaksud, pemilik kereta boleh menyelesaikan masalah kewangan dan memperolehi wang tambahan dengan jual kereta sambung bayar. Malah, pemilik kereta juga dapat mengelakkan rekod kredit yang buruk oleh institusi kewangan seperti laporan CCRIS atau rekod CTOS.
Oleh sebab itu, proses jual kereta sambung bayar atau beli kereta sambung bayar menjadi pilihan ramai meskipun ia berisiko tinggi dan salah dari segi undang-undang.
Risiko Sambung Bayar Kereta: Adakah Selamat Beli Kereta Sambung Bayar, Jual Kereta Sambung Bayar?
Proses sambung bayar kereta merupakan salah satu cara yang dilakukan oleh pembeli jika loan kereta ditolak atau tidak diluluskan oleh pihak bank disebabkan nama kena blacklist. Biasanya, pembeli memilih beli kereta sambung bayar disebabkan cara beli kereta sambung bayar atau jual kereta sambung bayar yang mudah.
Risiko Sambung Bayar Kereta: Risiko kepada Penjual
Meskipun sambung bayar kereta merupakan cara mudah untuk menjual atau membeli kereta, proses ini secara tidak langsung menyebabkan penjual atau pemilik asal terdedah kepada pelbagai risiko. Berikut merupakan risiko sambung bayar kereta yang mungkin dihadapi oleh penjual untuk rujukan dan panduan anda:
1. Ansuran Bulanan Kereta Tidak Dijelaskan, Ada Tunggakan Bayaran
Kebanyakan individu yang beli kereta sambung bayar biasanya telah disenaraihitamkan atau tidak layak mendapat pinjaman kereta daripada bank atas faktor kelayakan gaji, komitmen bulanan sedia ada dan sebagainya.
Sebagai contoh, individu yang telah disenaraihitamkan oleh institusi kewangan kebiasaannya memiliki rekod kewangan yang kurang baik. Ini bermaksud, ada kemungkinan mereka tidak berdisiplin dalam membuat bayaran balik ansuran bulanan kereta setiap bulan yang mungkin akan memberi kesan langsung kepada anda.
Sekiranya bayaran ansuran tidak diterima oleh pihak bank seperti dijanjikan, pihak bank biasanya akan menghubungi pemilik asal untuk menjelaskan amaun yang tertunggak.
Situasi sebegini sedikit-sebanyak akan merugikan anda – meskipun anda sudah menjual kereta tersebut, tetapi oleh sebab pemilikan masih atas nama anda, anda secara tidak langsung bertanggungjawab atau terikat dengan kos pemilikan ini.
2. Disenarai Hitam oleh Institusi Kewangan
Oleh sebab tiada penglibatan terus antara pembeli dengan pihak bank dalam urusan pemilikan kereta, mereka mungkin berpotensi untuk tidak membayar ansuran bulanan seperti dijanjikan.
Sekiranya pemilik baharu tidak membayar balik pinjaman (bagi pihak anda seperti dijadualkan), hutang kereta tertunggak ini boleh menjejaskan skor kredit CCRIS dan CTOS anda sebagai peminjam.
Jika laporan kredit anda teruk disebabkan oleh tunggakan bayaran daripada pihak ketiga yang beli kereta anda, ia mungkin boleh menjejaskan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman lain seperti loan rumah, pinjaman peribadi dan sebagainya pada masa akan datang.
Malah, kegagalan bayar balik pinjaman juga boleh menyebabkan kereta kena tarik dengan pihak bank, dan anda mungkin perlu mengeluarkan belanja untuk menjelaskan kos-kos tambahan dan tunggakan yang ada untuk menuntut semula kereta anda.
3. Saman Kereta Pemilik Baharu
Mengikut undang-undang Malaysia, kereta sambung bayar yang telah dijual kepada pemilik baharu masih lagi dianggap sebagai hak milik pemilik asal meskipun terdapat surat perjanjian sambung bayar telah dibuat.
Dalam erti kata lain, pemilik asal bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pemilikan kenderaan selagi proses pemindahan hak milik kereta tidak dilakukan. Sebagai contoh, pemilik baharu melakukan kesalahan lalu lintas seperti langgar lampu isyarat, segala saman polis dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemilik asal kereta.
Ini bermaksud, pemilik asal perlu menanggung semua kos berkaitan saman polis kerana saman akan dikeluarkan ke atas nama pemilik kenderaan bukannya pemandu.
