Beli No Plat Online Guna JPJeBid, MySikap 2024

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Beli No Plat Online Guna JPJeBid, MySikap 2024

Beli no plat kereta untuk dapatkan nombor plat kereta yang eksklusif atau premium kini menjadi pilihan pemilik kenderaan. Disebabkan itu, ramai pemilik kenderaan yang sanggup menghabiskan wang sehingga mencecah ratusan dan ribuan ringgit demi mendapatkan nombor plat yang unik untuk kereta atau motor masing-masing.

7 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Beli No Plat Online

Sebelum anda buat keputusan untuk beli no plat kereta baharu, penting untuk anda ketahui semua perkara-perkara penting berkaitan proses beli nombor plat online ini. Bagi anda yang mungkin pertama kali ingin beli no plat kereta, berikut cara beli no plate JPJ online untuk panduan dan rujukan anda:

1. Beli Nombor Plat – Kategori Nombor Plat Terkini

No plat terkini yang ditawarkan untuk bidaan terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut:

Nombor Utama (Golden Numbers)

No plat kereta digit tunggal seperti 1, 2, 3, 4, 5 dan sebagainya. Harga no plat satu (1) angka dibuka untuk bidaan pada harga serendah RM20,000.

Nombor Menarik (Attractive Numbers)

Nombor plat kereta menarik seperti digit 11, 44, 88, 777, 9999 dan sebagainya. Harga no plat dua (2) angka biasanya bermula dengan harga serendah RM3,000 dan boleh mencecah puluhan ribu ringgit bergantung pada permintaan.

Nombor Popular (Popular Numbers)

No plat kereta popular seperti digit 121, 242, 575, 898, 909 dan sebagainya. Biasanya, harga no plat tiga (3) angka bermula pada harga minimum RM800.

Nombor Semasa (Running Number)

Nombor plat kereta semasa selain nombor plat popular, menarik dan nombor bernilai utama. Harga no plat empat (4) angka dibuka untuk bidaan pada harga serendah RM300.

no plate kereta online di Malaysia

2. Harga No Plat untuk Tempahan No Pendaftaran Kenderaan

Setiap nombor yang ditempah tertakluk pada harga dan peningkatan bidaan minimum (mengikut kategori) seperti berikut:

Kategori Utama Menarik Popular Semasa
Harga Minimum RM20,000 RM3,000 RM800 RM300
Peningkatan Bidaan Minimum (5%) RM1,000 RM150 RM40 RM15

Peningkatan bidaan minimum adalah sebanyak lima peratus daripada amaun harga minimum. Tiada had dikenakan untuk peningkatan maksimum. Anda boleh rujuk formula kenaikan untuk nombor plat kereta semasa seperti berikut:

Harga Minimum Peningkatan Bidaan Minimum (5%) Kenaikan Bidaan Minimum
Bidaan 1   Bidaan  2   Bidaan 3   Bidaan 4 (dan seterusnya)
RM300 RM15 RM315 RM330 RM345 Gandaan RM5 (atau lebih bergantung pada pembida).

3. Kaedah Pembayaran untuk Beli No Plat

Pembayaran bidaan no plat kereta boleh dibuat menggunakan kad kredit atau kad debit tempatan sahaja. Pembida boleh menggunakan lebih daripada satu kad kredit atau kad debit untuk membuat bidaan tambahan.

Jika bidaan no plat online berjaya, amaun bidaan akan ditolak daripada kad kredit atau kad debit pembida dengan serta-merta. Tetapi, jika bidaan beli no plat tidak berjaya, pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan.

Amaun akan dikreditkan semula ke kad kredit atau kad debit pembida tanpa sebarang caj tambahan akan dikenakan. Amaun penyelesaian bayaran sekiranya bidaan tidak berjaya akan dikreditkan ke dalam kad kredit pembida dalam tempoh tujuh hari bekerja.

Bagi kad debit pula, ia akan mengambil masa dan empat belas hari bekerja bergantung kepada bank pengeluar kad kredit/kad debit (issuer).

