Sukar untuk menentukan pihak yang salah sekiranya berlaku kemalangan antara motosikal dan kereta seperti motor langgar kereta. Ini kerana, banyak faktor penting yang boleh mempengaruhi kemalangan antaranya kelajuan kenderaan, keadaan jalan raya, cuaca serta undang-undang yang berkaitan. Penting untuk anda baca dan fahami artikel ini bagi mengetahui dan melindungi hak anda sebagai pemandu kereta atau penunggang motosikal.
Apa yang Perlu Anda Lakukan Jika Motor Langgar Kereta Anda, Kereta Anda Dilanggar oleh Motosikal?
Ramai yang berpendapat pemilik atau pemandu kereta biasanya perlu bertanggungjawab atau bersalah apabila terlibat dengan kemalangan yang melibatkan motosikal. Ini kerana, penunggang motosikal dikatakan lebih terdedah kepada bahaya dan tidak dilengkapi dengan ciri keselamatan kereta.
Sebelum anda membuat kesimpulan siapa yang salah dalam kejadian motor langgar kereta, penting untuk anda ketahui langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya anda berdepan dengan situasi kemalangan:
- Segera periksa sebarang kerosakan yang dialami oleh kenderaan anda;
- Jika kereta anda mengalami kerosakan yang signifikan dan memerlukan trak tunda, hubungi syarikat insurans kereta anda dengan segera;
- Dokumenkan kejadian tersebut dengan mengambil gambar kereta anda dan motosikal yang terlibat. Catat juga butiran penting seperti nombor plat kereta dan cukai jalan;
- Dapatkan maklumat peribadi pemandu motosikal termasuk nama penuh, nombor telefon dan nombor kad pengenalan (jika perlu);
- Dalam tempoh 24 jam, bawa kereta anda ke balai polis terdekat dan buat laporan polis;
- Bawa kereta anda ke bengkel panel insurans untuk proses pembaikan;
- Setelah semua langkah ini diambil, pihak bengkel akan menguruskan tuntutan insurans dan proses pembaikan bagi pihak anda.
- Untuk mempercepatkan proses tuntutan, kumpulkan dan serahkan dokumen-dokumen berikut ke bengkel panel anda:
-
-
- Salinan laporan polis;
- Polisi insurans;
- Salinan kad pengenalan pemandu & pemegang polisi;
- Salinan lesen memandu pemandu & pemegang polisi;
-
Bagi menjawab persoalan sama ada pemandu kereta secara automatik bertanggungjawab dalam kemalangan antara kereta dan motosikal, anda boleh lihat dua senario seperti berikut:
1. Motor Langgar Kereta
Bayangkan anda sedang memandu di jalan raya dengan kereta anda menuju ke destinasi anda sambil mendengar radio, tiba-tiba sebuah motor langgar kereta anda. Dalam situasi ini, jika pemilik motor benar-benar bersalah, anda tidak perlu bimbang. Apa yang boleh anda lakukan ialah membuat tuntutan insurans dengan syarikat insurans penunggang motosikal tersebut.
Seperti yang anda tahu, Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 memperuntukkan bahawa setiap kenderaan di Malaysia perlu mempunyai sekurang-kurangnya perlindungan insurans Pihak Ketiga. Jadi, dalam kes ini, anda boleh buat tuntutan pihak ketiga dengan syarikat insurans tersebut.
Bagaimana Cara untuk Membuat Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal?
Anda boleh membuat tuntutan kerosakan kereta ke atas insurans motosikal dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
-
-
- Cari bengkel panel insurans dan buat penilaian kerosakan pada kereta anda;
- Minta adjuster untuk menilai kos pembaikan yang diperlukan untuk kereta anda;
- Sediakan dokumen yang diperlukan dan hantar tuntutan insurans kemalangan anda kepada syarikat insurans motosikal bersama dengan semua dokumen yang berkaitan:
-
-
-
-
- Salinan laporan polis;
- Salinan kad pengenalan pemandu dan pemegang polisi;
- Salinan lesen memandu pemandu dan pemegang polisi;
- Salinan sijil pemilikan kenderaan;
- Laporan adjuster;
- Bil pembaikan kereta anda;
- Foto yang mendokumentasikan kemalangan dan kerosakan pada kedua-dua kenderaan;
- Dokumen polis yang menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab telah didenda kerana melakukan kesalahan trafik.
