Panduan Tukar Warna Cat Kereta untuk Elakkan Disaman

Kali terakhir diperbaharui Nov 17, 2023 oleh Shafiq Wahab
Panduan Tukar Warna Cat Kereta untuk Elakkan Disaman

Warna akromatik (putih dan perak) merupakan warna kereta paling popular di Malaysia diikuti dengan warna hitam, kelabu dan biru. Meskipun begitu, ramai dalam pemilik kenderaan memilih untuk tukar warna cat kereta untuk mengekspresikan personaliti, gaya dan keperibadian pemilik. Secara asasnya, penukaran warna cat kereta tidak menjadi kesalahan. Anda boleh menukar warna cat kereta pada bila-bila masa mengikut keperluan anda.

Berdasarkan Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pengubahsuaian kecil atau pemasangan aksesori kereta tambahan yang tidak mengubah identiti dan mengganggu ciri-ciri keselamatan kenderaan tidak memerlukan permohonan di JPJ.

Qoala akan berkongsikan proses tukar warna cat kereta termasuk harga dan jenis cat kereta yang perlu anda tahu untuk rujukan dan panduan anda.

Panduan Lengkap Pengubahsuaian atau Tukar Warna Cat Kereta

Apa-apa perubahan yang dilakukan pada mana-mana bahagian tertentu kenderaan seperti tukar warna cat kereta perlu dilaporkan dan mendapat kebenaran daripada pihak JPJ dalam tempoh tujuh hari selepas pengubahsuaian dilakukan. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang tindakan saman atau kompaun dikenakan. Berikut prosedur lengkap untuk tukar warna kenderaan atau cat kereta untuk rujukan anda:

1. Cat kereta anda terlebih dahulu. Jika warna cat kereta lebih daripada satu warna, warna yang paling dominan dianggap sebagai warna utama kenderaan;
2. Setelah proses mengecat kereta selesai, anda perlu hadir ke pejabat JPJ berhampiran untuk pemeriksaan dan kemas kini maklumat;
3. Isi borang JPJ K8 (Notis Pertukaran Butir-Butir Kenderaan dan Pemunya Berdaftar) dan serahkan kepada pegawai JPJ yang bertugas;
4. Pegawai JPJ akan mengemas kini maklumat dalam sistem MySikap;
5. Tiada bayaran akan dikenakan untuk prosedur ini.

Mengapa Perlu Dapatkan Kelulusan JPJ untuk Tukar Warna Cat Kereta?

Secara asasnya, anda boleh menukar kereta anda kepada apa jua warna cat kereta terkini asalkan anda memaklumkan perubahan ini kepada pihak JPJ. Jika anda mengubah warna cat kereta asal tanpa memaklumkan penukaran tersebut, anda mungkin boleh dikenakan saman. Malah, dalam kes tertentu anda mungkin boleh dikenakan saman atas dua kesalahan trafik yang berbeza.

Sebagai contoh, sekiranya anda memandu melebihi had laju semasa perjalanan balik kampung, anda akan menerima saman speedtrack atau saman polis. Dan jika pihak polis mendapati warna kereta yang disaman berbeza dengan rekod JPJ sedia ada, besar kemungkinan anda juga akan menerima saman kerana menukar warna cat kenderaan tanpa kebenaran.

Buat masa ini, urusan permohonan tukar warna cat kereta hanya boleh dilakukan di kaunter JPJ. Untuk memudahkan urusan, anda boleh memuat turun borang Notis Pertukaran Butir-Butir Kenderaan Dan Pemunya Berdaftar (JPJ K8) di portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia untuk mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ.

Spray Cat Kereta Mempengaruhi Tuntutan Insurans Kemalangan?

