5 Perkara Wajib Tahu Sebelum Beli Insurans Motor

Kali terakhir diperbaharui Mar 7, 2023 oleh Shafiq Wahab
5 Perkara Wajib Tahu Sebelum Beli Insurans Motor

Setiap pengguna motosikal wajib memiliki insurans motor untuk melindungi penunggang atau pihak ketiga sekiranya berlaku sebarang insiden yang boleh menyebabkan kematian, kerosakan atau kerugian. Secara asasnya, penunggang motosikal terdedah kepada risiko kemalangan atau kecederaan yang lebih tinggi berbanding pengguna kereta. Oleh sebab itu, penting untuk anda mempertimbangkan banyak perkara sebelum beli insuran motosikal terbaik untuk anda. Panduan lengkap insurance motosikal ini mungkin boleh membantu anda memilih insuran motor yang sesuai dengan keperluan anda.

1. Apa Itu Insurans Motor?

Insuran motosikal merujuk pada polisi yang memberi perlindungan kewangan kepada pemegang polisi sekiranya berlaku kebakaran, kemalangan atau kecurian. Ia juga turut menawarkan perlindungan kewangan daripada sebarang liabiliti yang disebabkan oleh kecederaan, kematian atau kerosakan pada motosikal pihak ketiga. Sama seperti insurans kereta, anda akan dilindungi oleh pihak insurans sekiranya apa-apa kerosakan berlaku pada motor anda seperti kemalangan, kebakaran dan sebagainya.

2. Jenis Polisi Insurans Motor

Polisi insurans motor di Malaysia terbahagi kepada dua jenis yang boleh dipilih mengikut keperluan dan kedudukan kewangan anda. Setiap jenis insurans tidak kira sama ada insurans takaful atau konvensional yang ditawarkan secara asasnya menawarkan perlindungan yang berbeza. Berikut adalah dua jenis insurans motosikal yang ditawarkan di Malaysia:

Insurans Motor Pihak Ketiga

Insurans Pihak Ketiga merupakan insurans motosikal yang paling asas. Polisi ini membantu melindungi kerosakan kenderaan atau harta benda pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan seperti kecederaan, kematian atau kerosakan pada motosikal. Dalam erti kata lain, ia tidak memberi perlindungan kepada anda sebagai pemegang polisi, sebaliknya menawarkan perlindungan kepada pihak ketiga sahaja. Ini bermaksud, anda sebagai pemegang polisi tidak boleh menuntut apa-apa pampasan atau ganti rugi untuk motosikal anda sekiranya kemalangan.

Insurans Motor First Party atau Komprehensif

Insurans Motosikal Komprehensif bukan sekadar menawarkan perlindungan kepada harta benda pihak ketiga, tetapi ia juga turut melindungi motosikal anda. Polisi ini menawarkan perlindungan daripada kebakaran, kecurian, kehilangan dan kerosakan pada motosikal anda dan pihak ketiga disebabkan oleh kemalangan. Selain itu, ia juga melindungi anda sekiranya anda bertanggungjawab atas kecederaan, kematian atau kerosakan harta benda pihak ketiga.

Perkara yang Tidak Dilindungi Insuran Motor

Ramai dalam kalangan pemilik kenderaan beranggapan semua aspek berkaitan motor boleh dituntut setelah mempunyai insurance motor. Meskipun begitu, secara realitinya tidak semua perkara yang menyebabkan kerosakan pada motosikal dilindungi oleh insurans. Ia bergantung sepenuhnya pada polisi perlindungan anda. Anda boleh rujuk polisi insurans anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut jenis tuntutan yang dilindungi oleh insurans anda. Berikut merupakan senarai perkara yang tidak termasuk dalam perlindungan insurans motor asas:

  • Insurans tidak akan memberi pampasan atas kerosakan atau kecurian motosikal sekiranya kemalangan berlaku semasa ia ditunggang oleh orang lain;
  • Kehilangan apa-apa aksesori motor juga tidak layak untuk mendapat pampasan;
  • Insurance motosikal tidak akan memberi apa-apa pampasan kemalangan jika kemalangan berlaku di luar negara;
  • Pemegang polisi yang didapati memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol atau melakukan kegiatan haram tidak akan dilindungi oleh sebarang pelan insurans;
  • Kematian atau kecederaan anggota badan sendiri yang disebabkan oleh kemalangan motor;
  • Kerugian atau kerosakan yang berlaku akibat kenderaan ditenggelami banjir atau bencana alam lain juga tidak dilindungi oleh insurans. Namun begitu, anda mungkin akan dilindungi sekiranya pemegang polisi sanggup membayar premium insurans tambahan.

Senarai-senarai ini adalah tidak terhad dan pemegang polisi disarankan untuk merujuk semua pengecualian yang dinyatakan di dalam polisi insurans masing-masing.

3. Harga Insuran Motor

Secara asasnya, harga insurans motor adalah berbeza bergantung pada jenis perlindungan yang dipilih – harga insurans motor first party biasanya lebih mahal berbanding harga insurans motor pihak ketiga. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk membuat semakan harga insuran motor sebelum memperbaharui atau renew insurans anda. Kos-kos ini juga mungkin berbeza tertakluk pada harga cukai jalan. Berikut senarai harga insurance motosikal di Malaysia termasuk cukai jalan.