4. Proses Pendaftaran Nombor Kenderaan yang Berjaya Dibida

Tempoh akhir pendaftaran nombor kenderaan adalah 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran. Pembida yang berjaya atau wakil boleh hadir sendiri ke mana-mana cawangan JPJ dan perlu membawa dokumen seperti berikut:

  • Cetakan e-mel Surat Keputusan Bidaan Berjaya;
  • Salinan kad pengenalan/salinan identiti pengenalan syarikat.

Nombor plat kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama kepada keluarga terdekat seperti ibu, bapa, suami, isteri, adik-beradik atau anak. Anda hanya perlu mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen sokongan lain yang berkaitan ketika membuat pendaftaran kenderaan.

Pertukaran nama melibatkan syarikat, pertubuhan atau koperasi TIDAK dibenarkan.

5. Cara Beli No Plat JPJ Online Melalui JPJeBid

JPJeBid (atau JPJ ebid, e bidding JPJ dan ebid JPJ) merujuk pada Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan dalam Talian oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Ia membolehkan urusan bid no plat kereta boleh dilakukan dengan mudah secara online.

Bagi menggunakan sistem ini, anda perlu mendaftar dengan Portal Orang Awam MySIKAP terlebih dahulu. Pendaftaran MySIKAP boleh dilakukan di mana-mana pejabat JPJ negeri atau cawangan.

Berikut merupakan cara daftar portal JPJeBid untuk beli no plat untuk panduan anda:

  1. Untuk pengguna kali pertama, anda perlu klik Daftar Baharu. Pendaftaran boleh dibuat secara online di portal JPJeBid;
  2. Pemohon yang ingin mendaftar dengan JPJeBid perlu mengemukakan salinan dokumen berikut semasa pendaftaran – salinan kad pengenalan (individu) atau salinan sijil dan lesen perniagaan (syarikat);
  3. Semak e-mel untuk lakukan pengesahan pendaftaran. Klik pada pautan yang diberikan dalam e-mel;
  4. Kemudian, log masuk portal JPJeBid (JPJeBid login) atau aplikasi mudah alih JPJeBid menggunakan ID dan kata laluan yang telah ditetapkan;
  5. Masukkan ID Pengguna, kata laluan dan isi captcha yang tertera untuk log masuk sistem;
  6. Lakukan carian no plat pilihan anda – carian boleh dibuat berdasarkan siri negeri atau siri istimewa nombor pendaftaran. Hanya tiga kategori nombor pendaftaran sahaja yang dibuka untuk bidaan dalam sistem JPJeBid – nombor utama, nombor menarik dan nombor popular;
  7. Hasil carian nombor pendaftaran kenderaan terkini akan dipaparkan. Klik pada nombor pendaftaran yang ingin dibida, kemudian klik butang Bida;
  8. Bidaan boleh dilakukan dengan memasukkan amaun yang dikehendaki. Fi perkhidmatan sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi berkenaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.
  9. Skrin pembayaran akan dipaparkan. Sahkan amaun untuk teruskan transaksi ke halaman pembayaran bank. Masukkan maklumat diperlukan untuk membuat pembayaran amaun bidaan;
  10. Selesai.

Beli nombor plat kereta dan plat motor online melalui JPJeBid dan MySikap

6. Cara Tempah Nombor Pendaftaran Kenderaan Melalui MySikap

Selain kaedah bidaan di atas, anda juga boleh beli no plat running atau nombor plat semasa pilihan anda melalui MySikap. Berikut panduan langkah demi langkah yang perlu dibuat bagi proses beli no plat online untuk panduan anda:

