Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas seluruh muslimin dan muslimat yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan pada setiap bulan Ramadan. Membayar zakat pada bulan Ramadan adalah satu cara bagi umat Islam untuk menyucikan harta selain merupakan satu bentuk sedekah yang dituntut dalam rukun Islam yang kelima.
Syarat Wajib Zakat Fitrah
“Daripada Ibnu Umar, sesungguhnya Nabi S.A.W memfardhukan zakat fitrah dalam bulan Ramadan ke atas setiap manusia Muslim (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang dikeluarkan sebanyak segantang tamar atau makanan ruji” –. (Riwayat Bukhari & Muslim).
Siapa yang wajib bayar zakat fitrah? Berdasarkan hadis di atas, zakat ini wajib dikeluarkan oleh setiap individu yang beragama Islam. Walau bagaimanapun, para fuqaha telah menetapkan golongan yang afdal menunaikan zakat fitrah adalah orang yang wajib ke atasnya memberi nafkah seperti suami, bapa atau datuk yang menjaga dan membesarkan cucunya. Secara ringkas, ia merujuk pada orang yang bertanggungjawab menanggung perbelanjaan dan urusan memberi nafkah keluarga.
Zakat fitrah wajib atas semua individu tidak kira lelaki, wanita, tua, muda, hamba atau merdeka yang mempunyai lebihan atau cukup perbelanjaan sehingga hari raya. Anak perempuan yang masih belum berkahwin masih dianggap di bawah tanggungan bapanya. Namun begitu, jika anak perempuan tersebut ingin membayar sendiri zakat fitrahnya maka dia perlu meminta keizinan dari bapanya terlebih dahulu.
Bagaimana Cara Kira Zakat Fitrah?
Untuk pengetahuan anda, zakat dikira berdasarkan makanan ruji mengikut negeri masing-masing. Sebagai contoh, berat beras berjumlah 2.6 kilogram adalah bersamaan dengan RM7 seorang di dalam sebuah rumah. Walau bagaimanapun , jumlah ini lebih rendah di Wilayah Persekutuan. Sesetengah Majlis Agama Islam telah memperkenalkan pembayaran zakat fitrah yang berbeza bergantung kepada kualiti beras yang dibelanjakan mengikut rumah masing-masing. Ia bermaksud, jika anda mampu untuk membeli beras yang berkualiti tinggi, anda digalakkan memberi sedekah yang lebih besar kepada mereka yang memerlukannya.
Berikut adalah contoh cara pengiraan zakat di Negeri Selangor:
Kategori Beras | Nilai Zakat |
Beras Tempatan Gred A | RM7 |
Beras Wangi/Import | RM14 |
Beras Basmathi/Jepun | RM21 |
Walau bagaimanapun, pembayaran zakat mengikut kategori beras ini tidak diwajibkan. Ia sebaliknya digalakkan terutamanya jik anda mampu dan ingin bersedekah mengikut keikhlasan diri sendiri.
Kadar Zakat Fitrah 2022 di Seluruh Malaysia
Berikut merupakan kadar zakat fitrah bagi seluruh negeri di Malaysia:
Negeri | Kadar |
Perlis | RM7 |
Kedah | RM7, RM14, RM21 |
Pulau Pinang | RM7, RM13, RM20 |
Perak | RM7, RM14, RM21 |
Selangor | RM7, RM14, RM21 |
Negeri Sembilan | RM7 |
Melaka | RM7, RM14, RM21 |
Johor | RM7, RM10 |
Pahang | RM7 |
Terengganu | RM7 |
Kelantan | RM7, RM14, RM21 |
Sarawak | RM7 |
Sabah | RM7 |
Wilayah Persekeutuan | RM7, RM14, RM21 |
Cara Bayar
Majlis Agama Islam telah melantik sejumlah amil bagi memudahkan pembayaran zakat fitrah. Pembayaran zakat boleh dibuat di masjid-masjid berdekatan anda. Sejak pandemik melanda, proses pembayaran secara online mula diperkenalkan dan anda kini boleh bayar zakat online. Pembayaran zakat secara atas talian ini turut membantu mereka yang mempunyai kekangan masa yang terhad agar dapat melakukan kewajipan atau suruhan agama ini.
