Kiraan Bulanan Kereta: 7 Kos Pemilikan Perlu Dipertimbangkan

Kali terakhir diperbaharui Sep 22, 2023 oleh Shafiq Wahab
Kiraan Bulanan Kereta: 7 Kos Pemilikan Perlu Dipertimbangkan

Membuat kiraan bulanan kereta akan dapat membantu anda menjangkakan kos perbelanjaan bulanan sebelum beli kereta. Kos pemilikan kereta bukan setakat perlu bayaran bulanan kereta sahaja sebab terdapat banyak lagi kos yang anda perlu tanggung. Artikel ini merungkaikan kos pemilikan sebenar untuk kiraan bulanan kereta anda.

Selain Bayaran Bulanan, Anda Perlu Fikirkan Juga Kos-kos Lain

Tidak kiralah kereta terpakai atau kereta baru, memiliki kereta ini sememangnya akan memakan kos yang tinggi. Antara kos-kos yang terlibat adalah kos petrol, premium insurans kereta, cukai jalan dan banyak lagi. Berikut merupakan anggaran kiraan bulanan kereta yang anda perlu tahu sebagai pemilik kereta:

1. Bayaran Bulanan Kereta

Kos pertama dalam kiraan bulanan kereta anda adalah bayaran bulanan kereta yang anda perlu buat pada setiap bulan. Untuk membeli kereta, ramai yang akan mengambil loan kereta dan bayar secara ansuran dalam tempoh masa tertentu yang kebiasaanya di antara tujuh sehingga sembilan tahun. Jumlah pinjaman bergantung kepada tempoh pinjaman anda. Maka, semakin lama tempoh pinjaman anda, semakin kurang bayaran bulanan kereta anda.

Selain itu, bayaran muka juga menentukan bayaran bulanan kereta anda. Semakin tinggi downpayment kereta anda, semakin rendah pinjaman yang anda perlu buat. Anda boleh rujuk contoh di bawah:

Harga kereta RM70,000
Bayaran muka kereta RM10,000
Jumlah pinjaman kereta  RM60,000

Anda juga akan dikenakan kadar faedah pinjaman kereta daripada pihak bank. Kebiasaannya, kadar interest kereta yang dikenakan adalah 2.3 sehingga 3.5 peratus bagi kereta baru dan 3.5 sehingga 4.2 peratus bagi kereta secondhand.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar faedah anda adalah model kereta, sejarah kredit berdasarkan laporan CCRIS atau report CTOS, status kewangan, polisi bank dan tempoh pinjaman. Berikut adalah contoh sekiranya anda beli kereta baru dan dikenakan kadar faedah 3.5 peratus:

Jumlah pinjaman RM60,000
Kadar faedah 3.5 peratus
Tempoh pinjaman 9 tahun
Jumlah kadar faedah perlu dibayar RM18,900

2. Insurans Kereta

Insurans kereta merupakan satu perkara yang wajib dimilik oleh semua pemilik kenderaan untuk melindungi pemandu atau pihak ketiga sekiranya berlaku sebarang insiden yang boleh menyebabkan kematian, kerosakan atau kerugian.

Anda perlu memperbaharui insurans kereta pada setiap tahun. Jumlah premium insurans yang anda perlu bayar bergantung kepada faktor-faktor seperti jenis insurans iaitu insurans pihak ketiga atau insurans komprehensif, nilai pasaran kereta, Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda, jenis kenderaan dan kapasiti enjin dan profil risiko anda. Untuk mengetahui anggaran kos insurans kereta anda, lihat contoh di bawah:

Jenis perlindungan Komprehensif
Lokasi  Semenanjung Malaysia
Kapasiti enjin 2356 cc
NCD 0 peratus
Jumlah insurans tahunan RM2,000

3. Cukai Jalan

Selain insurans kereta, roadtax kereta juga merupakan satu lagi perkara wajib bagi setiap kenderaan bermotor sebelum dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah. Pembayaran cukai jalan dibuat kepada kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kebiasaannya, anda perlu renew roadtax  setiap enam atau 12 belas bulan. Harga roadtax mengikut cc kereta. Maknanya, jika cc kereta anda besar, anda perlu membayar lebih banyak. Berikut merupakan anggaran harga cukai jalan kereta bagi kereta berenjin 1300cc:

Kapasiti enjin 1,300cc
Harga roadtax RM70

4. Penggunaan Petrol Kereta

Kiraan bulanan kereta yang seterusnya adalah penggunaan petrol. Sesetengah kereta memerlukan penggunaan minyak yang banyak untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Sebelum anda beli kereta, anda boleh buat kajian atau tanya jurujual mengenai penggunaan minyak kereta yang anda ingin beli.

