Kos rawatan perubatan tidak kiralah kos rawatan hospital kerajaan atau hospital swasta adalah salah satu perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam perancangan kewangan. Kos rawatan perubatan boleh menelan belanja yang tinggi, lebih-lebih lagi jika anda tidak memiliki perlindungan insurans kesihatan.
Anggaran Kos Rawatan Hospital Kerajaan vs Kos Rawatan Hospital Swasta di Malaysia
Apabila bercakap mengenai kos rawatan perubatan, perkara pertama yang terlintas di kepala adalah berkaitan duit atau beban kewangan yang perlu ditanggung. Meskipun begitu, ramai yang beranggapan tidak perlu bimbang tentang kos rawatan perubatan kerana klinik dan hospital kerajaan menyediakan rawatan secara percuma.
Tetapi, benarkah kos rawatan hospital kerajaan tidak memerlukan bayaran?
Ada sesetengah caj rawatan hospital kerajaan sememangnya percuma atau hampir keseluruhan kos ditanggung oleh kerajaan. Tetapi tidak semua rawatan adalah percuma. Ada jenis rawatan yang masih perlu dibayar ribuan ringgit meskipun sebahagian besar kos telah disubsidi oleh kerajaan Malaysia.
Perlu diingatkan, caj rawatan hospital kerajaan ini mungkin berbeza berdasarkan keadaan kesihatan pesakit dan/atau disebabkan komplikasi tidak terjangka yang mungkin berlaku semasa rawatan.
Jenis Rawatan | Kos Rawatan Hospital Kerajaan | Kos Rawatan Hospital Swasta |
Kos angiogram jantung | RM50-RM200 | RM15,000-RM20,000 |
Kos pembedahan lutut di hospital kerajaan (penggantian lutut bilateral) | RM10,000-RM35,000 | RM25,000-RM45,000 |
Pintasan graft arteri koronari | RM4,000-RM5,000 | RM25,000-RM80,000 |
Kemoterapi | RM200-RM300 untuk setiap sesi rawatan | RM50-RM4,000 untuk setiap kitarani rawatan |
Penggantian pinggul | RM8,000-RM15,000 | RM24,000-RM55,000 |
Kos pembedahan tulang belakang hospital kerajaan | RM15,000-RM36,000 | RM40,000-RM55,000 |
Rawatan strok | RM4,000 ke atas | RM35,000-RM75,000 |
Kos pembedahan katarak mata di hospital kerajaan | RM100-RM500 | RM3,500-RM6,000 |
Denggi | Percuma | RM1,000-RM3,000 |
Kos pembedahan batu hempedu hospital kerajaan (kos rawatan batu karang) | RM3,000-RM10,000 (bergantung pada kerumitan kes) | RM9,000-RM40,000 (bergantung pada kerumitan kes) |
Nota: Anggaran caj rawatan hospital kerajaan dan swasta ini membolehkan anda melakukan perbandingan harga dan membolehkan anda bersedia dari segi kewangan sebelum menjalani prosedur perubatan. Harga ini tertakluk pada perubatan, rujuk fasiliti kesihatan anda untuk info lanjut.
Secara asasnya, kos rawatan hospital kerajaan jauh lebih murah dan lebih berpatutan berbanding kos rawatan hospital swasta. Kedua-kedua fasiliti kesihatan ini menawarkan kos rawatan perubatan yang berbeza untuk rawatan penyakit yang sama.
Kos rawatan di hospital swasta biasanya mengenakan caj bayaran yang lebih tinggi selari dengan perkhidmatan yang ditawarkan – hospital swasta dikatakan menawarkan perkhidmatan dan fasiliti yang lebih baik.
Kos Rawatan Hospital Kerajaan (Kos Tambahan Lain)
Selain itu, ada juga kos tambahan lain yang perlu anda bayar ketika dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Penting untuk anda tahu caj rawatan hospital kerajaan dan swasta yang dinyatakan di atas hanyalah untuk kos perkhidmatan rawatan semata-mata.
