Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti ke luar negara pada hujung tahun. Ini merupakan masa yang paling ideal untuk rehatkan minda dan melepaskan tekanan setelah berpenat-lelah mencari rezeki. Bercuti memanglah seronok, tetapi penting untuk anda membuat perancangan dan persediaan sebelum bercuti terlebih dahulu untuk mengelakkan rasa bimbang.
Panduan Persediaan Lengkap Sebelum Bercuti, Perkara Penting yang Perlu Anda Lakukan
Sebelum anda mulakan percutian anda, pastikan anda melakukan perancangan sewajarnya untuk percutian yang lebih tenang. Perancangan dan persediaan sebelum bercuti bukan sahaja dapat melancarkan perjalanan anda. Tetapi dalam masa yang sama boleh menjamin keselesaan dan keselamatan anda.
1. Rancang Perjalanan Anda
Dengan adanya jadual perjalanan, ia membolehkan anda menikmati percutian yang lebih selesa kerana anda tahu lokasi tumpuan yang ingin dituju atau jenis aktiviti yang akan dilakukan setiap hari.
Dalam erti kata lain, jadual perjalanan merupakan salah satu persediaan sebelum bercuti yang membolehkan anda mengawal pergerakan aktiviti, memudahkan urusan dan secara tidak langsung menjimatkan wang anda.
Anda juga disarankan untuk lakukan kajian mengenai destinasi percutian anda – buat persediaan awal sebelum bercuti seperti mod pengangkutan, makanan, penginapan dan jangkaan kos perbelanjaan.
Selain itu, semak juga keadaan cuaca semasa tarikh percutian pilihan anda. Ini boleh membantu anda merancang aktiviti atau pakaian yang bersesuaian sepanjang percutian anda.
2. Tentukan Bajet Perbelanjaan
Secara asasnya, setiap percutian memerlukan duit atau perbelanjaan yang banyak. Oleh sebab itu, perancangan bajet penting untuk mengelakkan anda daripada berbelanja melebihi kemampuan atau peruntukan yang ditetapkan.
Tetapkan jumlah bajet yang sanggup anda laburkan untuk percutian ini. Perancangan kewangan perlulah merangkumi kos penginapan, pengangkutan, makanan, cenderamata, atau duit untuk tujuan kecemasan sekiranya berlaku apa-apa situasi luar jangka.
Dengan adanya bajet perbelanjaan ini, ia secara tidak langsung membantu anda untuk tidak berbelanja lebih dan kurangkan perbelanjaan tidak perlu.
3. Persediaan Sebelum Bercuti: Semak Pasport atau Dokumen Sokongan
Sebelum anda membuat sebarang perancangan atau persediaan sebelum bercuti, pastikan anda semak tarikh tamat tempoh pasport anda. Secara asasnya, pasport yang dimiliki mestilah sah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan selepas memasuki negara lain.
Meskipun begitu, ada juga sesetengah negara yang membenarkan anda untuk memasuki negara mereka dengan tempoh sah pasport kurang daripada enam bulan. Jika tarikh tamat tempoh pasport hampir tamat, segera renew pasport anda untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa percutian anda.
Selain itu, periksa sama ada negara yang anda lawati memerlukan anda untuk memohon visa pelancong. Jika ya, ambil kira tempoh permohonan visa dan tarikh jangkaan siap untuk kutipan semula.
Ini kerana, proses permohonan atau tempoh masa yang diperlukan oleh setiap negara untuk memproses visa pelancong adalah berbeza-beza mengikut negara yang dikunjungi – rujuk pihak berkaitan untuk info lanjut.
4. Buat Salinan Dokumen Perjalanan
Pastikan anda memiliki salinan digital dokumen-dokumen penting seperti salinan pasport, visa, rekod tempahan hotel, tiket perjalanan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Anda boleh menyimpan kesemua dokumen ini dalam inbox e-mel anda (dengan kata laluan).
Selain itu, penting untuk anda miliki sekurang-kurangnya satu salinan hardcopy kesemua dokumen penting ini. Simpan di tempat yang selamat dan berasingan daripada pasport dan dokumen asal.
Sekiranya beg anda (termasuk telefon pintar anda) dicuri atau hilang, sekurang-kurangnya anda masih mempunyai salinan hardcopy yang boleh diakses dengan mudah tanpa memerlukan capaian internet.
