Cuti panjang sempena perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Raya Korban atau Hari Krismas semestinya akan dimanfaatkan sebaiknya warga kota untuk balik kampung. Walaupun dalam kegembiraan balik kampung menziarahi ibu bapa dan mengunjungi sanak-saudara ini, tips beraya dengan selamat masih perlu diamalkan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan anda.
Balik Beraya Minggu Ini? 9 Tips Beraya dengan Selamat dan Lancar
Dalam keseronokan untuk balik kampung, aspek keselamatan tidak boleh dipandang mudah. Dengan langkah-langkah keselamatan yang betul, insiden atau kemalangan yang tidak diingini boleh dielakkan. Berikut sembilan tips beraya dengan selamat yang perlu anda ketahui bagi membantu anda merancang perjalanan anda:
1. Tips Beraya dengan Selamat: Tutup Suis Lampu, Barangan Elektrik
Sebelum pulang ke kampung, pastikan semua suis di setiap sudut rumah anda dimatikan dan ditanggalkan daripada soket. Ia penting bagi mengelakkan berlakunya insiden litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran.
Selain itu, langkah ini juga boleh membantu menjimatkan kadar penggunaan elektrik dan perbelanjaan bulanan. Untuk mengelakkan was-was, ambil gambar semua suis yang telah dimatikan bagi membolehkan perjalanan balik kampung anda lebih tenang.
2. Cabut Kepala Tong Gas Memasak, Tutup Paip Air
Cabut kepala tong gas memasak apabila anda tidak berada di rumah dalam tempoh yang lama. Cara ini dapat mengelakkan risiko kebakaran rumah sekiranya berlaku kebocoran pada hos atau dapur gas semasa ketiadaan anda.
Selain itu, pastikan semua paip air di rumah anda telah ditutup sebelum anda keluar rumah. Sekiranya rumah anda mempunyai kolah mandi, kosongkan air di dalamnya untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.
3. Simpan Barangan Berharga di Tempat Selamat
Tidak kira anda pulang ke kampung untuk tempoh masa yang lama atau sekejap, anda dinasihatkan untuk tidak meninggalkan barangan berharga seperti komputer riba, barangan kemas, wang tunai dan sebagainya. Bawa barangan berharga ini bersama anda.
Jika perlu, minta kenalan yang boleh dipercayai untuk menjaga barangan-barangan berharga ini buat sementara waktu. Berdasarkan statistik, jenayah pecah rumah dan kecurian mencatatkan peningkatan terutamanya semasa musim perayaan.
4. Kunci Pintu, Tingkap dan Pagar Rumah
Pastikan semua pintu, tingkap dan pagar rumah anda ditutup dan dikunci dengan baik. Gunakan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.
Selain itu, bawa bersama kunci rumah anda. Elakkan daripada menyembunyikan atau menyimpan kunci rumah anda di lokasi-lokasi yang mudah dibaca seperti di bawah pasu, di bawah alas kaki atau di dalam rak kasut di luar rumah.
5. Tips Beraya dengan Selamat: Buka Lampu dalam Rumah
Jika anda risau perlu meninggalkan rumah untuk jangka waktu yang lama, nyalakan lampu dalam rumah atau mana-mana lokasi yang sesuai. Ia bertujuan untuk mewujudkan suasana rumah berpenghuni sekali gus mengurangkan risiko rumah anda dipecah masuk.
Anda disarankan untuk memasang lampu dengan tetapan ‘timer’ di dalam dan di luar rumah anda. Lampu akan terbuka atau tertutup secara automatik mengikut masa yang ditetapkan. Hidupkan lampu sekitar 7 petang setiap hari sepanjang ketiadaan anda.
Anda juga boleh memasang sistem penggera dan kamera litar tertutup di rumah anda sebagai langkah keselamatan tambahan.
6. Jangan Kongsi Ketiadaan Anda di Laman Sosial
Elakkan atau jangan sekali-kali memuat naik status di laman sosial berkongsi ketiadaan anda atau mana-mana ahli keluarga di rumah. Ia boleh membuka ruang kepada orang luar untuk memantau pergerakan dan keberadaan anda.
Secara asasnya, anda tidak disarankan untuk kongsi perkara-perkara ini di media sosial untuk keselamatan anda:
- Ketiadaan suami, ayah atau ahli keluarga lain di rumah;
- Lokasi rumah atau keberadaan semasa anda – boleh membuka peluang kepada jenayah pecah rumah dan sebagainya;
- Maklumat sulit seperti no plat kereta, nombor kad pengenalan, nama penuh dan sebagainya untuk elakkan kecurian data peribadi.
