Elizabeth Tan Mengetuai Kempen #QoalaHadir

Kali terakhir diperbaharui Nov 17, 2022 oleh Ramen Hasniran
Elizabeth Tan Mengetuai Kempen #QoalaHadir

Kuala Lumpur, 29 Ogos 2022 – Artis sensasi tempatan Elizabeth Tan mengetuai kempen #QoalaHadir dari Qoala Malaysia sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang berlangsung dari 29 Ogos hingga 16 September 2022. Selain Elizabeth, kempen ini juga turut menampilkan pempengaruh media sosial lain antaranya Elyshia Abegail, Robin Lim, dan Satthiya Kandi.

Kempen #QoalaHadir dengan tema “Bebas”, “Bahagia” dan “Tenang” akan menyaksikan Elizabeth, Elyshia, Robin, dan Satthiya berkongsi pengalaman dalam kehidupan seharian dan menunjukkan cara platform Qoala memudahkan urusan beli insurans dan takaful pada harga yang berpatutan, sekali gus membantu mereka mencapai kebebasan, kebahagiaan dan ketenangan.

Dari kiri (atas) ke kanan (bawah): Elizabeth Tan, Elyshia Abegial, Robin Lim dan Satthiya Kandi Qoala Malaysia
Dari kiri (atas) ke kanan (bawah): Elizabeth Tan, Elyshia Abegial, Robin Lim dan Satthiya Kandi

Pengurus Pemasaran Kandungan, Ramen Hasniran berkata “Keempat-empat pempengaruh media sosial ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat menandakan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang budaya dan etnik. Sempena meraikan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia, kita berhutang budi dengan setiap rakyat Malaysia atas kemajuan yang telah kita capai”.

Sepanjang tempoh kempen berlangsung, pelanggan berpeluang mendapat diskaun sehingga 55 peratus untuk insurans dan takaful kereta, dan sehingga 35 peratus untuk insurans kesihatan. Pelanggan juga berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan jumlah hadiah keseluruhan berjumlah RM11,000.

Layari qoalahadir.qoala.my untuk membandingkan dan membeli perlindungan insurans pada harga yang berpatutan hari ini! 

 

***

Mengenai Qoala

Qoala merupakan syarikat permulaan dalam bidang teknologi insurans (insurtech) dengan misi untuk memasyarakatkan insurans melalui kombinasi pembangunan produk baru dan proses tuntutan berasaskan mesin pintar. Qoala, beroperasi di tiga buah negara; Indonesia, Malaysia dan Thailand melalui penawaran pelbagai jenis perlindungan insurans yang merangkumi kenderaan bermotor, hartanah, kemalangan diri, perjalanan dan kesihatan yang boleh diakses dengan pantas, mudah dan telus melalui aplikasi atau laman web Qoala.

Hubungan Media:

Jeremy JEESANDARAN | PR Associate, Qoala Malaysia | jeremy@qoala.my | +6016 312 7360

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60