Apa Perlu Anda Lakukan Jika Report CTOS 2024 Tidak Tepat?

Kali terakhir diperbaharui May 21, 2024 oleh Shafiq Wahab
Apa Perlu Anda Lakukan Jika Report CTOS 2024 Tidak Tepat?

Anda dah apply loan untuk beli kereta baharu, tiba-tiba anda dapat panggilan daripada pihak bank memaklumkan permohonan pinjaman tidak berjaya disebabkan masalah pada report CTOS anda. Apa yang patut anda buat? Apakah ada cara untuk anda selesaikan masalah berkaitan report CTOS anda ini?

Bagaimana Cara untuk Betulkan Kesilapan pada Report CTOS Anda?

Sebelum itu, penting untuk anda tahu apa itu CTOS sebenarnya? CTOS merupakan agensi pelaporan kredit yang telah didaftarkan di bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Fungsi utama CTOS adalah untuk memberi maklumat kredit seseorang individu atau sebuah perniagaan.

Report CTOS biasanya mengandungi rekod kredit untuk tempoh 24 bulan merangkumi rekod undang-undang, pemilikan perniagaan dan hal-hal lain berkaitan kredit anda. Dalam erti kata lain, report CTOS akan memaparkan status kewangan atau kredit semasa anda sama ada dalam keadaan baik atau tidak.

Bagaimana Cara untuk Betulkan Kesilapan pada Report CTOS Anda?

Tetapi, bagaimana pula jika laporan kredit yang dipaparkan tidak tepat? Apa yang boleh anda lakukan sekiranya anda mengesan kesilapan dalam laporan kredit anda? Ikuti tiga langkah mudah berikut:

1. Dapatkan Rekod Laporan Kredit CTOS Terkini

Report CTOS atau maklumat kredit anda biasanya akan berubah-ubah dan dikemas kini setiap bulan. Jika anda mengesan kesilapan dalam laporan kredit anda sehingga menyebabkan permohonan pinjaman anda ditolak, dapatkan laporan kredit terkini daripada CTOS untuk semakan lanjut.

2. Ketahui Maklumat yang Boleh Dikeluarkan

Di bawah Seksyen 31(1) Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010, anda berhak untuk membersihkan nama anda daripada maklumat kredit yang tidak tepat. Meskipun begitu, anda tidak boleh menghapuskan semua maklumat negatif daripada laporan kredit anda. CTOS sebagai agensi pelaporan kredit wajib melaporkan semua maklumat kredit selagi ia betul dan terkini.

Antara maklumat yang boleh dikeluarkan oleh CTOS adalah:

Maklumat Tidak Tepat

Jika laporan CTOS menyenaraikan maklumat yang tidak betul seperti akaun yang tidak dibuka, nama yang dinyatakan salah atau penghakiman bagi tuntutan mahkamah yang tidak melibatkan anda, ia boleh dikeluarkan daripada daripada rekod anda.

Maklumat Negatif yang Lapuk

Laporan kredit anda mungkin menunjukkan maklumat lama seperti penghakiman, hutang lapuk atau tindakan undang-undang yang telah lama diselesaikan. Maklumat negatif sebegini tidak boleh dihapuskan begitu sahaja dan harus berada dalam rekod anda selama 24 bulan.

Hal ini kerana, ia merupakan salah satu obligasi CTOS untuk melaporkan keadaan kredit yang tepat dan terkini. Namun begitu, apabila tempoh masa yang berkaitan telah luput, maklumat ini boleh dikeluarkan daripada laporan kredit CTOS anda.

3. Sediakan Dokumen Sokongan

Anda perlu sediakan segala dokumen-dokumen bagi membolehkan pihak CTOS mengemas kini maklumat yang betul. Antara dokumen-dokumen yang perlu disediakan adalah seperti:

  • MyKad (depan dan belakang) untuk pengesahan identiti;
  • Dokumen daripada bank anda seperti surat penyelesaian, bukti pembayaran (jika berkenaan);
  • Dokumen daripada SSM, mahkamah atau tindakan undang-undang (jika berkenaan).

Biasanya, setelah aduan dan maklumat diterima, pihak CTOS akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu. Jika maklumat adalah tidak tepat dan telah disahkan oleh pihak pemiutang, pihak CTOS akan mengeluarkan maklumat ini daripada report CTOS anda. Setelah siasatan selesai, laporan bertulis dan salinan report CTOS yang telah dikemas kini akan dihantar kepada anda.

Proses mengemas kini maklumat akan mengambil masa antara tiga hingga lima hari jika semua dokumen sokongan berkaitan yang diterima adalah lengkap dan disahkan. Manakala, isu yang lebih kompleks mungkin memakan masa sehingga dua minggu untuk diselesaikan.

Bijak Urus Kewangan, Elakkan Terbeban dengan Risiko Hutang

Bijak Urus Kewangan, Elakkan Terbeban dengan Risiko Hutang

Report CTOS memainkan peranan penting dalam mencerminkan tahap pengurusan kewangan anda. Jika laporan kredit CTOS anda cantik, ia boleh memudahkan anda untuk mendapatkan apa-apa pinjaman bank pada masa depan.

Selain itu, jika anda merancang untuk mendapatkan insurans untuk elakkan anda daripada berdepan masalah kewangan sekiranya ditimpa musibah, layari qoala.my untuk info lanjut. Qoala menawarkan pelbagai pilihan insurans seperti insurans kereta dan insurans kesihatan untuk pilihan anda.

Layari Qoala untuk banding dan pilih insurans terbaik untuk perlindungan anda hari ini! Qoala merupakan platform pembaharuan dan perbandingan insurans terbaik di Malaysia yang menawarkan perlindungan insurans pada harga berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60