5. Sediakan Wang yang Mencukupi
Sebelum ke luar negara, pastikan anda memaklumkan kepada pihak bank atau pembekal kad kredit anda mengenai tempoh keberadaan anda di luar negara. Ini kerana, pembekal kad kredit berkemungkinan akan membekukan kad anda sekiranya mengesan sebarang transaksi asing tanpa notis semasa anda berada di luar negara.
Oleh sebab itu, anda disarankan untuk mengaktifkan kad ATM anda untuk kegunaan luar negara sebagai persediaan sebelum bercuti. Ia bagi membolehkan anda menggunakan sistem perbankan yang ada di luar negara untuk proses pengeluaran wang tunai kelak.
Selain itu, semak juga kadar tukaran wang asing dan buat anggaran julat harga barangan yang dibeli. Ini untuk mengelakkan anda berbelanja melebihi bajet yang anda tetapkan.
6. Persediaan Sebelum Bercuti: Sediakan Senarai Semak Barangan Keperluan
Sediakan senarai semak barangan yang perlu dibawa untuk mengelakkan anda tertinggal atau terlupa. Ini penting untuk mengelakkan anda daripada keluarkan belanja tambahan untuk membeli barangan yang tertinggal yang biasanya jauh lebih mahal berbanding beli di Malaysia.
Pastikan juga barangan keperluan untuk bercuti mencukupi termasuklah barangan penjagaan diri, dokumen-dokumen penting dan ubat-ubatan untuk kecemasan.
Selain itu, penting untuk anda tahu bahawa setiap negara menggunakan soket yang tersendiri dan berbeza-beza. Di Malaysia misalnya, kebanyakan peralatan elektrik menggunakan soket tiga lubang, manakala di negara asing ada yang menggunakan soket dua lubang.
Situasi ini mungkin menjadi masalah atau kesukaran kepada anda untuk mengecas barangan elektronik jika anda tidak membawa soket atau adapter tambahan yang bersesuaian.
7. Beli Travel Insurance untuk Perlindungan Tambahan
Tidak kira sama ada anda bercuti dalam negara atau ke luar negara buat pertama kali, insurans perjalanan merupakan salah satu persediaan sebelum bercuti yang penting. Dalam erti kata lain, ia merupakan item wajib ada untuk ketenangan fikiran semasa bercuti dan menjadikan perjalanan anda lebih selamat.
Insurans perjalanan atau travel insurance bukan sahaja melindungi perjalanan anda. Ia menawarkan perlindungan kewangan dan membolehkan anda mendapatkan semula wang anda jika perjalanan anda dibatalkan, ditunda atau terpaksa dipercepatkan atas sebab-sebab tertentu.
Bukan itu sahaja, insurans perjalanan juga meliputi perlindungan perubatan kecemasan, pemindahan (ketika berlaku bencana) atau kehilangan bagasi.
Oleh sebab itu, anda boleh pertimbangkan untuk mendapatkan polisi insurans perjalanan untuk melindungi anda daripada sebarang risiko atau musibah semasa anda berada di luar negara.
Beli Insurans Kereta, Motosikal dan Kesihatan di Qoala untuk Ketenangan Fikiran
Semoga panduan berkaitan persediaan sebelum bercuti ini boleh membantu anda menikmati percutian yang lebih tenang, selamat dan selesa. Selain itu, jika anda ingin dapatkan polisi perlindungan insurans menyeluruh untuk perlindungan diri anda dan keluarga, layari laman web Qoala untuk info lanjut.
Qoala merupakan platform perbandingan insurans yang komprehensif yang menawarkan pelbagai pilihan insurans daripada beberapa syarikat insurans popular di Malaysia. Malah, Qoala juga ada berita baik untuk anda!
Selari dengan sambutan Krismas dan Tahun Baharu, Qoala Malaysia meraikan pelanggan bertuah yang mendapatkan insurans kesihatan dan memperbaharui insurans motor dan kereta melalui kempen #QoalasaysYES.
Kempen yang berlangsung dari 23 Disember 2022 hingga 3 Januari 2023 ini menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi. Anda boleh rujuk artikel #QoalasaysYES untuk info lanjut.