Info Penting Tentang Akaun 3 KWSP yang Wajib Anda Tahu

Kali terakhir diperbaharui May 17, 2024 oleh Shafiq Wahab
Info Penting Tentang Akaun 3 KWSP yang Wajib Anda Tahu

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan Akaun 3 KWSP bermula 11 Mei 2024 yang lalu. Akaun 3 KWSP atau turut dikenali sebagai Akaun Fleksibel KWSP diwujudkan bagi membuat pengasingan simpanan persaraan serta menyediakan keperluan kecemasan jangka masa pendek ahli KWSP.

Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Pindahan Dana ke Akaun 3 KWSP

Pencarum diberikan tempoh dari 11 Mei sehingga 31 Ogos 2024 untuk membuat permohonan pindahan caruman ke dalam Akaun Fleksibel KWSP. Sebagai pencarum KWSP, penting untuk anda mempunyai info yang mencukupi tentang Akaun 3 KWSP ini sebelum anda buat pindahan dana. Ini bagi membantu anda merancang kewangan masa depan anda dengan lebih baik.

1. Peratusan Kadar Agihan

Ada sedikit perbezaan dari segi peratusan kadar agihan dalam ketiga-tiga Akaun KWSP. Jika sebelum ini peratusan agihan KWSP adalah sebanyak 70 peratus untuk Akaun 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2. Namun begitu, bermula 11 Mei 2024, kadar peratusan agihan akan dibahagikan seperti berikut:

Jenis Akaun Peratusan (%) Objektif KWSP
Akaun 1 (Akaun Persaraan) 70 Simpanan persaraan
Akaun 2 (Akaun Sejahtera) 15 Bagi memenuhi kitaran hayat semasa persaraan
Akaun 3 (Akaun Fleksibel) 10 Bagi memenuhi keperluan kewangan jangka pendek

KWSP Akaun 3 diwujudkan bagi memenuhi keperluan kewangan jangka pendek

2. Pindahan Dana ke Akaun Fleksibel KWSP

Secara asasnya, semua ahli yang mempunyai simpanan di KWSP layak untuk memohon pindahan caruman ke Akaun 3 KWSP tanpa mengikut status pendapatan. Menurut KWSP, terdapat tiga pilihan pindahan. Pilihan pindahan amaun permulaan ini dikira berdasarkan baki simpanan sedia ada dalam Akaun 2 KWSP.

Pilihan pindahan amaun permulaan hanya boleh dibuat sekali sahaja pada bila-bila masa sepanjang tempoh yang ditetapkan. Pilihan ini tidak boleh dibatalkan.

i. Ahli dengan Baki Simpanan RM3,000 ke Atas

Baki simpanan dalam Akaun Sejahtera diagihkan mengikut nisbah ditetapkan:

      • 10/30 baki dalam Akaun Sejahtera dipindahkan ke Akaun Fleksibel (Akaun 3 KWSP);
      • 5/30 baki dalam Akaun Sejahtera dipindahkan ke Akaun Persaraan (Akaun 1);
      • 15/30 dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.

ii. Ahli dengan Baki Simpanan antara RM1,000-RM3,000

RM1,000 akan dipindahkan ke dalam Akaun 3 KWSP, baki selebihnya dikekalkan dalam Akaun Sejahtera

iii. Ahli dengan Baki Simpanan Kurang RM1,000

Semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel.

3. Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP

Selepas permohonan pindahan amaun permulaan diluluskan, ahli KWSP boleh membuat pengeluaran KWSP Akaun 3. Pengeluaran ini boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP atau secara walk-in di mana-mana cawangan KWSP.

  • Pengeluaran boleh dilakukan pada bila-bila masa;
  • Had pengeluaran minimum adalah sebanyak RM50;
  • Pengeluaran maksimum RM250 sehari.

Bagi pengeluaran melebihi RM250, pengesahan yang lebih teliti diperlukan. Jika anda ingin membuat pengeluaran melebihi RM250, anda perlu melalui proses e-KYC (pengesahan identiti melalui pengecaman wajah).

  • Proses ini hanya perlu dilakukan secara online, tidak perlu hadir ke pejabat KWSP;
  • Had maksimum pengeluaran yang memerlukan pengesahan e-KYC mestilah tidak melebihi RM30,000;
  • Bagi permohonan lebih RM10,000 dan ahli yang tiada rekod pengeluaran atau maklumat bank, anda boleh lakukan pengesahan cap jari di Self-Services Terminal KWSP;
  • Pengesahan dalam talian diperlukan untuk pengeluaran RM10,000 ke bawah.

4. Dividen Akaun Fleksibel KWSP

Buat masa ini kadar pengiraan dividen untuk KWSP Akaun 3 adalah sama seperti Akaun 1 dan Akaun 2. Apa yang membezakan antara ketiga-tiga akaun ini hanyalah pembahagian peratusan caruman akaun sahaja.

Rancang Pengeluaran KWSP Anda untuk Perlindungan Masa Depan

Rancang Pengeluaran Akaun 3 KWSP Anda untuk Perlindungan Masa Depan

Semoga info ini dapat membantu memberi gambaran lebih jelas kepada anda mengenai penstrukturan semula Akaun 3 KWSP. Untuk maklumat lebih terperinci, anda boleh rujuk portal rasmi KWSP. Apa yang penting, manfaatkan peruntukan dana daripada Akaun Fleksibel secara berhemat.

Elakkan daripada terlalu boros untuk mengelakkan masa depan anda terjejas akibat kekurangan simpanan persaraan lebih-lebih lagi jika anda berdepan masalah kesihatan kelak. Sebagai langkah awal, anda boleh memperuntukkan sebahagian kecil untuk pelaburan kesihatan dengan mendapatkan insurans kesihatan terbaik.

Jika berlaku sebarang perkara tidak diingini seperti penyakit kritikal, anda tidak perlu risau kerana anda telah mendapat perlindungan masa depan yang sewajarnya. Sekiranya anda mencari perlindungan insurans kesihatan dan perubatan terbaik, layari laman web Qoala untuk info lanjut.

Qoala merupakan platform perbandingan insurans yang dapat membantu anda memilih perlindungan kesihatan yang sesuai untuk perlindungan anda.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60