Jenis Motor (cc) Harga Insurans Motor Termasuk Cukai Jalan
0 hingga 150 cc RM2
151 hingga 200 cc RM30
201 hingga 250 cc RM30
251 hingga 500 cc RM100
501 hingga 800 cc RM250
801 cc dan ke atas RM350

Parameter Mempengaruhi Insurans Motor

Harga insurans motor biasanya berubah bergantung pada faktor-faktor tertentu. Berikut merupakan faktor yang biasa mempengaruhi harga premium insurans:

1. Polisi Tambahan

Perlindungan lain seperti Kemalangan Peribadi Asas, Peril Khas dan sebagainya boleh menyebabkan harga insurance motor menjadi lebih tinggi.

2. Kapasiti Enjin

Kapasiti enjin juga turut memainkan peranan dalam menentukan harga premium. Semakin besar kapasiti enjin, semakin mahal harga insurans.

3. Usia Motor

Harga insurans bergantung pada usia motor anda. Biasanya, motor lama dikenakan harga premium insurans yang lebih murah.

4. Lokasi

Harga insurans motor di Semenanjung Malaysia biasanya lebih tinggi berbanding harga insurans di Sabah dan Sarawak. Faktor ini dipengaruhi oleh keadaan jalan yang sibuk dan risiko kemalangan yang lebih tinggi di Semenanjung Malaysia.

5. Jenis Perlindungan

Harga insuran motor dipengaruhi oleh jenis polisi insurans motor yang dipilih sama ada Insurans Komprehensif dan Insurans Pihak Ketiga bergantung pada keperluan anda.

6. Nilai Pasaran

Harga premium insuran motor juga turut dipengaruhi oleh nilai pasaran semasa.

7. Tuntutan

Sekiranya didapati anda pernah membuat tuntutan kemalangan insurans motor sebelum ini, berkemungkinan besar anda akan dikenakan kadar premium yang lebih tinggi.

harga insuran motor di Malaysia

4. Cara Claim Insuran Motor

Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kerosakan harta benda tanpa sebarang kecederaan fizikal, anda boleh ikuti cara membuat tuntutan ganti rugi atau claim insurans seperti berikut:

Tuntutan daripada Syarikat Insurans Sendiri

Sekiranya berlaku kemalangan, terdapat dua cara tuntutan yang boleh dilakukan oleh pengguna terhadap syarikat insurans. Jika kemalangan berpunca daripada kesalahan sendiri, anda mestilah membuat tuntutan “Kerosakan Sendiri” daripada syarikat insurans. Namun begitu, jika kemalangan bukan berpunca daripada kesalahan anda, anda boleh membuat tuntutan “Kerosakan Sendiri Knock-for-Knock”. Tuntutan “Knock-for-Knock” boleh memberi manfaat kepada pengguna kerana ia menjimatkan masa dan tuntutan kemalangan boleh diselesaikan dengan lebih cepat. Malah, ia juga akan menyebabkan anda tidak akan kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan atau NCD.

Dokumen untuk Tuntutan Insurans

Untuk membuat tuntutan, anda mesti mengemukakan beberapa dokumen penting kepada syarikat insurans anda seperti:

        1. Borang tuntutan yang lengkap;
        2. Salinan asal laporan polis;
        3. Salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemegang polisi dan pemandu;
        4. Salinan sijil pemilikan kenderaan;
        5. Bukti kemalangan seperti gambar kejadian dan gambar kerosakan pada kenderaan;
        6. Dokumen polis yang menyatakan pihak yang dikompaun bagi kesalahan jalan raya tersebut.

Tuntutan Kerosakan Harta Pihak Ketiga

Anda juga boleh membuat tuntutan kerosakan harta pihak ketiga sekiranya berlaku kerosakan pada kereta atau harta benda anda akibat kemalangan yang berpunca daripada kesalahan pihak lain. Bagi membuat tuntutan kerosakan pihak ketiga, anda boleh rujuk panduan berikut:

  • Anda perlu menghantar motor yang rosak ke bengkel panel syarikat insurans;
  • Lantik adjuster insurans untuk mengenal pasti kos kerosakan motor;
  • Anda perlu menyediakan dokumen lengkap kepada syarikat insurans seperti salinan asal laporan polis, salinan kad pengenalan dan lesen pemegang polisi dan pemandu;
  • Anda juga perlu mengemukakan salinan sijil pemilikan kenderaan, laporan adjuster, bil kos pembaikan kereta, gambar sewaktu kejadian kemalangan dan dokumen polis tentang kenyataan kompaun bagi kesalahan jalan raya.

5. Cara Kira Harga Insurans Motor

Harga insuran motor biasanya bergantung pada syarikat insurans. Ini bermaksud, walaupun anda meminta sebut harga untuk model yang sama, anda mungkin menerima harga yang berbeza. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk membandingkan harga terlebih dahulu sebelum memilih insuran motor terbaik untuk anda. Untuk kira harga insurance motor, setiap syarikat insurans mempunyai kalkulator kira harga insurans yang tersendiri. Anda hanya perlu masukkan maklumat seperti model motosikal, tahun pembuatan, kapasiti enjin dan lokasi anda.

Semoga perkongsian ini boleh membantu anda memilih polisi insurans yang sesuai untuk anda. Sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan insurans motor terbaik dan komprehensif untuk anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform renew insurans motor online yang turut menyediakan pelbagai jenis insurans lain seperti insurans kereta, insurans rumah dan insurans nyawa di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans kenderaan yang selamat, berpatutan dan mudah.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

One comment

  1. Bagaimana nak tahu insurance yang kita ambil tu dari syarikat mana? Sebap surat yang diberi semasa pembelian motor basah dan koyak, jadi sekarang motor milik saya itu telah dicuri baru baru ini, saya bingung bagaimana untuk claim insurance tu, yang saya ingat insurance yang saya ambil itu firts party tetapi tidak ingat dari syarikat apa insurance tu, nak minta pencerahan bagi masalah macam ni boleh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60