-
-
2. Kereta Anda Terlanggar Motosikal
Sebagai pemandu kereta, anda harus sentiasa peka terhadap persekitaran anda terutamanya semasa memandu. Biasanya, apabila berlaku kemalangan antara kereta dan motor, ia sering mengakibatkan kerosakan yang serius kepada penunggang motosikal.
Sekiranya kemalangan berpunca daripada anda (memandu dengan cuai atau memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol), anda mungkin berdepan denda dan hukuman yang lebih berat. Jumlah denda atau hukuman yang dikenakan bergantung pada kategori kesalahan yang dilakukan – denda minimum RM300 atau mungkin lebih.
Selain denda, anda juga mungkin berdepan prosiding undang-undang, penggantungan lesen dan lain-lain yang semestinya akan memberi impak yang besar kepada kehidupan anda. Untuk mengelakkan risiko ini, anda disarankan untuk memandu dengan bertanggungjawab. Pastikan anda tidak berada di bawah pengaruh bahan terlarang yang boleh mengganggu keupayaan anda untuk mengendalikan kenderaan dengan selamat.
Kemalangan Antara Motor dan Kereta: Lindungi Diri dan Ketahui Hak Anda
Sekiranya anda pemilik kereta berdepan situasi motor langgar kereta anda, jangan panik atau bimbang. Anda mempunyai pilihan untuk mencari keadilan melalui mahkamah (jika kemalangan terlalu serius). Jika anda benar-benar percaya bahawa pihak lain yang bersalah, anda boleh menyelesaikan sendiri perkara ini anda menghubungi syarikat insurans anda untuk mendapatkan bantuan.
Walau bagaimanapun, jika kemalangan tidaklah terlalu besar atau serius, mungkin tidak berbaloi (dari segi kos dan masa) untuk membebankan diri menghadiri prosiding mahkamah. Anda boleh cuba menyelesaikan isu ini dengan pihak lain dan mencapai persetujuan mengenai ganti rugi.
Selain itu, anda juga boleh membuat tuntutan dengan syarikat insurans anda. Ada sesetengah polisi insurans memasukkan perlindungan yuran guaman sehingga RM2,000 dengan persetujuan bertulis daripada pihak insurans. Ini terpakai untuk jenis insurans kereta Komprehensif, insurans kereta Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian bergantung pada liputan perlindungan yang anda miliki.
Selain itu, anda juga boleh menyediakan dashcam kereta untuk perlindungan tambahan kereta anda. Dashcam dapat memberikan manfaat yang sangat berguna dalam situasi seperti ini. Ia mempunyai keupayaan untuk merekodkan butiran penting seperti kelajuan dan pergerakan kedua-dua kenderaan yang terlibat.
Dashcam juga menyediakan rekod yang tidak berat sebelah tentang apa yang berlaku semasa kemalangan. Rekod ini boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah atau semasa tuntutan insurans. Namun secara asasnya, dalam menentukan pihak yang bersalah dalam kemalangan kereta dan motosikal tidak kira kereta langgar motor atau motor langgar kereta, ia memerlukan siasatan yang menyeluruh.
Hanya kerana anda menaiki kereta, tidak bermaksud anda automatik bertanggungjawab dengan kemalangan yang berlaku. Selain itu, jika anda sedang mencari insurans kemalangan diri dan insurans kereta terbaik di Malaysia, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Bandingkan harga dan manfaat daripada beberapa syarikat insurans terbaik dan paling popular di Malaysia dengan proses yang mudah, cepat, dan selamat.