Kecederaan, kehilangan barangan peribadi, rawatan perubatan kecemasan atau kematian semasa bercuti terutamanya di luar negara boleh mengganggu mood percutian anda. Oleh sebab itu, beli travel insurance atau insurans perjalanan merupakan langkah persediaan terbaik sebelum memulakan perjalanan. Ini kerana, anda tidak perlu lagi bimbang tentang caj perubatan di luar negara atau kos-kos lain yang perlu ditanggung sekiranya berlaku kemalangan.
5 Perkara Perlu Dititikberatkan Sebelum Dapatkan Travel Insurance
Kebanyakan orang beranggapan insurans perjalanan atau travel insurance ini sesuatu yang remeh, tidak penting dan membazir. Malah, ada sesetengah individu yang mengambil insurans perjalanan tanpa memahami terma dan syarat yang terdapat dalam polisi insurans. Untuk mengelakkan anda daripada membeli insurans yang tidak sesuai untuk anda, panduan ini boleh membantu anda memahami insurans ini dengan lebih baik sebelum pilih insurans perjalanan terbaik untuk anda.
1. Tempoh Perjalanan
Insurans perjalanan yang dibeli lazimnya bergantung pada tempoh perjalanan anda. Jika anda bercuti sekali atau dua kali dalam setahun, anda disarankan untuk memilih polisi insurans perjalanan tunggal kerana ia lebih menjimatkan kos. Ada sesetengah syarikat insurans menawarkan kombinasi perlindungan yang dapat memenuhi keperluan tertentu pengguna termasuklah polisi tahunan jangka panjang untuk individu yang sering melancong.
Insurans perjalanan tunggal menawarkan perlindungan kepada anda pada setiap perjalanan (per trip) yang dibeli. Sebagai contoh, jika anda beli insurans perjalanan untuk ke Korea, ia hanya melindungi anda untuk percutian ke Korea ini sahaja. Jika anda merancang untuk ke Thailand pada masa akan datang, anda mungkin memerlukan insurans perjalanan baharu. Syarikat insurans perjalanan biasanya mengenakan bayaran berdasarkan blok tempoh – satu hingga lima hari, enam hingga 10 hari atau 30 hari.
2. Destinasi Percutian
Secara asasnya, kos insurans perjalanan bergantung pada destinasi percutian anda – dalam negara atau luar negara. Oleh sebab itu, anda perlu ambil kira lokasi percutian anda sebelum beli insurans perjalanan anda. Insurans Perjalanan Domestik antara Semenanjung dan Malaysia Timur biasanya lebih murah berbanding Insurans Perjalanan Antarabangsa. Ini disebabkan faktor penilaian risiko percutian di luar negara yang lebih tinggi berbanding percutian dalam negara, selain mengambil kira kos yang mungkin terlibat sekiranya berlaku apa-apa di luar negara.
3. Pihak yang Diinsuranskan
Selain itu, anda juga perlu mengambil kira pihak yang diinsuranskan sebelum pilih travel insurans terbaik untuk anda. Biasanya, travel insurans terbahagi kepada dua – Polisi Individu atau Keluarga. Pakej individu menawarkan perlindungan untuk seorang individu sahaja, manakala pakej keluarga direka untuk melindungi orang yang diinsuranskan termasuk pasangan dan/atau anak-anak.
Biasanya, pakej keluarga ditawarkan pada harga yang jauh lebih mahal berbanding pakej individu. Namun begitu, jika mengambil kira kos insurans per individu, ia semestinya lebih menjimatkan dan lebih murah berbanding membeli polisi individu untuk seisi keluarga.
4. Perlindungan dan Pengecualian
“Apakah aspek yang termasuk dalam perlindungan insurans perjalanan?” atau “Apakah aspek yang tidak dilindungi oleh insurans perjalanan?” merupakan soalan biasa yang sering ditanyakan. Secara asasnya, setiap syarikat insurans menawarkan skop perlindungan dan manfaat yang berlainan. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk memilih perlindungan yang dapat memenuhi keperluan anda.
Biasanya, setiap pelan perlindungan daripada syarikat insurans berbeza menawarkan perlindungan yang lebih kurang sama. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk membaca terma dan syarat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perlindungan yang ditawarkan. Berikut antara perlindungan yang biasanya ditawarkan oleh syarikat insurans:
-
-
-
- Manfaat kemalangan diri seperti kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal;
- Faedah perubatan seperti bayaran balik perbelanjaan perubatan, pemindahan perubatan kecemasan, faedah penjagaan anak, lawatan belas kasihan dan sebagainya;
- Faedah untuk kesulitan semasa perjalanan seperti pembatalan perjalanan, kehilangan bagasi, kelewatan bagasi, kelewatan perjalanan, kehilangan deposit perjalanan dan lain-lain;
- Liabiliti peribadi;
- Penghantaran pulang jenazah;
- Perkhidmatan bantuan perjalanan.