Dari aspek tuntutan insurans kereta pula, tiada implikasi yang boleh dikaitkan dengan penukaran warna kenderaan. Namun begitu, perbezaan antara rekod pendaftaran dan warna kereta terkini mungkin boleh menjadi sumber pertikaian atau komplikasi semasa tuntutan insurans. Contohnya, jika kenderaan terlibat dalam kemalangan dan pihak insurans mendapati warna cat kereta yang dinyatakan dalam rekod pendaftaran tidak sama dengan warna semasa, ada kemungkinan pihak insurans tidak mahu menanggung kerugian yang dialami oleh pemilik. Untuk lebih kepastian, hubungi syarikat insurans anda untuk penjelasan lanjut bagi mengelakkan tuntutan insurans kemalangan ditolak.

cara tukar warna cat kereta

Spray Kereta: Panduan Pilih Cat Kereta Terbaik

Cat kereta bukan sahaja berfungsi mencantikan kereta, tetapi memainkan peranan penting dalam menjaga dan melindungi kereta anda. Warna cat kereta berasaskan air atau acrylic polyurethane enamel merupakan jenis cat kereta paling popular buat masa ini.

Jenis Cat Kereta

Setiap orang mempunyai citarasa tersendiri dalam pemilihan warna cat kereta masing-masing. Di pasaran, terdapat beberapa jenis cat kereta yang dijual bagi memenuhi kehendak dan citarasa pengguna. Berikut empat jenis cat kereta yang biasa ditemui untuk rujukan dan panduan anda:

1. Warna Solid (Solid Paint)

Warna solid menjadi pilihan ramai disebabkan kosnya yang lebih murah berbanding warna cat kereta yang lain. Ini kerana, warna cat asas tidak mempunyai sebarang campuran dan hanya disaluti lapisan jernih sebagai perlindungan. Meskipun begitu, kebanyakan cat kereta yang dijual pada hari ini tidak lagi disaluti dengan lapisan jernih kerana ia menggunakan campuran cat acrylic dan isocynate bagi menjadikannya lebih tahan lama. Walau bagaimanapun, warna cat solid kurang menarik, cepat kusam dan pudar.

2. Warna Cat Kereta Metalik (Metallic Paint)

Cat kereta jenis ini secara asasnya tidak mempunyai banyak perbezaan dengan cat solid. Perbezaan ketara antara warna cat kereta metalik dan warna cat kereta solid ialah ia mengandungi serbuk logam (metal) – semakin banyak serbuk logam dicampurkan, semakin tinggi kesan kilat. Pelbagai pilihan warna cat kereta metalik ditawarkan dipasaran – jenis, harga cat dan kualiti cat dipengaruhi oleh kandungan serbuk logam yang dimasukkan ke dalam campuran cat ini.

Menariknya, warna cat kereta metalik mudah dijaga dan dicuci, keaslian warna juga lebih tahan lama berbanding warna cat solid. Namun begitu, anda mungkin berdepan masalah jika kereta anda memerlukan kerja baik pulih kerana sukar untuk mendapatkan warna yang benar-benar sama.

3. Warna Kilauan Mutiara (Pearlescent Paint)

Cat jenis ini semakin popular dalam kalangan pemilik kereta disebabkan oleh kesan unik dan dramatik yang ditawarkan. Berbanding warna cat metalik yang menggunakan serbuk logam, cat kilauan mutiara dicampurkan dengan kristal seramik untuk tampil lebih “premium”. Ia sekali gus membolehkan cat ini membiaskan cahaya dan menukar warna mengikut kecerahan cahaya dan arah pandangan.

4. Cat dengan Kemasan Kusam (Matte Finishes)

Cat jenis ini tidak sesuai digunakan pada semua jenis kenderaan kerana sifatnya yang kusam dan tidak berkilat. Meskipun begitu, ia kelihatan amat menarik jika bersesuaian dengan kereta. Cat kereta matte mengandungi kandungan epoxy atau kandungan PVC yang tinggi untuk memberi kesan tersebut.

Biasanya, cat kereta jenis ini digunakan oleh kereta berprestasi tinggi, kereta sport atau kereta paling mahal dan warna matte hitam atau kelabu merupakan warna matte paling popular. Harga cat kereta matte boleh mencecah sehingga RM10k bergantung pada kualiti.

Harga Cat Kereta

Secara teknikal, kos atau harga cat kereta ditentukan berdasarkan beberapa kriteria antaranya jenis bilik spray kereta yang digunakan sama ada oven atau spray boot. Kos cat kereta di bengkel cat kereta yang dilengkapi dengan ruang tertutup yang mempunyai saluran udara dan sistem pemanas biasanya lebih mahal berbanding bengkel cat kereta biasa.

