Apakah Polisi Insurans Hayat yang Sesuai untuk Anda 2024?

Kali terakhir diperbaharui Jan 16, 2024 oleh Shafiq Wahab
Apakah Polisi Insurans Hayat yang Sesuai untuk Anda 2024?

Pemilihan polisi insurans hayat yang sesuai memerlukan ketelitian. Insurans hayat atau insurans nyawa menyediakan manfaat kewangan kepada pemegang polisi atau waris yang ditinggalkan. Manfaat kewangan yang diterima boleh digunakan untuk menyara kehidupan waris jika pemegang polisi meninggal dunia atau menampung kos sara hidup jika hilang upaya kekal.

Polisi Insurans Hayat yang Sesuai Mengikut Kategori – Bujang, Berkahwin, Bersara

Keperluan setiap individu adalah berbeza-beza. Anda sendiri perlu menentukan polisi insurans hayat yang sesuai untuk anda dan keluarga mengikut keperluan. Biasanya, pelan insurans nyawa yang diperlukan oleh seseorang individu bujang mungkin tidak sama dengan individu yang telah berkahwin.

Meskipun begitu, anda boleh pertimbangkan cadangan pelan insurans nyawa mengikut kategori seperti berikut:

Apa yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Memilih Polisi Insurans Hayat?

Profesional Bujang

Seseorang individu bujang memerlukan perlindungan insurans hayat untuk menjamin kestabilan kewangan. Selain itu, perlindungan insurans nyawa membolehkan pemegang polisi mendapatkan perlindungan seumur hidup. Pelan insurans nyawa yang disarankan ialah:

  • Insurans nyawa bertempoh;
  • Insurans nyawa seumur hidup.

Pasangan Pengantin Baharu

Bagi pasangan pengantin baharu pula, insurans nyawa bertindak sebagai simpanan untuk keperluan masa depan, perancangan cukai dan perlindungan selepas kematian. Insurans nyawa yang dicadangkan:

Suami, Isteri dan Anak

Bagi pasangan suami isteri dan anak pula, insurans hayat memainkan peranan sebagai salah satu perancangan cukai. Selain itu, ia juga memainkan peranan penting sebagai keperluan masa depan dan perancangan pendidikan anak-anak. Perlindungan yang dicadangkan:

  • Insurans bertempoh gadai janji berkurangan;
  • Insurans nyawa seumur hidup.

Individu yang Bakal Bersara

Individu yang akan bersara memerlukan insurans nyawa sebagai simpanan untuk persaraan dan pelan jaminan untuk ketenangan fikiran. Antara perlindungan insurans nyawa yang disarankan ialah:

  • Insurans endowmen;
  • Anuiti nyawa.

Pesara

Bagi golongan yang telah bersara, insurans nyawa penting sebagai simpanan untuk perbelanjaan perubatan dan pendapatan berterusan. Insurans nyawa yang disarankan:

  • Anuiti nyawa;
  • Insurans nyawa bertempoh

Bagaimana cara memilih pelan Insurans Hayat yang sesuai dan terbaik untuk anda?

Bagaimana Memilih Polisi Insurans Hayat yang Sesuai untuk Anda?

Pemilihan polisi insurans hayat tanpa berfikir panjang dan tangkap muat akan merugikan anda. Ini kerana, anda mungkin tidak mendapat perlindungan yang sewajarnya meskipun telah membayar premium insurans nyawa yang mahal. Berikut beberapa tips yang boleh dipertimbangkan sebelum memilih polisi insurans nyawa yang terbaik.

1. Tentukan Perancangan Kewangan Semasa atau Masa Depan

Setiap individu mempunyai matlamat kewangan masing-masing mengikut keperluan semasa. Keperluan kewangan seseorang individu bujang tidak sama dengan individu yang telah berkeluarga dan mempunyai anak. Bagi pasangan yang mempunyai anak, anda mungkin boleh mengambil pelan yang menawarkan pembiayaan pendidikan untuk anak-anak pada masa hadapan.

2. Pilih Pelan Insurans yang Tidak Membebankan Poket

Ambil kira jumlah wang yang perlu diperuntukkan setiap bulan untuk membayar premium insurans. Jika anda mengambil pelan yang terlalu mahal melebihi kemampuan, ada kemungkinan anda akan mengalami kesukaran untuk membayarnya.

Langkah paling ideal ialah peruntukkan sekurang-kurangnya enam peratus daripada pendapatan bulanan untuk membayar premium insurans yang diambil.

3. Teliti Manfaat yang Akan Diperoleh

Setiap jenis insurans hayat yang diambil memberi manfaat dan kelebihan yang berbeza-beza. Terdapat pelan yang memfokuskan kepada sesuatu manfaat khusus seperti Insurans Tempoh Gadai Janji Berkurangan yang memfokuskan kepada pembiayaan rumah sahaja.

Selain itu, ada juga insurans nyawa yang bersifat umum yang menyediakan bantuan kewangan secara umum. Bantuan kewangan ini boleh digunakan untuk apa-apa keperluan yang anda sendiri tentukan.

4. Semak Semula Polisi Setelah Beberapa Tahun

Polisi yang diambil perlu disemak secara berkala sekurang-kurangnya setiap 10 tahun. Ini bagi memastikan polisi masih relevan atau mungkin perlu ditukar bergantung pada matlamat kewangan semasa. Cara ini juga dapat memastikan anda mendapat perlindungan polisi insurans hayat yang selari dengan keperluan anda.

Pelan insurans hayat dapat menjamin kestabilan kewangan apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.

Memilih Pelan Insurans Hayat Terbaik, Lindungi Masa Depan Anda dan Keluarga

Semua hutang yang dimiliki seperti pembiayaan perumahan, pinjaman peribadi atau pinjaman kereta tidak akan terhapus jika meninggal dunia atau hilang upaya kekal. Tanpa perancangan kewangan yang baik semasa anda masih hidup, komitmen hutang ini boleh menjadi beban kepada waris. Di sinilah peranan insurans nyawa kepada anda.

Perlindungan insurans hayat membantu menyediakan bantuan kewangan segera kepada anda. Anda dapat menggunakannya untuk membayar hutang-hutang yang ditinggalkan. Dalam kes hilang upaya, bantuan kewangan ini boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan harian, pengangkutan, kos perubatan dan rawatan susulan di hospital.

Oleh sebab itu, penting untuk anda memilih pelan insurans nyawa terbaik dengan mengambil kira matlamat kewangan, kos premium serta manfaat yang ingin diperoleh.

Semoga panduan ini dapat membantu anda mengenal pasti keperluan utama dalam merangka pelan insurans hayat yang sesuai. Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60