Tips Puasa Ramadhan: 7 Cara Kekal Bertenaga di Bulan Puasa Ini

Kali terakhir diperbaharui Nov 22, 2023 oleh Shafiq Wahab
Tips Puasa Ramadhan: 7 Cara Kekal Bertenaga di Bulan Puasa Ini

Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu proses detoksifikasi atau pembuangan zat-zat beracun dari tubuh badan secara semulajadi. Namun begitu, bukan namanya berpuasa jika anda tidak alami masalah keletihan, rasa lesu, lapar dan dahaga. Oleh sebab itu, penting untuk anda tahu tips puasa Ramadhan supaya anda kekal cergas dan sihat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Tips Ramadhan: Tips Berpuasa di Bulan Ramadhan untuk Kekal Cergas, Bertenaga

Pasti anda ingin kekal aktif dan cergas sepanjang bulan Ramadhan, bukan? Badan yang sihat dan cergas semasa berpuasa dapat membantu anda menumpukan perhatian semasa bekerja atau belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti seperti biasa di bulan Ramadan.

Berikut beberapa tips berpuasa di bulan Ramadhan yang boleh anda praktikkan sepanjang bulan Ramadan agar tubuh kekal sihat semasa berpuasa:

1. Jangan Lupa Bersahur

Ramai yang ambil mudah dengan amalan bersahur – biasanya disebabkan malas bangun awal, tiada selera makan atau yakin boleh berpuasa tanpa bersahur.

Amalan bersahur sangat penting dalam rutin berpuasa. Ia dapat membekalkan tenaga bagi membolehkan anda melakukan rutin harian dengan produktif seperti biasa tanpa berasa letih atau lesu.

Makan makanan tinggi protein dan amalkan diet seimbang supaya boleh memberikan lebih tenaga atau sebiji kurma dan segelas susu segar sudah memadai.

2. Minum Air yang Mencukupi

Walaupun berpuasa, ia tidak bermakna anda harus mengurangkan jumlah air yang diminum pada setiap hari. Penting untuk anda minum air yang secukupnya pada bulan puasa ini untuk kekal terhidrasi. Minum sekurang-kurangnya lapan hingga 12 gelas sehari.

Cara Minum Air Semasa Bulan Puasa

Bagaimana cara minum air yang cukup pada bulan puasa? Anda boleh ikuti tips tahan dahaga ketika puasa dengan minum air yang mencukupi seperti berikut:

  • 1 gelas air selepas azan Maghrib;
  • 1 gelas air selepas selesai solat Maghrib;
  • 1 gelas air selepas makan berbuka;
  • 1 gelas air selepas selesai solat Isyak;
  • 1 gelas air selepas selesai solat Terawih;
  • 1 gelas air sebelum tidur;
  • 1 gelas air selepas bangun dari tidur;
  • 1 gelas air selepas makan sahur.

3. Cara Menghilangkan Dahaga di Bulan Puasa: Kurangkan Pengambilan Kafein

Selain itu, elakkan pengambilan kafein seperti teh atau kopi semasa berpuasa. Ini kerana, kafein bersifat diuretik yang membuat anda kerap buang air kecil. Akibatnya, tubuh badan anda akan mengalami dehidrasi atau kehilangan air semasa berpuasa.

Tanda dehidrasi pada tubuh adalah seperti mulut kering, rasa terlalu haus atau dahaga, air kencing berwarna pekat, cepat letih dan mengantuk, kulit kering, pening kepala dan banyak lagi.

tips puasa ramadhan: makan makanan yang tinggi khasiat dan protein untuk kekal bertenaga sepanjang bulan puasa

4. Jangan Makan Berlebihan

Anda biasanya mudah tergoda untuk makan secara berlebihan lebih-lebih dengan adanya pelbagai pilihan juadah istimewa yang dijual di bazar Ramadan. Pengambilan makanan di bulan puasa tidak sepatutnya berbeza daripada bulan-bulan yang lain.

Anda disarankan untuk makan secara sederhana dan pastikan makanan yang anda ambil terdiri daripada kumpulan-kumpulan makanan berikut:

  • Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin;
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran;
  • Ikan, ayam, daging dan kekacang;
  • Susu dan produk tenusu;
  • Sedikit minyak, lemak, gula dan garam.

Pastikan juga anda makan makanan yang seimbang dan sihat untuk elakkan masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut dan sebagainya.

Selain itu, berikut merupakan beberapa tabiat makan yang perlu dielak di bulan puasa untuk membantu anda kekal bertenaga di bulan puasa:

  • Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka untuk mengelakkan kembung perut atau ketidakhadaman makanan;
  • Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berlemak;
  • Kurangkan makanan tinggi gula;
  • Kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan;
  • Elakkan makanan yang diproses yang mengandungi pengawet, perisa dan pewarna tiruan. Makanan terproses biasanya mengandungi garam yang tinggi walaupun tidak terasa masin;
  • Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.

