Berapa Banyak yang Anda Patut Beri dalam Angpau Tahun Baru Cina?

Kali terakhir diperbaharui May 22, 2023 oleh Hariz Hafiz
Berapa Banyak yang Anda Patut Beri dalam Angpau Tahun Baru Cina?

Angpau Tahun Baru Cina sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan setiap kali menjelang perayaan terutamanya jika anda masih layak terima angpau. Secara umumnya, sampul merah atau angpau Tahun Baru Cina ini mengandungi wang dan biasanya diberikan oleh orang yang lebih tua atau pasangan suami isteri kepada anak-anak dan individu yang belum berkahwin. Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu berapa banyak yang perlu diberikan dalam angpau Tahun Baru Cina?

Apa Signifikan Angpau Tahun Baru Cina?

Pemberian angpau semasa sambutan Tahun Baru Cina kini telah berkembang menjadi amalan budaya. Amalan pemberian angpau Tahun Baru Cina juga kini telah diasimilasikan atau diterima dalam budaya lain di Malaysia. Sebagai contoh, pemberian duit raya yang diberikan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Secara asasnya, angpau Tahun Baru Cina yang berwarna merah menandakan tuah dan merupakan simbol untuk menangkis roh jahat. Imej-imej pada angpau ini pula biasanya membawa maksud rahmat dan harapan panjang umur, kemakmuran, dan kesihatan yang baik kepada penerima.

Walaupun angpau lebih sinonim dengan warna merah, angpau Tahun Baru Cina juga kini boleh didapati dalam warna oren, merah jambu dan kuning. Meskipun warna sedikit berbeza, ia masih lagi memberi kepentingan yang tetap sama.

Sejarah Angpau Tahun Baru Cina

Pemberian wang mempunyai makna yang signifikan bagi masyarakat Cina hari ini, walaupun ia sekarang diberikan dalam bentuk paket merah yang lebih dikenali sebagai angpau Tahun Baru Cina.

Mengikut kepercayaan popular, amalan pemberian angpau Tahun Baru Cina ini bermula semasa Dinasti Qin (221 SM–206 SM). Generasi tua pada masa itu menghadiahkan generasi muda dengan syiling yang diikat pada tali merah.

Umumnya, ia membawa maksud ya sui qian atau “wang untuk menangkis semangat roh jahat“. Ia dipercayai bertujuan untuk melindungi penerima daripada sebarang penyakit dan kematian.

Penggunaan sampul merah akhirnya muncul menggantikan ya sui qian disebabkan kemunculan mesin cetak. Apabila frasa ya su qián ditulis dengan homofon (sama ejaan tetapi berbeza maksud) untuk su, makna berubah daripada “roh jahat“ kepada “usia tua“. Frasa itu kini dikenali sebagai “wang untuk mengelakkan hari tua“.

Gong Xi Fai, Hóng Bóná Lai!” adalah ucapan biasa yang mungkin anda dengar yang menandakan keberkatan untuk kekayaan dan nasib baik.

Tahun Baharu Cina di Malaysia disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar Cina.

Berapa Banyak yang Perlu Diletakkan dalam Angpau Tahun Baru Cina kepada Ibu Bapa, Ahli Keluarga dan Kenalan?

Memandangkan sambutan Tahun Baharu Cina semakin hampir, anda mungkin tertanya-tanya berapa banyak yang perlu anda berikan kepada ibu bapa, adik beradik atau ahli keluarga anda yang lain dalam angpau Tahun Baru Cina?

Dalam budaya Cina umumnya, nombor lapan sangat popular dan disebut sebagai ba yang mempunyai bunyi yang sama untuk perkataan “kemakmuran“. Selain nombor lapan, kombinasi nombor lain yang turut popular dalam budaya Cina adalah seperti 88 (bawa maksud kemakmuran berganda), 168 (tuah dan kemakmuran) dan 188 (senang memperoleh kemakmuran).