7. Maklumkan Ketiadaan Anda kepada Jiran/Pihak Polis
Untuk memastikan keselamatan kediaman anda lebih terjamin, anda dinasihatkan untuk memaklumkan ketiadaan anda kepada jiran atau pihak polis. Ia bagi membolehkan mereka membantu mengawasi keselamatan kediaman sepanjang ketiadaan anda.
Pihak polis biasanya akan melakukan rondaan secara berkala sepanjang ketiadaan anda.
8. Servis Kereta
Selain keselamatan kediaman yang ditinggalkan, pemeriksaan dan penyelenggaraan kereta adalah perkara mustahak yang perlu dilakukan sebelum anda memandu pulang ke kampung halaman. Kenderaan yang diselenggara dengan baik dapat mengurangkan risiko kemalangan atau kerosakan sepanjang perjalanan.
Sudah semestinya anda tidak mahu perjalanan balik kampung anda berdepan situasi kereta meragam atau tersadai tepi jalan akibat enjin kereta overheat. Lakukan pemeriksaan kenderaan secara menyeluruh sebelum dan selepas perjalanan untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.
Selain itu, pastikan anda merancang servis kereta lebih awal kerana kebanyakan pusat servis kereta sentiasa penuh di musim perayaan ini.
9. Tips Beraya dengan Selamat: Pandu dengan Berhati-hati
Anda juga disarankan untuk memandu dengan selamat untuk kurangkan risiko kemalangan. Ikuti lapan tips pemanduan selamat di bawah untuk perjalanan balik kampung yang lebih lancar:
- Elakkan merancang perjalanan pada saat-saat akhir atau tergesa-gesa kerana ia mungkin boleh mengganggu emosi anda;
- Jika berasa mengantuk, berhenti rehat seketika atau tangguhkan perjalanan anda;
- Pakai tali pinggang keledar dan jangan gunakan telefon bimbit semasa memandu;
- Sentiasa patuhi had laju yang ditentukan dan berhati-hati apabila memandu dalam hujan;
- Sebelum menukar lorong, pastikan keadaan betul-betul selamat – periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang;
- Lampu isyarat merah tanda berhenti, kuning tanda sedia untuk berhenti dan bukan tanda untuk anda memecut lebih laju;
- Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat. Jika kenderaan di hadapan menekan brek secara tiba-tiba, sekurang-kurangnya anda masih sempat menekan brek;
- Elakkan daripada memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan kerana perbuatan mementingkan diri sendiri ini berbahaya.
Kekal Selamat Raya Ini: Tips Kesihatan & Perjalanan Semasa Beraya
Apabila tiba musim perayaan, kes berkaitan kesihatan, kecurian, kebakaran atau kemalangan biasanya akan mencatatkan peningkatan. Kes-kes seperti ini berlaku kerana masih ramai yang tidak mengambil berat akan aspek keselamatan diri, keluarga dan harta benda.
Berikut tips beraya dengan selamat yang boleh anda dan keluarga praktikkan pada hari raya ini:
- Dapatkan suntikan dos penggalak untuk perlindungan tambahan;
- Ikuti PLUS untuk mendapatkan update terkini berkaitan jadual perjalanan yang disyorkan;
- Tambah nilai kad Touch ‘n Go mengikut harga tol PLUS atau mana-mana destinasi anda untuk elakkan kesesakan di plaza tol;
- Gunakan sanitizer atau basuh tangan dengan kerap sebelum dan selepas bersalaman;
- Pakai pelitup muka jika anda bersin atau batuk;
- Duduk di rumah jika anda berasa tidak sihat;
- Buat penilaian kendiri (self-test) bagi memastikan anda benar-benar bebas Covid-19 sebelum beraya atau balik kampung.
Selain itu, penting untuk anda memiliki insurans kereta yang tepat untuk perjalanan yang lebih selamat dan tenang. Jika anda belum renew insurance kereta, pertimbangkan insurans kereta first party untuk perlindungan yang lebih komprehensif.
Anda boleh renew insurans dan roadtax kereta anda di Qoala untuk nikmati lebih banyak penjimatan. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans kereta terbaik di Malaysia.