Qoala 888 Lebih ONG, Lebih HUAT Sempena Tahun Baru Cina Ini

Kali terakhir diperbaharui May 22, 2023 oleh Shafiq Wahab
Qoala 888 Lebih ONG, Lebih HUAT Sempena Tahun Baru Cina Ini

Sempena Tahun Baru Cina ini, Qoala menawarkan diskaun sehingga 38 peratus* untuk produk-produk terpilih melalui kempen Qoala 888. Tahun Baru Cina umumnya merupakan perayaan terpenting Masyarakat Cina yang disambut mengikut kalendar qamari Cina. Ia terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Mengikut budaya Cina, masyarakat Cina akan menyambut tahun Arnab pada tahun ini.

Raikan Semangat Tahun Baru Cina dengan Lebih Banyak Penjimatan Apabila Renew Insurans di Qoala

Raikan semangat Tahun Baharu Cina bersama Qoala dengan lebih ONG dan lebih HUAT sempena kempen Qoala 888. Anda berpeluang menikmati pelbagai diskaun menarik dan tawaran hadiah eksklusif terhebat apabila anda perbaharui insurans kereta, insurans motor dan insurans kesihatan di Qoala.

Renew Insurans Kereta, Diskaun Sehingga 38 Peratus Menanti Anda!

Bagi anda yang membeli premium insurans kereta bawah RM1,000, guna kod Promo QOALACNY28 untuk nikmati diskaun sehingga RM28. Jika anda renew insurans dengan nilai premium insurans kereta melebihi RM1,000 pula, anda boleh gunakan kod Promo QOALACNY38 untuk nikmati penjimatan sehingga RM38.

Kod ini sah digunakan untuk semua rakan insurans atau pengendali Takaful di Qoala.

Beli Insurans Kesihatan dan Perubatan, Jimat Sehingga RM58!

Apabila anda guna kod Promo QOALACNY58, anda boleh nikmati diskaun sehingga 38 peratus bagi setiap pembelian insurans kesihatan dan insurans perubatan.

Sama seperti insurans kereta, kod ini sah digunakan untuk semua rakan insurans atau pengendali Takaful yang menawarkan produk insurans kesihatan di Qoala.

Renew Insurans Motor, Nikmati Diskaun Sebanyak RM8!

Sekiranya anda perbaharui insurans motosikal di Qoala, anda juga berpeluang untuk nikmati potongan harga sebanyak RM8 apabila anda guna kod Promo QOALACNY8. Ia semestinya pembelian yang cukup menjimatkan dan berbaloi untuk anda.

Jimat sehingga 38% sempena Qoala 888 Tahun Baru Cina

Bukan itu sahaja, kempen Qoala 888 juga menawarkan hadiah cabutan bertuah yang semestinya lebih ONG dan lebih HUAT untuk pelanggan terpilih, antaranya:

  1. Pelekat roadtax eksklusif Qoala;
  2. Keychain eksklusif Qoala;
  3. TV pintar;
  4. Jam pintar;
  5. Kad tambah nilai Touch ‘n Go eWallet bernilai RM88.

Kempen Qoala 888 ini dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 24 Januari 2023. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran hebat ini untuk nikmati lebih banyak ONG dan lebih banyak HUAT. Anda boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut berkaitan kempen Qoala 888 ini.

Beli Insurans Kereta, Motosikal dan Kesihatan Melalui Kempen Qoala 888 untuk Ketenangan Fikiran

Tarian Singa ialah sebahagian daripada tarian tradisional masyarakat Cina - Qoala 888

Sekiranya anda ingin dapatkan polisi perlindungan insurans menyeluruh untuk perlindungan diri anda dan keluarga, ini merupakan masa terbaik untuk anda. Dengan penjimatan terhebat dan hadiah cabutan bertuah menarik yang ditawarkan sempena kempen Qoala 888 ini, ia semestinya memberikan anda lebih ONG, lebih HUAT dan lebih TUAH di Tahun Baru Cina ini.

Untuk info lanjut berkaitan kempen Qoala 888, anda boleh layari laman web Qoala bagi mendapatkan update terkini. Qoala merupakan platform perbandingan insurans yang komprehensif yang menawarkan pelbagai pilihan insurans daripada beberapa syarikat insurans terbaik di Malaysia #QoalaMY #Qoala888 #QoalaTahunBaruCina

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60