4. Kereta Digunakan untuk Kegiatan Jenayah
Selain itu, sekiranya pemilik baharu menyalahgunakan kenderaan untuk kegiatan jenayah, ia semestinya suatu tindakan yang boleh memakan diri anda sebagai pemilik asal kenderaan.
Sekiranya anda memilih untuk jual kereta sambung bayar, anda perlu bersedia untuk bertanggungjawab ke atas segala risiko yang mungkin timbul sekiranya berlaku perkara sebegini.
Anda mungkin akan dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. Lebih memburukkan keadaan, anda mungkin dituduh bersubahat dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Namun begitu, anda tak boleh nak salahkan pihak polis. Jika kereta disalahgunakan untuk kegiatan jenayah, anda perlu bersedia berdepan dengan risiko ini kerana anda pemilik kereta yang sah.
5. Untung Atas Angin, Pembeli Baharu Jual kepada Pihak Ketiga
Dalam sesetengah situasi, ada pihak yang terlibat dengan urusan jual beli kereta sambung bayar menjual semula kereta yang dibeli kepada pihak ketiga untuk mengaut keuntungan atas angin. Ia sekali gus memberi impak kepada pemilik asal sekiranya berlaku sesuatu.
Bayangkan anda jual kereta kepada pihak ketiga dan pihak ketiga menjual kepada pihak yang lain tanpa pengetahuan anda, sudah semestinya ia menjadi masalah kepada anda kerana anda tidak tahu apa pihak ketiga lakukan dengan kereta anda.
Jika pihak ketiga culas untuk bayar atau kereta digunakan untuk tujuan jenayah, nama anda mungkin kena blacklist atau anda mungkin sukar untuk mendapatkan pinjaman lain.
Risiko Kereta Sambung Bayar: Risiko kepada Pembeli
Kebanyakan orang cenderung untuk beli kereta sambung bayar kerana mereka tidak perlu membuat sebarang loan kereta yang baharu untuk pemilikan kereta. Ini bermaksud, mereka hanya perlu sambung bayaran pinjaman kereta sedia ada. Selain risiko kepada penjual, proses beli kereta sambung bayar juga boleh menyebabkan pembeli berdepan dengan risiko-risiko tertentu seperti berikut:
6. Pemilik Asal Ambil Semula Kereta Sambung Bayar
Pemilik asal kenderaan biasanya memilih untuk jual kereta secara sambung bayar disebabkan oleh masalah kewangan – pemilik ada tunggakan bayaran bulanan yang tinggi, jadi memilih untuk jual kereta untuk elakkan kereta ditarik oleh pihak bank atau disenaraihitamkan jika pinjaman tersebut tidak dijelaskan.
Meskipun begitu, ada berlaku situasi tidak bernasib baik iaitu pemilik asal ambil semula kereta atau menuntut kembali kereta yang dijual daripada pembeli setelah hutang tunggakan diselesaikan atau setelah pinjaman bank dilunaskan sepenuhnya.
Sebagai pemilik baharu, situasi sebegini mungkin merugikan anda. Tiada tindakan undang-undang yang boleh anda lakukan bagi mendapatkan kereta yang anda bayar setiap bulan ini. Ini kerana, pemilik asal mempunyai hak terhadap kereta tersebut meskipun telah dijual dan boleh menuntut kereta milikannya pada bila-bila masa kerana hak milik kenderaan masih belum ditukar.
7. Kemungkinan Dituduh Sebagai Pencuri Kereta
Ada juga situasi pemilik asal menuntut kembali kereta setelah kereta habis dibayar oleh pembeli dengan membuat laporan polis kereta telah dicuri. Ia sekali gus memaksa pembeli untuk menyerahkan kereta kepada pemilik asal bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang.
Kereta yang dibeli tanpa tukar nama boleh menjadi masalah kerana ia secara teknikal masih belum menjadi hak milik pembeli yang sah. Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk uruskan proses pertukaran nama terlebih dahulu sekiranya anda beli kereta terpakai untuk mengelakkan kesulitan-kesulitan sebegini.
8. Tukar Nama Kereta Sambung Bayar
Antara persoalan biasa apabila sambung bayar kereta “sambung bayar kereta boleh tukar nama?”. Secara asasnya, kenderaan yang masih lagi dalam pembiayaan atau terikat dengan pinjaman bank tidak boleh dipindah milik, dijual atau diberikan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran atau persetujuan pihak bank.