-
-
Selain perlindungan, anda juga perlu ambil kira pengecualian dalam polisi insurans. Ada sesetengah polisi mempunyai pengecualian yang berbeza bergantung pada syarikat insurans yang dipilih. Anda boleh rujuk ejen insurans anda untuk info lanjut. Biasanya, terdapat beberapa pengecualian terhadap kerugian yang tidak dilindungi oleh syarikat insurans antaranya:
-
-
-
- Penyakit Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) atau Human Deficiency Virus (HIV);
- Mana-mana kerugian atau kerosakan akibat perang, tindakan musuh asing, radioaktif, bahan nuklear, kimia atau biologi;
- Keguguran dan melahirkan anak;
- Aktiviti sukan berisiko tinggi;
- Bunuh diri atau gila;
- Penyakit sedia ada.
-
-
5. Status Kesihatan
Anda disarankan untuk sentiasa mengisytiharkan status kesihatan semasa dan semua penyakit sedia ada kepada syarikat insurans anda. Biasanya, pihak insurans akan menetapkan syarat tertentu dalam pelan insurans anda dan tidak akan melindungi penyakit sedia ada termasuk pembedahan kosmetik dan sebagainya. Anda boleh rujuk kontrak polisi anda untuk maklumat penuh berkaitan pengecualian. Tuntutan berkaitan penyakit sedia ada berkemungkinan akan ditolak oleh syarikat insurans. Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan anda perlu menanggung sendiri bil perubatan yang tinggi.
Insurans Perjalanan: 5 Tips Beli Travel Insurance
Rakyat Malaysia yang henda melancong tidak kira sama ada dengan pesawat, memandu kereta atau menunggang motosikal, anda digalakkan untuk beli insurans perjalanan secara sukarela bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang menyeluruh semasa bercuti. Sebelum beli travel insurans yang sesuai mengikut bajet dan keperluan anda, berikut beberapa tips yang boleh anda praktikkan:
1. Beli Secara Online
Anda boleh beli insurans perjalanan secara terus melalui syarikat insurans atau melalui platform insurans dalam talian seperti Qoala. Biasanya, platform insurans di Malaysia membolehkan anda membuat perbandingan sebelum memilih insurans perjalanan terbaik mengikut keperluan anda. Malah, pembelian secara online juga biasanya tertakluk pada promosi dan diskaun-diskaun tertentu.
2. Semak Sebut Harga Travel Insurance
Sebelum beli, pastikan anda semak quotation atau sebut nilai yang diberikan bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang sewajarnya. Pastikan ia merangkumi perkara-perkara penting seperti hospitalization (khususnya melibatkan kos rawatan yang tinggi), pengurusan jenazah dan lain-lain tuntutan penting. Secara asasnya, insurans perjalanan boleh dibeli untuk anda dan keluarga untuk memberi perlindungan terhadap kemalangan, kerugian dan gangguan semasa perjalanan seperti:
-
-
-
- Manfaat kemalangan peribadi;
- Apa-apa kerugian disebabkan oleh kerosakan bagasi;
- Belanja perubatan dan apa-apa perbelanjaan berkaitan;
- Rawatan susulan termasuk elaun hospital;
- Kehilangan pasport, wang atau barangan peribadi;
- Kehilangan bagasi atau bagasi lewat tiba;
- Perjalanan tertunda atau dibatalkan;
- Terlepas penerbangan sambungan;
- Penghantaran pulang jenazah;
- Dan lain-lain bergantung pada polisi.
-
-
3. Jangan Tertipu dengan Tawaran Harga Murah
Selain itu, jangan tertipu dengan offer yang menawarkan perlindungan insurans pada harga yang murah. Baca dan fahami terma dan syarat yang dinyatakan kerana ada kemungkinan polisi tersebut tidak menawarkan perlindungan yang menyeluruh dan hanya terhad kepada situasi tertentu sahaja. Ini bermaksud, ada sesetengah situasi kemalangan mungkin tidak termasuk dalam perlindungan dan tidak melayakkan anda untuk membuat sebarang tuntutan insurans atau claim travel insurance sekiranya berlaku apa-apa kepada anda semasa percutian.
4. Pastikan Tempoh Perlindungan Mencukupi
Anda juga disarankan untuk pastikan tempoh perlindungan insurans anda mencukupi atau lebih lama berbanding tempoh percutian anda. Elakkan daripada mendapatkan perlindungan insurans yang ngam-ngam dengan tempoh percutian anda. Beli perlindungan insurans yang lebih lama – jika anda bercuti selama tujuh hari, beli insurans sekurang-kurangnya untuk 10 hari. Andaikan anda terpaksa tinggal lebih lama di luar negara disebabkan situasi tertentu dan berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada anda selepas tempoh perlindungan tersebut tamat, anda mungkin tidak dapat membuat tuntutan.
5. Buat Persediaan Lengkap
Sebelum mula bercuti, pastikan anda print dan simpan semua resit dan dokumen berkaitan travel insurans anda dalam satu folder khas. Ini untuk memudahkan anda membuat rujukan sekiranya perlu. Selain itu, simpan nombor telefon talian kecemasan syarikat insurans atau nombor individu PIC yang boleh dihubungi untuk menyenangkan anda sekiranya ada kecemasan berlaku semasa anda sedang bercuti.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memahami perkara asas berkaitan sebelum beli travel insurance terbaik untuk anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai insurans perjalanan, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans terbaik di Malaysia yang menyediakan rangkaian insurans perjalanan terbaik daripada beberapa syarikat insurans di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, cepat dan selamat.