Biasanya, harga cat kereta di bengkel cat kereta yang mempunyai ruang tertutup boleh menelan belanja yang agak mahal. Ini kerana, bengkel tertutup memerlukan peralatan dan mesin mahal untuk mempercepatkan proses pengeringan cat tanpa mengira cuaca, Berapa lama cat kereta? Ia biasanya mengambil masa sekitar tujuh hingga lapan hari untuk cat benar-benar kering.

Jenis Kereta (Sedan) Harga Cat Kereta
Bahagian Luar RM4,000 ke RM6,000 (bergantung pada jenis cat)
Bahagian Luar & Dalam RM6,000 ke RM7,000

Bagi bengkel kereta yang tidak mempunyai mesin pengeringan dan bergantung pada cuaca sepenuhnya, harga cat kereta biasanya lebih murah. Namun begitu, ia mungkin memakan masa yang lama untuk disiapkan iaitu sekitar tiga ke empat minggu bergantung pada situasi.

Jenis Kereta (Sedan) Harga Cat Kereta
Bahagian Luar RM3,000 ke RM4,000 (bergantung pada jenis cat)
Bahagian Luar & Dalam RM4,000 ke RM5,000

Cat Kereta vs. Wrap Kereta

Selari dengan teknologi moden, pengguna kini mempunyai alternatif baharu dan boleh memilih sama ada cat kereta atau membalut kereta menggunakan pelekat vinyl atau wrap kereta. Alternatif ini kini menjadi trend baharu dalam kalangan pengguna dan jika dibandingkan dengan faktor kos, harga wrap kereta boleh dikategorikan sebagai kompetitif.

Perbandingan Kaedah Cat Kereta dan Wrap Kereta

Berikut merupakan perbandingan antara cat kereta dan wrap kereta untuk panduan dan rujukan anda:

Cat Kereta Wrap Kereta
Proses Cat Kereta Kereta perlu ditinggalkan di bengkel untuk tempoh tertentu kerana prosesnya memakan masa (masa pengeringan dan sebagainya). Masa menunggu untuk setiap lapisan cat kering adalah sekitar lapan jam, dan anggaran tempoh cat kereta adalah kira-kira satu ke tiga minggu (atau mungkin lebih bergantung pada keadaan). Proses wrap kereta biasanya mengambil masa kurang daripada tiga hari bergantung pada bengkel kereta. Ia melibatkan proses yang agak mudah iaitu kereta akan dicuci dan dikeringkan sebelum dibalut.
Harga Cat Kereta Harga tukar cat kereta adalah subjektif. Namun biasanya, ia bergantung pada kualiti dan jenis cat, model kenderaan, fasiliti dan jumlah lapisan cat yang digunakan. Harga wrap kereta juga adalah subjektif bergantung pada saiz atau jenis kereta, jenis pelekat vinyl yang dipilih dan tahap kesukaran proses.
Penjagaan/Penyelenggaraan Pemilik perlu mengenakan lapisan coating kereta untuk perlindungan berganda. Malah, pemilik juga perlu kerap mencuci, polish dan wax untuk memastikan warna kenderaan lebih tahan lama. Wrap kereta lebih mudah untuk dijaga – hanya perlu basuh/lap menggunakan kain basah. Ada material kain yang sesuai untuk permukaan vinyl dijual dipasaran bagi menghalang habuk mikroskopik daripada merosakkan permukaan. Malah, jenis wrap yang berkualiti biasanya lebih tahan lama.
Proses Tanggal Cat Kereta Proses tanggal cat kereta biasanya memakan masa yang lebih lama. Dalam sesetengah keadaan, badan atau struktur kereta boleh rosak atau calar jika dilakukan dengan tidak cermat. Proses menanggalkan pelekat lama tidak mengambil masa yang lama dan tidak menyebabkan karat atau calar.

jenis cat kereta di Malaysia

Semoga perkongsian tips tukar warna cat kereta ini boleh membantu anda dan mengelakkan anda daripada disaman oleh pihak polis. Selain itu, anda juga boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut berkaitan insurans kereta. Qoala merupakan platform beli insurans yang mudah, telus dan pantas dengan tawaran harga yang kompetitif dan berpatutan.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60