Harga cermin kereta atau kos tukar cermin kereta boleh menelan belanja yang tinggi, apatah lagi jika kereta anda tidak dilengkapi dengan insurans cermin kereta. Anda perlu keluarkan belanja sendiri daripada simpanan anda untuk menanggung kos tukar cermin kereta ini.
Patutkah Anda Tambah Perlindungan Cermin Kereta?
Perlindungan insurans cermin kereta dapat memberi ketenangan fikiran kepada pemegang polisi. Jika cermin kereta pecah atau retak, anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menggantikan cermin kereta anda.
Bagi model kereta baru, kos ganti cermin kereta boleh memakan kos yang besar. Ini disebabkan teknologi penderia (sensor) yang telah ditambah pada cermin kereta. Sebagai contoh, harga cermin depan Perodua Aruz memakan kos sekitar RM1,200 (Perodua Aruz dilengkapi teknologi penderia hujan).
Berikut anggaran harga cermin kereta model kereta popular di Malaysia tanpa perlindungan insurans untuk panduan anda. Ia membolehkan anda merancang kos dan perbelanjaan anda dengan lebih baik.
Model Kereta | Anggaran Harga Pasaran Cermin Kereta |
Harga cermin tingkap kereta Axia | Harga cermin depan Axia berjumlah antara RM500 hingga RM600. |
Harga cermin tingkap kereta Persona | Harga cermin kereta untuk harga windscreen persona model lama adalah dalam lingkungan RM600 hinggalah RM800. Manakala, harga cermin kereta model terbaru adalah antara RM1,000 hingga RM1,300. |
Harga cermin kereta Bezza | Harga cermin tingkap kereta Bezza/harga cermin kereta Bezza adalah antara RM500 hingga RM600 di pasaran. |
Harga cermin depan Saga FLX | Harga cermin kereta Saga adalah dalam lingkungan RM500 hingga RM600. |
Tukar Cermin Kereta: Berapa Harga Repair Cermin Kereta Retak, Harga Ganti Cermin Kereta Pecah?
Kejadian tidak diingini seperti cermin kereta retak, pecah dan sebagainya tidak boleh dijangkakan. Ia boleh berpunca daripada batu yang melantun ke arah cermin, pokok tumbang hempap cermin dan banyak lagi. Apabila berdepan situasi sebegini, anda semestinya perlu ganti cermin kereta yang rosak ini.
Faktor yang Mempengaruhi Kos Tukar Cermin Kereta
Ramai yang masih tidak tahu kos baiki cermin kereta retak atau harga tukar cermin kereta adalah berbeza-beza. Harga repair cermin kereta retak, pecah atau rosak ini juga mungkin lebih tinggi bergantung pada faktor-faktor berikut:
- Model kereta (jenama kenderaan);
- Jenis cermin kereta yang digunakan;
- Range harga cermin kereta di pasaran semasa;
- Lokasi bengkel;
- Stok cermin kereta sedia ada atau perlu diimport;
- Kadar upah sesebuah kedai cermin kereta.
Kos Tambahan: Kos Baiki Cermin Kereta Retak
Biasanya, harga cermin kereta belakang dan depan yang pecah boleh menelan kos sekitar RM200 hingga RM360 atau mungkin lebih bergantung pada model kereta. Harga baiki cermin kereta retak mungkin lebih mahal jika:
- Kereta menggunakan cermin elektrik atau dipanaskan (heated windscreen);
- Cermin kereta mempunyai ciri pengesan retak;
- Cermin dua lapis (double layer) digunakan;
- Cermin kereta khusus untuk kenderaan premium digunakan;
- Kos-kos lain bergantung pada situasi (kos pengangkutan dan sebagainya).
Sebelum gantikan cermin kereta yang rosak, tanyakan terlebih dahulu anggaran kos-kos ini untuk elakkan anda daripada terbeban dengan belanja yang tinggi. Anda boleh minta sebut harga dengan memaklumkan perkara-perkara berikut:
- Jenis cermin – cermin kereta belakang, depan, cermin kecil kereta, cermin tingkap dan lain-lain;
- Model kereta – Saga BLM, Myvi, Vios dan sebagainya;
- Tahun pengeluaran;
- Nama syarikat insurans (jika berkaitan);
- Jumlah perlindungan cermin kereta (jika berkaitan).