Ia tidak termasuk kos lain yang berkaitan seperti yuran konsultasi, yuran pendaftaran, caj harian wad, harga xray, ujian darah dan lain-lain lagi. Berikut jadual caj tambahan yang akan beri kesan pada caj hospital kerajaan anda:
Harga Hospital Kerajaan | Harga Hospital Swasta | |
Yuran konsultasi | Yuran nominal RM1 | RM30-RM250 |
Yuran kemasukan hospital | RM50-RM100 | Caj antara enam sehingga 10 peratus daripada keseluruhan kos pembedahan/rawatan. |
Caj bilik (sehari) | RM3-RM80 | RM80-RM300 dan ke atas |
Kos X ray hospital kerajaan | RM10 | RM35 ke atas |
Pemeriksaan ultrasound | RM10-RM100 | RM100-RM300 |
Ujian darah | RM1 | RM50 ke atas |
Harga CT scan (kos CT scan di hospital kerajaan) | RM450 | RM900 ke atas |
Harga MRI scan (kos MRI di hospital kerajaan) | RM650 ke atas | RM1,200 ke atas |
Bius anestesia | Percuma | RM1,000 ke atas |
Ambulans | RM50 ke atas | RM200 ke atas |
Nota: Kos rawatan yang dikenakan bergantung pada hospital pilihan anda. Setiap hospital mungkin akan mengenakan caj yang berbeza-beza bergantung kepada kriteria yang telah tetapkan.
Kos Rawatan Hospital Kerajaan untuk Warga Asing
Berikut merupakan kos rawatan untuk warga asing yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan:
Fi Pesakit Luar | Prosedur | Kos Perkhidmatan/Lawatan |
Hospital | Pesakit Luar Am | RM40 |
Pesakit Luar Pakar | RM120 | |
Jabatan Kecemasan | RM100 | |
Klinik Kesihatan Malaysia | Pesakit Luar Am | RM40 |
Pesakit Luar Pakar | RM120 | |
Klinik Komuniti (Klinik 1Malaysia) | – | RM40 |
Klinik Desa | – | RM40 |
Lain-lain | Perkhidmatan Kesihatan Kanak-kanak | RM40 |
Rawatan Obstetrik & Ginekologi | RM40 | |
Perkhidmatan Postnatum | RM40 | |
Calitan Pap | RM45 | |
Perkhidmatan Bersalin (termasuk di Pusat Bersalin Alternatif dan di rumah) | RM200 | |
Perkhidmatan perubatan di luar hospital | RM300 (untuk setiap lawatan tidak termasuk tuntutan bagi perjalanan, sara hidup dan penginapan mengikut kadar yang ditentukan oleh Kerajaan.) |
Nota: Kos rawatan hospital kerajaan yang dinyatakan adalah untuk kos perkhidmatan rawatan semata-mata. Anda masih perlu membayar kos-kos berkaitan yang lain seperti yuran konsultasi, yuran pendaftaran, caj harian wad, bayaran X-ray, ujian darah dan sebagainya.
Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta: Beza Hospital Swasta dan Kerajaan
Secara asasnya, kedua-dua rawatan di hospital kerajaan dan swasta menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sama. Cuma, terdapat beberapa perbezaan yang tersendiri antara kedua-dua kemudahan ini. Anda boleh rujuk perbezaan hospital swasta dan kerajaan di bawah:
Harga Kos Rawatan Hospital Kerajaan
Kos rawatan hospital kerajaan biasanya berkali-kali ganda lebih murah berbanding kos rawatan hospital swasta. Malah, ada sesetengah kos rawatan hospital kerajaan tidak perlu dibayar (percuma atau hampir keseluruhan kos rawatan tidak perlu dibayar). Ini kerana, kos rawatan hospital kerajaan telah diberikan subsidi yang amat tinggi oleh kerajaan.