Kos bulanan minyak petrol anda bergantung kepada faktor-faktor seperti harga petrol semasa, kekerapan penggunaan,cara pemanduan, jarak perjalanan harian dan keupayaan enjin kereta. Sekiranya anda membeli kereta jimat minyak, kos bulanan minyak kereta anda mungkin dapat dikurangkan. Berikut adalah anggaran penggunaan minyak kereta:

Liter/KM 5.5 liter/100km
Harga minyak RM2.05/liter
Sebulan RM100-RM300

5. Servis Kereta

Semua kereta perlu menjalani servis kereta apabila tiba waktunya. Tiada kos tetap untuk servis kereta kerana ia bergantung pada umur, model dan pembuatan kereta serta mileage. Anda disarankan untuk servis kereta mengikut jadual yang telah ditetapkan untuk memelihara keselesaan dan kebolehpanduan kereta.

Pada peringkat awal pemilikan kereta, anda perlu bersedia dari segi kewangan kerana ia akan memakan kos yang agak besar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah minyak enjin, minyak gearbox, penapis minyak enjin, tayar kereta, palam pencucuh dan alas break.

Servis kereta terbahagi kepada dua iaitu servis minor dan servis major. Anda boleh rujuk pusat servis kereta anda untuk dapatkan anggaran yang lebih tepat. Berikut adalah anggaran kos servis  kereta major dan minor yang anda perlu ambil kira:

Anggaran servis kereta minor RM200-RM300
Anggaran servis kereta major RM1,000 ke atas

6. Tol dan Parkir

Sekiranya anda merancang untuk ulang-alik ke tempat kerja, tol dan parkir merupakan kos yang perlu fikirkan dalam kiraan bulanan kereta anda. Kos tol dan parkir boleh mencecah ratusan ringgit sebulan terutama sekali jika anda menetap di bandar-bandar besar.

Untuk tol, anda boleh memilih untuk menggunakan Touch N Go, Smart Tag atau RFID. Bagi tempat letak kereta pula, anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil pas bulanan parking di tempat kerja anda. Berikut adalah anggaran kos bagi tol dan parkir:

Kadar parking kereta (harian) RM10
Kadar tol kereta (harian) RM4
Anggaran sebulan RM280

7. Susut Nilai Kereta

Seperti yang anda mungkin sudah tahu, kereta bukanlah satu pelaburan yang akan menguntungkan kerana ia akan mengalami susut nilai. Perkara ini perlu diambil kira kerana anda boleh membuat anggaran kerugian yang bakal anda alami sekiranya anda mahu jual kereta satu hari nanti.

Nilai kereta anda bergantung kepada faktor-faktor seperti permintaan, keadaan kereta, spesifikasi dan lain-lain. Secara amnya, susut nilai kereta adalah di dalam lingkungan lapan peratus sehingga 15 peratus setahun.

Harga kereta  RM60,000
Susut nilai selepas lima tahun (50%) RM30,000

kos pemilikan kereta

Sudah Tahu Anggaran Kiraan Bulanan Kereta, Anda Bersedia Memiliki Kereta?

Memiliki kereta sememangnya mahal, tidak kira sama ada ia kereta terpakai ataupun kereta baru. Kos sebenar memiliki kereta adalah jauh melangkaui bayaran bulanan sewa beli dengan pihak bank. Oleh sebab itu, anda perlu tahu kos-kos yang terlibat untuk menjangkakan perbelanjaan bulanan kereta anda. Akhir kata, anda perlu bersedia 100 peratus dari segi kewangan untuk memiliki kereta dan diharapkan artikel ini dapat membantu anda.

Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta, insurans motor atau insurans rumah terbaik dan komprehensif, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60