Insuran Cermin Kereta: Senarai Harga Cermin Kereta 2024
Bagi membantu anda menguruskan perbelanjaan dengan baik, anda disarankan untuk mendapatkan perlindungan insurans cermin kereta sebagai langkah persediaan. Sekurang-kurangnya, anda memiliki insurans yang akan menanggung kos pembaikan sekiranya cermin kereta anda tiba-tiba pecah, retak atau rosak.
Kos perlindungan insurans cermin kereta adalah sebanyak 15 peratus daripada nilai harga perlindungan cermin kereta. Sebagai contoh, jika anda ingin mendapatkan perlindungan bernilai RM1,000, anda hanya perlu membayar RM150 untuk satu tempoh polisi. Bagi memudahkan anda, anda boleh rujuk senarai perlindungan harga insurans di bawah:
1. Harga Cermin Kereta Perodua
Nilai perlindungan cermin kereta Perodua yang dicadangkan termasuk kos penggantian, caj pemasangan/buruh dan filem tinted kereta solar berkualiti.
Model Kereta Perodua | Harga Insurans Kereta | Nilai Perlindungan |
Alza | RM105 | RM700 |
Aruz | RM165-RM180 | RM1,100-RM1,200 |
Axia | RM90 | RM600 |
Ativa | RM180 | RM1,200 |
Bezza | RM105-RM150 | RM700-RM1,000 |
Kelisa | RM90 | RM600 |
Kembara | RM90 | RM600 |
Kenari | RM90 | RM600 |
Kancil | RM75 | RM500 |
Myvi | RM90-RM150 | RM600-RM1,000 |
Rusa | RM90 | RM600 |
Viva | RM90 | RM600 |
2. Harga Cermin Kereta Proton
Nilai perlindungan cermin kereta Proton yang dicadangkan termasuk kos penggantian, caj pemasangan/buruh dan filem tinted kereta solar berkualiti.
Model Kereta Proton | Harga Insurans Kereta | Nilai Perlindungan |
Ertiga | RM225 | RM1500 |
Exora | RM120 | RM800 |
Gen2 | RM90 | RM600 |
Iriz | RM180 | RM1,200 |
Inspira | RM300 | RM2,000 |
Juara | RM90 | RM600 |
Preve | RM180 | RM1,200 |
Perdana | RM150-RM300 | RM1,000-RM2,000 |
Persona | RM90-RM180 | RM600-RM1,200 |
Saga/Iswara | RM90-RM120 | RM600-RM800 |
Satria | RM90-RM120 | RM600-RM800 |
Suprema S | RM180 | RM1,200 |
Wira | RM90 | RM600 |
Waja | RM90 | RM600 |
X50 | RM225-RM450 | RM1,500-RM3,000 |
X70 | RM225-RM450 | RM1,500-RM3,000 |
3. Harga Cermin Kereta Honda
Nilai perlindungan cermin kereta Honda yang dicadangkan termasuk kos penggantian, caj pemasangan/buruh dan filem tinted kereta solar berkualiti.
Model Kereta Honda | Harga Insurans Kereta | Nilai Perlindungan |
Honda CRV | RM150-RM300 | RM1,000-RM2,000 |
Honda City | RM150-RM300 | RM1,000-RM2,000 |
Honda Accord | RM150-RM450 | RM1,000-RM3,000 |
Honda Civic | RM225-RM300 | RM1,500-RM2,000 |
Honda Jazz | RM150-RM225 | RM1,000-RM1,500 |
Honda HRV | RM225 | RM1500 |
Honda BRV | RM225 | RM1500 |
Honda Odyssey | RM300-RM750 | RM2,000-RM5,000 |
Honda Elysion | RM600 | RM4,000 |
Honda Freed | RM300 | RM2,000 |
Honda Insight | RM900 | RM6,000 |
Honda CRZ | RM750 | RM5,000 |
Honda Stream | RM225-RM750 | RM1,500-RM5,000 |
4. Harga Cermin Kereta Toyota
Nilai perlindungan cermin kereta Toyota yang dicadangkan termasuk kos penggantian, caj pemasangan/buruh dan filem tinted kereta solar berkualiti.