  1. Layari portal rasmi MySikap. Jika anda tidak mempunyai akaun dengan MySikap, anda perlu mendaftar sebagai pengguna dengan klik Log Masuk Kali Pertama MyKad;
  2. Sama seperti pendaftaran JPJeBid, anda perlu mengemukakan maklumat seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon dan e-mel untuk tujuan pengesahan;
  3. Anda akan menerima satu e-mel pengesahan. Klik pada pautan yang diberikan oleh sistem MySIKAP dan tetapkan kata laluan yang baharu;
  4. Kemudian, log masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan baharu yang ditetapkan;
  5. Setelah anda berjaya masuk, klik pada bahagian Kenderaan di halaman utama MySikap, kemudian klik Tempahan Nombor Pendaftaran;
  6. Lakukan carian no pendaftaran kenderaan dengan memasukkan negeri atau kawasan pilihan, siri awalan dan siri akhiran. Pada bahagian nombor, pilih dropdown Nombor jika anda ada nombor tertentu yang anda ingin cari. Kemudian, klik butang Cari;
  7. Jika nombor yang anda cari masih tersedia, anda boleh terus beli no plat tanpa perlu membida;
  8. Selain cara ini, anda juga boleh mencari nombor plat dalam julat 50 nombor. Di bahagian nombor, pilih dropdown Julat (Pilihan dalam Lingkungan 50);
  9. Nombor yang tersenarai dalam lingkungan tersebut yang masih belum berjaya dibida akan dipaparkan. Pilih nombor pilihan anda dan teruskan dengan proses bayaran. Caj RM300 akan dikenakan bagi tempahan nombor semasa ini dengan tambahan RM10 bagi bayaran perkhidmatan;
  10. Setelah proses pembayaran selesai, sistem akan menghantar satu salinan resit yang mengandungi maklumat berkaitan nombor pendaftaran yang berjaya dibeli.

7. Tempoh Bidaan

Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat. Namun begitu, ia bergantung kepada transaksi antara anda dengan pihak bank. Pentadbir sistem akan menghantar e-mel kepada pembida untuk memaklumkan status bidaan sama ada berjaya atau tidak.

Keputusan bidaan juga boleh dilihat melalui portal JPJeBid melalui carian nombor kenderaan yang dibida.

Soalan-soalan Lazim Berkaitan Proses Beli No Plate JPJ Online

Selain itu, anda juga boleh rujuk soalan-soalan lazim berkaitan proses bida no plat dan tempahan nombor pendaftaran kenderaan terkini yang sering diajukan oleh bakal pembida:

1. Adakah bidaan no plat JPJ akan dikenakan sebarang fi atau caj?
Ya, caj sebanyak RM10 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida atau dibeli. Caj ini akan menjadi milik kerajaan dan tidak akan dikembalikan.

2. Adakah deposit diperlukan sebelum melakukan bidaan no plat JPJ?
Tiada sebarang deposit diperlukan. Namun begitu, pembida perlu mengemukakan bayaran harga minimum mengikut kategori nombor kenderaan.

3. Bolehkah pembida menarik balik bidaan no plat JPJ?
Tidak. Pembida tidak dibenarkan untuk menarik balik bidaan sepanjang tempoh bidaan.

4. Bagaimana saya boleh mengetahui proses beli no plat JPJ yang sedang berjalan?
Anda boleh ikuti laman sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook JPJ Malaysia untuk mengetahui sebarang update terkini berkaitan proses beli no plat kenderaan. Anda juga boleh membuat semakan di laman web rasmi JPJ.

5. Berapa lama tempoh bidaan no plat JPJ untuk satu-satu siri nombor kenderaan berlangsung?
Tempoh bidaan untuk satu siri nombor pendaftaran kenderaan biasanya berlangsung selama lima hari dan akan tamat pada jam 2359 malam hari kelima.

Waktu bidaan mengambil kira tempoh bidaan yang berlangsung dan bukan waktu bayaran bidaan kepada pihak bank.

Beli No Plat di Malaysia

Pilih Insurans Kereta Terbaik untuk Perlindungan Masa Depan Anda

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengetahui cara beli no plat online dan mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan terkini untuk kereta dan motor idaman anda. Selain itu, jika anda ingin mendapatkan polisi insurans kereta terbaik untuk kereta baharu anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut.

Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik dengan jaminan harga insurans yang menarik, mampu milik dan berbaloi. Apa tunggu lagi, dapatkan polisi insurans kereta yang sesuai dengan keperluan anda di Qoala hari ini!

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

2 comments

    1. Tuan perlu buat bidaan beli no plat pilihan melalui aplikasi JPJeBid. Untuk info lanjut, tuan boleh rujuk agensi berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60