Kemudahan ini telah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu dan semakin diperluaskan kepada setiap negeri bagi memudahkan orang ramai. Orang ramai tidak perlu khuatir kerana pembayaran zakat secara online ini telah diiktiraf atau sah dari segi hukum syariat
Hukum Bayar Zakat Fitrah Secara Online
Berdasarkan maklumat daripada Pusat Zakat Melaka, zakat bagi seseorang individu adalah sah dari segi syariat sekiranya telah berlaku dua perkara iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Hukum lafaz akad dalam bayaran zakat adalah Harus.
Cara Bayar Zakat Fitrah Online di Malaysia
Bagi pembayaran atas talian, pihak jabatan agama menyediakan pelbagai pautan pembayaran bergantung pada negeri masing-masing. Berikut adalah kaedah bayar zakat fitrah online untuk rujukan anda secara atas talian.
Negeri | Pautan |
Perlis |
|
Kedah |
|
Pulau Pinang | Zakat Penang | GoPayZ | SnapNPay |
Perak | eZakat MAIAMP | GoPayZ | SnapNPay |
Selangor | Zakat Selangor | GoPayZ | Boost | MyEG |
Negeri Sembilan | Zakat NS | ZakatN9 | SnapNPay | JomPAY |
Melaka | Zakat Melaka | QRPay Bank Muamalat |
Johor | MAIJ | SnapNPay |
Pahang | Zakat Pahang | eZakat MUIP |
Terengganu | MAIDAM | SnapNPay |
Kelantan | e-MAIK | MyMaik |
Sarawak | Tabung Baitulmal Sarawak | Baitulmal Kamek | MyEG | SnapNPay |
Sabah | MUIS | MyEG | SnapNPay | JomPAY |
Wilayah Persekutuan | PPZ MAIWP | PayHalal | MyEG |
Waktu Bayar Zakat Fitrah
Secara asasnya, waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada lima iaitu:
- Waktu Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
- Waktu Afdal – Sebelum sembahyang hari raya.
- Waktu Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan.
- Waktu Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
- Waktu Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal
Terlupa Bayar Zakat Fitrah, Apa yang Perlu Dilakukan?
Apabila anda terlupa untuk menunaikan zakat selepas waktu terakhir bayar zakat yang ditetapkan, jangan tangguh dan menunggu sehingga Ramadan yang seterusnya. Ini kerana hukumnya berdosa. Apa yang perlu dilakukan adalah anda wajib qadha zakat fitrah walaupun telah lewat daripada waktu yang ditetapkan.
Siapa Penerima Zakat Fitrah?
Terdapat lapan golongan Asnaf atau penerima zakat iaitu:
- Fakir: Golongan yang tiada harta
- Miskin: Mempunyai pekerjaan atau hasil yang tidak mencukupi
- Riqab: Hamba sahaya atau budak
- Gharim: Orang yang mempunyai banyak hutang
- Muallaf: Orang yang baru memeluk agama Islam
- Fisabilillah: Orang yang berjuang di jalan Allah
- Ibnu Sabil: Musafir dan para pelajar perantauan
- Amil: Golongan yang menguruskan penerimaan dan pengumpulan zakat
Kesimpulan
Bulan Ramadan semakin dekat untuk melabuhkan tirai. Jika anda masih belum menunaikan zakat, inilah masa yang terbaik. Lebih baik diawalkan daripada dilengah-lengahkan untuk mengelakkan anda terlupa bayar zakat.
Itu sahaja perkongsian Qoala pada hari ini. Nak renew insurans kereta terbaik? Renew saja dengan Qoala. Mudah dan pantas!