Model Kereta Toyota | Harga Insurans Kereta | Nilai Perlindungan |
Altis | RM150-RM450 | RM1,000-RM3,000 |
Avanza | RM150-RM225 | RM1,000-RM1,500 |
Camry | RM120-RM450 | RM800-RM3,000 |
Corolla Cross | RM450 | RM3,000 |
CHR | RM375 | RM2,500 |
Rush | RM225 | RM1,500 |
Innova | RM180-RM300 | RM1,200-RM2,000 |
Harrier | RM300-RM750 | RM2,000-RM5000 |
Unser | RM150 | RM1,000 |
Fortuner | RM150-RM300 | RM1,000-RM2,000 |
Vellfire | RM525-RM600 | RM3,500-RM4,000 |
Toyota Estima | RM450-RM525 | RM3,000-RM3,500 |
Vios | RM120-RM225 | RM800-RM1,500 |
Toyota Wish | RM225-RM450 | RM1,500-RM3,000 |
Toyota Hilux | RM150-RM300 | RM1,000-RM2,000 |
Alphard | RM450 | RM3,000 |
Toyota Prius | RM300-RM375 | RM2,000-RM2,500 |
Toyota Yaris | RM225 | RM1,500 |
Toyota Lexus | RM600 | RM4,000 |
Landcruiser Prado | RM450-RM600 | RM3,000-RM4,000 |
Toyota GR Supra | RM900 | RM6,000 |
Toyota Sienta | RM300 | RM2,000 |
5. Harga Cermin Kereta Nissan
Nilai perlindungan cermin kereta Nissan yang dicadangkan termasuk kos penggantian, caj pemasangan/buruh dan filem tinted kereta solar berkualiti.
Model Kereta Nissan | Harga Insurans Kereta | Nilai Perlindungan |
Nissan Almera | RM180 | RM1,200 |
Grand Livina | RM225 | RM1,500 |
Nissan Teana | RM300 | RM2,000 |
Nissan Sylphy | RM300 | RM2,000 |
Nissan X-trail | RM180-RM450 | RM1,200-RM3,000 |
Nissan Sentra | RM150-RM180 | RM1,000-RM1,200 |
Nissan Frontier | RM225 | RM1,500 |
Nissan Serena | RM150-RM375 | RM1,000-RM2,500 |
Nissan Vanette | RM105 | RM700 |
Nissan GTR | RM1,200-RM1,500 | RM8,000-RM10,000 |
Nissan Fairlady | RM1,200 | RM8,000 |
Nissan Navara | RM225 | RM1,500 |
Nissan Latio | RM225 | RM1,500 |
Nissan Cefiro | RM225 | RM1,500 |
Beli Perlindungan Tambahan Insurans Cermin Kereta untuk Ketenangan Fikiran
Perlindungan tambahan insurans cermin kereta dapat memastikan anda mendapat perlindungan yang sewajarnya. Jika berlaku sesuatu pada mana-mana cermin kereta anda, kos tukar cermin kereta akan ditanggung oleh pihak insurans tanpa menjejaskan NCD kereta anda.
Perlindungan tambahan cermin kereta dapat mengelakkan anda daripada terbeban dengan risiko kewangan atau kos tukar cermin kereta yang tinggi. Secara asasnya, insurans cermin kereta menawarkan perlindungan, penggantian dan pembaikan untuk:
- Cermin depan;
- Cermin belakang kereta;
- Cermin tingkap, cermin tepi kereta, cermin mati dan lain-lain;
- Cermin bumbung kereta (sun roof dan moon roof) – untuk model kereta yang sedia ada bukannya pengubahsuaian.
Sekiranya anda ingin mendapatkan perlindungan tambahan semasa renew insurans kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia. Anda boleh tambah perlindungan tambahan insurans cermin kereta dengan mudah pada harga yang berpatutan.