Dalam erti kata lain, pertukaran hak milik kenderaan hanya boleh dilakukan setelah baki keseluruhan pinjaman dijelaskan sepenuhnya.
9. Sambung Bayar Kereta: Owner Asal Kereta Meninggal Dunia
Apabila anda beli kereta sambung bayar, anda perlu bersedia bahawa proses tukar nama hanya boleh dilakukan apabila pinjaman dilunaskan sepenuhnya. Sekiranya pemilik asal meninggal dunia semasa dalam tempoh sambung bayar, ia mungkin akan menjadi masalah besar kepada pembeli. Ini kerana, milikan kenderaan tersebut akan dipindah milik kepada waris secara automatik.
Jika waris bersetuju untuk memindahkan kereta ini kepada anda, ia mungkin tidak menjadi masalah besar. Namun bayangkan waris ingin menuntut kembali kereta yang dijual oleh owner kereta yang meninggal dunia, ia semestinya menjadi masalah kepada pihak anda walaupun anda mempunyai surat perjanjian yang sah.
Pihak waris mempunyai hak milikan ke atas kenderaan yang dijual secara sambung bayar, dan kenderaan boleh dituntut semula tanpa mengira seberapa banyak kos yang telah anda keluarkan untuk bayar ansuran dan penyelenggaraan setiap bulan.
10. Kereta Kemalangan: Tuntutan Insurans Kereta
Seperti dinyatakan di atas, sambung bayar kereta tidak membolehkan proses tukar nama owner kereta dilakukan. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan risiko lain kepada pembeli terutamanya berkaitan pembaharuan insurans, tuntutan insurans kemalangan dan roadtax kereta.
Jika berlaku sesuatu ke atas kereta yang dibeli seperti kereta terbakar, kereta rosak, kereta kemalangan dan sebagainya, pemilik baharu mungkin tidak dilindungi oleh polisi insurans kereta. Meskipun nama pembeli baharu boleh ditambah sebagai pemandu kedua dalam polisi insurans, anda mungkin berdepan masalah lain-lain jika pemilik asal kereta meninggal dunia.
Malah, ada juga kemungkinan segala tuntutan berkaitan insurans kereta atau kos ganti rugi akan diberikan secara terus kepada pemilik asal kenderaan dan bukannya kepada anda, pemilik kereta sambung bayar.
11. Perjanjian Tidak Sah di Sisi Undang-undang
Walaupun anda dan pemilik kenderaan asal membuat agreement sambung bayar kereta, ia tidak mempunyai sebarang kuasa undang-undang.
Secara asasnya, pemilik asal mempunyai kawalan mutlak terhadap kenderaan selagi nama pemilik tidak ditukar. Ini bermaksud, pemilik kereta boleh meminta anda untuk memulangkan kereta pada bila-bila masa tanpa terikat dengan sebarang liabiliti undang-undang.
Cara Jual Kereta Sambung Bayar, Cara Beli Kereta Sambung Bayar dengan Sah
Secara asasnya, anda tidak digalakkan untuk menjual atau membeli kereta belum habis bayar meskipun anda mempunyai hubungan yang rapat dengan pembeli atau penjual. Namun begitu, sekiranya anda ingin jual kereta tetapi kereta anda masih lagi terikat dengan pinjaman bank, anda perlu menjelaskan baki pinjaman terlebih dahulu.
Anda disarankan untuk membuat full settlement atau penyelesaian penuh supaya proses tukar nama kereta daripada pemilik asal kepada pemilik baru dapat dilakukan. Selain itu, pemilik baharu juga boleh memohon loan baharu terhadap kereta yang ingin dibeli mengikut baki pinjaman sedia ada. Ini bermaksud, pinjaman baharu akan dibuat ke atas kereta yang dibeli, tertakluk pada kadar faedah yang baharu.
Pembeli mungkin perlu membayar ansuran bulanan yang lebih tinggi bergantung pada kadar faedah pinjaman bank semasa. Cara sambung bayar kereta sebegini ternyata lebih selamat. Pemilik lama bebas daripada komitmen bulanan kereta dan tidak lagi memiliki kereta tersebut. Manakala, pemilik baharu boleh memiliki kereta tersebut tanpa sebarang risiko tersembunyi.
Semoga perkongsian mengenai sambung loan kereta ini dapat membantu anda membuat keputusan yang tepat. Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk beli insurans kereta, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menawarkan perkhidmatan renew insurans kereta yang telus dan mudah dengan jaminan harga insurans kereta murah, berpatutan dan kompetitif.