Bagi memudahkan anda, berikut cadangan jumlah angpau Tahun Baru Cina yang biasa diberikan:

  • Ibu bapa atau mertua: Sekitar RM88 hingga RM188 (malah ada yang memberikan sehingga RM388 atau lebih);
  • Anak sendiri: Sekitar RM50 hingga RM100 (malah ada yang memberikan sehingga RM388 atau lebih);
  • Cucu: Sekitar RM8 hingga RM38;
  • Anak kawan atau saudara mara: Sekitar RM5 hingga RM10.

Selain nombor lapan, terdapat beberapa nombor lain dalam budaya Cina yang turut membawa maksud yang baik. Sebagai contoh, nombor dua kerana homofon dengan perkataan “mudah“ dan “cemerlang“. Nombor dua yang disebut yih dalam bahasa Kantonis dilihat sebagai sesuatu yang positif.

Selain itu, nombor enam juga merupakan salah satu nombor bertuah dalam budaya Cina. Nombor enam disebut sebagai liu dan muncul dalam ungkapan “liù liù dà shun“. Ia membawa maksud “kejayaan yang lancar“.

Nombor sembilan pula disebut sebagai jiu (sebutan sama seperti istilah untuk “umur panjang“) dan dikaitkan dengan Maharaja China. Perkara yang paling penting untuk dielakkan semasa memberikan angpau Tahun Baru Cina ialah memberi apa-apa amaun empat dalam angpau.

Dalam budaya Cina, nombor empat boleh dianggap sebagai nombor yang malang kerana ia disebut sebagai si yang bermaksud “kematian“. Jadi, anda disarankan untuk elakkan daripada berikan RM4, RM14, RM44 atau apa-apa jumlah dalam angpau yang mempunyai nombor empat.

Bagaimana Cara Nak Bagi Angpau Tahun Baru Cina Online?

Kini transaksi angpau bukan sahaja terhad dengan pemberian sampul merah. Angpau Tahun Baru Cina kini boleh dilakukan dengan lebih mudah secara digital. Berikut alternatif untuk menghantar angpau secara online yang boleh anda pertimbangkan. Anda boleh melakukannya melalui:

  • DuitNow;
  • Transaksi pindahan melalui e-Wallet (Boost, Grab dan Touch ‘n Go);
  • e-Angpao atau e-Ang Pow;
  • Pindahan bank.

Tahun Baharu Cina 2023 di Malaysia

Renew Insurans Kereta, Motosikal dan Kesihatan pada Harga Terendah Sempena Qoala 888

Panduan angpau Tahun Baru Cina ini hanyalah cadangan umum sahaja. Terpulang kepada anda dalam menentukan amaun angpau Tahun Baru Cina yang ingin anda berikan. Apa yang penting, kenal pasti status kewangan dan jangan merasa terbeban untuk memberi amaun yang melebihi kemampuan kewangan anda.

Anda tidak seharusnya membebankan diri dan berbelanja melebihi kemampuan kewangan anda. Urus kewangan anda dengan baik. Amalkan sikap berjimat cermat dan banyakkan menyimpan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil ini.

Sekiranya anda ingin mendapatkan polisi perlindungan insurans yang komprehensif untuk melindungi anda dan keluarga, ini adalah masa terbaik untuk anda berbuat demikian.

Anda berpeluang nikmati lebih BANYAK penjimatan dan menang hadiah cabutan bertuah menarik yang ditawarkan sempena kempen Qoala 888. Ia semestinya akan memberikan anda lebih ONG, lebih HUAT dan lebih TUAH pada Tahun Baru Cina ini.

Jika anda ingin mendapatkan info lanjut berkaitan kempen Qoala 888, layari laman web Qoala untuk mendapatkan update terkini. Qoala merupakan platform perbandingan insurans terbaik di Malaysia. Qoala menawarkan pelbagai pilihan insurans terbaik yang semestinya sesuai dengan keperluan anda. Selamat Tahun Baru Cina daripada Qoala! #QoalaMY #Qoala888 #TahunBaruCinaQoala

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60