5. Elakkan Makanan Berminyak, Kurangkan Gula dan Garam

Bulan Ramadhan boleh dikatakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan.

Jika anda ingin kurangkan berat badan, anda perlu kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, garam, minyak serta lemak. Ini kerana, makanan-makanan ini mengandungi kadar kalori yang tinggi dan meningkatkan risiko kenaikan kolesterol dalam tubuh.

Makan makanan yang tinggi garam, gula dan lemak ketika sahur secara berlebihan akan menyebabkan kenaikan paras insulin (insulin spike). Ia akan menyebabkan kesan ketara iaitu mudah berasa lapar dan haus dengan cepat meskipun baru beberapa jam mula berpuasa.

Hadkan juga pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Lebihkan pengambilan air kosong atau jus buah-buahan tanpa gula tambahan. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik yang boleh dipertimbangkan.

Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan berminyak dan manis ini, ambil dalam kuantiti yang sedikit.

6. Lakukan Senaman Ringkas

Berpuasa bukanlah alasan untuk anda tidak melakukan senaman. Semasa bersenam di bulan puasa, penting untuk anda melakukan senaman yang betul untuk memastikan anda tidak terlalu penat. Lakukan senaman ringan untuk beberapa hari pertama sehingga badan anda terbiasa dengan kadar tenaga baharu.

Jika anda tidak bersenam dan baru ingin mula bersenam sepanjang bulan Ramadan ini, anda boleh mulakan dengan senaman ringan dan mudah. Lakukan senaman kardio keamatan rendah seperti jalan laju, berenang di kolam renang, atau menggunakan mesin senaman yang tidak membuatkan anda berpeluh dengan banyak.

Elakkan daripada memulakan rutin senaman baharu khususnya senaman yang menggunakan tenaga yang banyak. Apa yang penting, ikut kemampuan sendiri. Selain itu, bersenam pada masa yang betul sangat penting semasa bulan Ramadan. Anda boleh pertimbangkan aspek-aspek ini:

Bersenam Sebelum Sahur

Bangun sejam lebih awal untuk bersenam sebelum bersahur. Lakukan senaman berat kerana anda dapat mengembalikan tenaga anda dan paras air dalam badan semasa bersahur nanti.

Sebelum Berbuka

Jika anda biasa bersenam dengan perut kosong, anda boleh bersenam sebelum membuka puasa. Anda boleh mengembalikan tenaga anda selepas makan berbuka nanti.

Selepas Berbuka

Bersenam sebaik sahaja berbuka puasa dengan makanan yang ringan seperti kurma dan air. Elakkan daripada bersenam sebaik saja selepas makan kerana badan memerlukan masa untuk menghadam makanan.

Selepas Solat Terawih

Jika anda suka berjaga malam, anda boleh bersenam selepas solat tarawih. Kebanyakan senaman akan membuatkan jantung anda berdegup lebih kencang dan menyebabkan anda tidak mengantuk. Jadi, peruntukkan masa selama sejam (atau lebih) untuk berehat sebelum tidur.

7. Tips Ramadhan: Dapatkan Rehat dan Tidur yang Cukup

Selain itu, tips kekal bertenaga di bulan puasa yang boleh anda amalkan ialah mendapat rehat yang cukup. Rehat yang cukup biasanya sinonim dengan waktu tidur yang berkualiti. Semasa di bulan Ramadan, elakkan daripada melengah-lengahkan masa tidur bagi mendapat rehat yang cukup.

Tidur awal dan mencukupi amat penting untuk anda kekal bertenaga sepanjang hari. Ia dapat menjadikan tubuh badan lebih segar dan cergas. Jika anda tidur lambat, ada potensi untuk anda tidak bangun sahur sekali gus menyebabkan anda lesu dan letih sepanjang hari. Kurang tidur juga boleh menyebabkan anda hilang mood, mudah stress dan mudah marah.

Jika perlu, susun semula jadual tidur anda dan tidur seawal mungkin supaya anda mempunyai tenaga untuk bangun sahur dan melakukan aktiviti pada keesokkan harinya seperti biasa.

lakukan senaman dan rehat yang cukup untuk kekal bertenaga sepanjang hari

Makan Makanan yang Memberi Tenaga, Hilangkan Rasa Letih dan Lesu Semasa Berpuasa

Puasa bukanlah alasan untuk bermalas-malasan dan tidak produktif. Jika dilakukan berasaskan tips berpuasa yang betul, anda boleh kekal cergas dan bertenaga di bulan Ramadhan. Selain itu, jika anda ingin mendapatkan insurans kesihatan untuk perlindungan diri dan keluarga, layari laman web Qoala untuk info lanjut.

Qoala merupakan platform insurans terbaik di Malaysia yang akan membantu membandingkan pelan insurans perubatan berbeza. Ia bagi memastikan anda mendapatkan pelan insurans kesihatan dan perubatan yang sesuai dengan keperluan anda.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60