Sebagai contoh, jika di hospital kerajaan, anda hanya perlu membayar RM1 bagi yuran konsultasi, tetapi anda perlu membayar antara RM30 hingga RM250 bagi perkhidmatan yang sama di hospital swasta. Jika anda perlu ditahan di wad hospital kerajaan, anda perlu membayar caj bilik wad antara RM3 hingga RM120 sehari bergantung kepada kelas wad tersebut.
Meskipun begitu, ada juga jenis rawatan tertentu di hospital kerajaan yang perlu dibayar sehingga ribuan ringgit meskipun telah disubsidi oleh kerajaan. Namun jika dibandingkan dengan kos rawatan hospital swasta, kos rawatan hospital kerajaan masih boleh dikatakan dalam lingkungan harga mampu bayar oleh pengguna.
Kualiti Perkhidmatan Hospital Kerajaan
Perkhidmatan yang disediakan di hospital kerajaan tidaklah semewah seperti yang ditawarkan di hospital swasta. Jika anda berkunjung ke hospital swasta, anda boleh melihat persekitaran hospital yang lebih selesa dan mewah.
Selain itu, terdapat pelbagai pilihan fasiliti yang lebih eksklusif yang tidak terdapat di hospital kerajaan. Perkhidmatan-perkhidmatan ini semestinya setanding dengan harga kos rawatan hospital swasta yang biasanya lebih mahal berbanding hospital kerajaan.
Namun begitu, ini tidak bermaksud rawatan perubatan dan perkhidmatan di hospital kerajaan adalah kurang bagus. Kualiti perkhidmatan asas yang ditawarkan oleh hospital kerajaan boleh dikatakan setanding dengan rawatan di hospital swasta.
Kelebihan | Kekurangan | |
Hospital Kerajaan Malaysia |
|
|
Hospital Swasta Malaysia |
|
|
Kebiasaannya, individu yang memiliki polisi insurans kesihatan akan memilih hospital swasta kerana ia termasuk dalam perlindungan insurans. Hospital swasta biasanya menjadi pilihan orang ramai kerana menawarkan kualiti perkhidmatan yang lebih baik dan selesa meskipun mengenakan caj yang lebih tinggi.
Dengan memiliki pelan insurans kesihatan atau medical card, anda boleh mendapatkan rawatan di hospital swasta tanpa mengeluarkan duit simpanan yang banyak untuk menampung kos rawatan.
Dapatkan Perlindungan Insurans Perubatan dan Kesihatan untuk Jaringan Kewangan yang Lebih Selamat
Keputusan sama ada untuk memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan atau hospital swasta bergantung sepenuhnya kepada situasi kewangan dan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda mahu menikmati kos rawatan yang lebih murah, anda boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Jika anda pentingkan keselesaan dan privasi, anda boleh memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. Namun begitu, perlu diingatkan kos rawatan di hospital swasta boleh menelan belanja rawatan yang tinggi lebih-lebih lagi dengan fasiliti dan kelebihan yang ditawarkan.
Oleh sebab itu, penting untuk anda mendapatkan perlindungan insurans perubatan dan kesihatan untuk keselesaan masa depan anda. Insurans kesihatan dapat membantu anda dan keluarga dalam mengurangkan risiko kewangan disebabkan perlu menanggung kos rawatan perubatan kesihatan yang tinggi.
Andaikan anda didiagnosis dengan penyakit serius, anda boleh membuat tuntutan insurans perubatan dengan syarikat insurans anda. Jika anda tidak mempunyai insurans, anda mungkin terpaksa menggunakan duit simpanan sendiri untuk menampung kos rawatan yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit ini.
Jika anda belum memiliki insurans kesihatan, salah satu cara untuk dapatkan insurans kesihatan terbaik adalah dengan melalui Qoala. Qoala membolehkan anda bandingkan pelan insurans perubatan berbeza sebelum anda pilih insurans kesihatan yang sesuai untuk perlindungan anda dan keluarga tersayang.
Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.