3 Perkara Anda Perlu Tahu Kalau Majikan Tak Bayar KWSP

Kali terakhir diperbaharui Dec 27, 2023 oleh Shafiq Wahab
3 Perkara Anda Perlu Tahu Kalau Majikan Tak Bayar KWSP

Baru-baru ini tular seluruh Malaysia tentang kes majikan tak bayar KWSP. Sebagai majikan, selain membayar gaji pekerja, wajib untuk membayar caruman KWSP untuk pekerja. Caruman KWSP hendaklah dibuat dengan betul mengikut kadar semasa yang telah dinyatakan di dalam Akta KWSP 1991 dan Peraturan dan Kaedah KWSP 1991.

Bagaimana Nak Tahu Majikan Saya Bayar ke Akaun KWSP atau Tidak?

Sebagai pekerja, anda boleh check Penyata Kira-Kira Ahli untuk memastikan sama ada caruman KWSP telah dimasukkan ke dalam akaun KWSP anda atau tidak. Ada beberapa cara untuk anda mendapatkan salinan Penyata Kira-Kira Ahli KWSP:

1. Mengakses Laman web KWSP

Anda boleh menyemak Penyata Kira-Kira Ahli anda dengan mengakses laman web KWSP. Log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah anda tetapkan.

2. Aplikasi Mudah Alih i-Akaun

Anda boleh juga check Penyata KWSP anda dengan menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Bagi anda yang belum mendaftar i-Akaun KWSP, anda bolehlah berbuat sedemikian untuk memudahkan urusan anda. Aplikasi i-Akaun KWSP boleh dimuat turun di App Store atau Google Play Store.

3. Self-Service Terminal (SST) KWSP

Selain itu, anda juga boleh menggunakan mana-mana self-service terminal KWSP yang berdekatan untuk mendapatkan salinan Penyata Kira-Kira Ahli anda. Anda boleh layari link ini untuk mendapatkan lokasi SST terdekat dengan anda.

Cara buat report majikan tak bayar KWSP

Saya Sudah Buat Semakan dan Majikan Tak Bayar KWSP, Apa Boleh Saya Buat?

Anda berhak untuk membuat aduan terhadap majikan anda jika anda mendapati majikan anda telah:

  • Gagal mencarum ke dalam akaun KWSP bagi pihak anda;
  • Telah memotong gaji tetapi gagal mencarum bagi pihak anda;
  • Membayar caruman kurang daripada jumlah yang ditetapkan;
  • Membayar caruman tidak mengikut tempoh bulan yang betul;
  • Maklumat yang disediakan oleh majikan dalam borang caruman tidak lengkap dan betul.

Secara asasnya, majikan tak bayar KWSP merupakan suatu kesalahan sivil dan jenayah. Majikan yang gagal untuk mencarum KWSP atau membuat potongan gaji pekerja boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

Kesalahan Penalti
Gagal mendaftar sebagai majikan dalam masa tujuh (7) hari setelah mengambil pekerja. Penjara tidak lebih tiga (3) tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.
Gagal membayar caruman KWSP pada atau sebelum 15 hari bulan.
Memberi penyataan palsu secara lisan atau bertulis.
Memotong caruman syer pekerja daripada gaji pekerja dan gagal membayar kepada KWSP. Penjara tidak lebih enam (6) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Memotong atau cuba memotong caruman syer majikan daripada gaji pekerja.
Kegagalan Pengarah Syarikat, Rakan Kongsi Firma, Pemegang Jawatan Persatuan membayar caruman KWSP yang tertunggak. Tuntutan boleh difailkan di mahkamah dan tindakan yang boleh diambil:

  • Tindakan kebankrapan;
  • Penyitaan dan penjualan aset;
  • Larangan Keluar Negara
    Seksyen 39 – Lembaga KWSP boleh memohon kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang mana-mana pengarah syarikat/perkongsian firma/pemilik perniagaan dari keluar negara jika syarikat/firma berkenaan gagal membayar caruman seperti mana yang ditetapkan

Majikan tidak mencarum KWSP boleh dikenakan penjara atau penalti.

Macam Mana Saya Nak Report Majikan Tidak Mencarum KWSP?

Sekiranya majikan tak bayar KWSP, anda berhak untuk membuat aduan terhadap majikan anda. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menuntut hak anda sebagai pekerja.

Anda boleh membuat aduan terhadap majikan tidak mencarum KWSP dengan cara berikut:

1. Failkan Aduan Rasmi melalui Laman Web KWSP

Anda boleh memfailkan aduan rasmi anda melalui laman web KWSP. Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh isi maklumat berkaitan dan memfailkan aduan anda.

Selain itu, anda juga boleh membuat aduan majikan tidak mencarum KWSP melalui borang pertanyaan di laman web KWSP.

2. Buat Laporan melalui ELYA

Aduan majikan tidak mencarum KWSP boleh dibuat melalui chatbot Elya yang disediakan oleh KWSP. Anda boleh bertanyakan Elya tentang status atau hal-hal berkaitan caruman KWSP anda.

3. Aduan Melalui E-mel dan Telefon

Anda juga boleh membuat aduan terhadap majikan anda dengan menghubungi KWSP di nombor talian 03-89226000. Selain itu, anda juga boleh melaporkan majikan tak bayar KWSP melalui e-mel [email protected].

4. Hadir ke Pejabat KWSP

Selain itu, anda juga boleh hadir ke mana-mana pejabat KWSP berdekatan dengan anda untuk membuat laporan atau semakan majikan tidak mencarum KWSP.

Untuk membuat aduan tentang majikan tidak mencarum KWSP, anda boleh menyediakan dokumen-dokumen berikut bersama anda:

  • Borang KWSP 1879 yang telah lengkap diisi. Anda boleh mendapatkan salinan borang tersebut di sini;
  • Salinan surat tawaran kerja/Kontrak perkhidmatan/Surat pelantikan;
  • Slip-slip gaji yang menunjukkan potongan caruman KWSP;
  • Salinan MyKad;
  • Dokumen-dokumen lain yang menunjukkan hubungan majikan dan pekerja.

Majikan tidak mencarum KWSP

Lindungi Hak Anda Sebagai Pekerja Demi Simpanan Persaraan Anda

Sekarang anda sudah tahu apa yang boleh anda buat jika majikan tidak mencarum KWSP. Anda bolehlah kongsikan info ini dengan rakan-rakan atau ahli keluarga yang berdepan masalah majikan tak bayar KWSP. Simpanan KWSP yang mencukupi membolehkan anda menikmati usia persaraan tanpa masalah kewangan.

Oleh sebab itu, penting untuk anda pastikan majikan bayar KWSP setiap bulan tanpa tertunggak. Selain simpanan persaraan, anda juga disarankan untuk miliki insurans kesihatan untuk perlindungan masa depan.

Untuk dapatkan info lanjut mengenai insurans perubatan dan kesihatan terbaik, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans yang menawarkan proses beli insurans yang cepat, mudah dan selamat.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60