Skim Perubatan Madani 2023: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Skim Perubatan Madani 2023: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut). Skim perubatan ini merupakan berita gembira buat rakyat Malaysia kerana boleh mendapatkan rawatan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.

Semak Kelayakan Skim Perubatan Madani

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan yang layak boleh mendapatkan rawatan dan keperluan perubatan secara percuma di klinik perubatan swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI. Ini dapat mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Syarat Kelayakan

Untuk menerima inisiatif skim ini, anda hanya perlu memenuhi syarat kelayakan secara automatik. Berikut merupakan syarat kelayakan bagi permohonan Skim Perubatan Madani ini:

  • Penerima bantuan Perubatan Madani ini merupakan individu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023 sama ada berkeluarga, bujang atau warga emas.
  • Penerima tidak menerima mana-mana skim perubatan lain daripada badan/agensi lain yang sama seperti skim ini.

Cara Semak Kelayakan Skim Perubatan Madani

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan kelayakan skim bantuan ini:

  • Pemohon boleh menyemak syarat kelayakan secara atas talian menerusi laman sesawang https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my;
  • Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik pada butang “Semak”;
  • Akhir sekali, status kelayakan akan dipaparkan.

Skim Perubatan MADANI: Syarat & Cara Mendapatkannya

Cara-cara Mendapatkan Rawatan

Setelah anda selesai semak kelayakan, berikut adalah cara untuk mendapat rawatan di klinik-klinik perubatan swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan Madani.

1. Hadir ke Klinik Skim Perubatan Madani

Anda boleh hadir ke mana-mana klinik perubatan swasta yang berdaftar dengan skim ini (boleh dikenal pasti dengan pelekat Skim Perubatan Madani) dengan membawa kad pengenalan.

Cari Klinik Skim Perubatan Madani

Berikut merupakan cara-cara membuat semakan senarai klinik secara atas talian untuk menuntut bantuan perubatan ini;

      1. Layari laman sesawang https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my untuk membuat carian klinik yang berdaftar di bawah skim ini;
      2. Seterusnya, masukkan maklumat yang diminta iaitu Negeri, Daerah dan Bandar dan klik pada butang “Cari”;
      3. Akhir sekali, senarai klinik-klinik swasta yang menawarkan Skim Perubatan MADANI akan dipaparkan.

2. Terima Rawatan

Sekiranya layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut secara percuma. Berikut merupakan senarai rawatan pesakit luar kes-kes akut yang  merangkumi:

  1. Demam dan selsema;
  2. Cirit-birit dan muntah;
  3. Terseliuh;
  4. Sakit kepala;
  5. Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.

3. Had Manfaat

Setelah mendapatkan rawatan, had manfaat Skim Perubatan MADANI akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang tersebut.

Skim Perubatan Madani

Dapatkan Insurans Kesihatan di Qoala Untuk Perlindungan Menyeluruh

Skim ini merupakan inisiatif rintis kerajaan untuk membantu rakyat terutamanya golongan B40 secara tidak langsung, beban kewangan dan kesejahteraan hidup rakyat akan lebih terjamin dan terpelihara dengan adanya skim ini. Bukan itu sahaja, tahap kesihatan dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat.

Selain itu, penting untuk anda memiliki insurans kesihatan untuk perlindungan kesihatan yang menyeluruh. Jika anda mencari insurans kesihatan, anda boleh mendapatkannya di Qoala. Anda boleh bandingkan pelbagai insurans kesihatan di Qoala untuk nikmati lebih banyak penjimatan. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans kesihatan terbaik di Malaysia.

Kongsi:
About Writer
Syazwani Yahya
Seorang graduan dalam bidang pelancongan, kini mencabar diri menjadi penulis kandungan untuk mendidik masyarakat tentang insurans dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60