Insurans Kereta Murah Edisi Promo 12.12

Kali terakhir diperbaharui Jun 23, 2023 oleh Shafiq Wahab
Insurans Kereta Murah Edisi Promo 12.12

Insurans kereta murah?? Wujud ke??? Haa sebelum kita cerita pasal insurans kereta murah, Qoala nak cerita dulu pasal insurans kereta. 

Zaman sekarang, kereta sudah menjadi keperluan yang amat penting dalam hidup kita untuk memudahkan pergerakan kita ke mana-mana sahaja. Sebelum beli kereta, sudah pasti banyak aspek yang korang titik beratkan seperti jenama, model kereta, spesifikasi kereta dan banyak lagi. 

Tapi, ada juga perkara penting yang korang harus titik beratkan iaitu insurans kereta. Ini kerana musibah akan berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, jadi tidak salah kalau korang bersedia terlebih dahulu dengan mengambil pelan insurans kereta yang bersesuaian. Untuk pengetahuan korang, Qoala sertakan juga panduan untuk mengira harga insurans kereta.

Apa itu insuran kereta?

Insuran kereta atau insurans kereta murah adalah sejenis perlindungan yang boleh dibeli oleh pemilik kereta. Ia bertujuan untuk membantu mengurangkan kos yang berkaitan dengan kemalangan kereta. Selain itu, insuran ini turut memberikan perlindungan kewangan terhadap kerosakan fizikal atau kecederaan badan yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

Bukan itu sahaja, insuran ini juga akan dapat menawarkan perlindungan kewangan terhadap pencurian kenderaan serta kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh sebarang kejadian selain dari kemalangan jalan raya, seperti cuaca atau bencana alam.

Jenis insurans kereta

Di Malaysia, secara amnya, terdapat tiga (3) jenis insurans kereta yang boleh korang pilih. Daripada jenis insurans yang paling standard hinggalah kepada yang menawarkan perlindungan penuh terhadap pelbagai jenis risiko.

1. Insurans pihak ketiga

Insurans pihak ketiga adalah insurans paling asas yang boleh korang perolehi. Ia adalah insurans yang melindungi pihak ketiga didalam sebarang kemalangan, sebagai contoh, pemandu atau penumpang dan juga kereta yang turut terlibat didalam kemalangan kereta bersama korang.

Dalam erti kata lain, kalau korang terlibat dengan kemalangan, insurans pihak ketiga ini akan membantu korang untuk menanggung kos membaiki kerosakan pada kereta pihak ketiga, atau sebarang kos rawatan yang diperlukan oleh pihak tersebut.

2. Insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian

Polisi insurans ini tidak banyak perbezaannya dengan insurans pihak ketiga. Insurans atau insurans kereta murah ini memberikan perlindungan terhahadap kereta korang sendiri. Perlindungan tambahan didalam insurans ini adalah ia turut melindungi segala kecederaan dan kematian, kerosakan dan kehilangan harta yang berlaku terhadap kereta korang.

3. Insurans komprehensif

Perlindungan jenis komprehensif ini adalah insurans yang paling menyeluruh di antara ketiga-tiga jenis insurans. Insurans komprehensif bukan sahaja menanggung liabiliti pihak ketiga, kecurian dan kebakaran kereta korang secara tidak sengaja, malah turut meliputi segala kerosakan terhadap kereta korang sekiranya berlaku kemalangan, dan kerosakan / kehilangan harta benda di dalam kereta korang sendiri. Kecederaan, kematian dan kecederaan anggota badan yang disebabkan oleh korang dan penumpang korang juga dilindungi.

Since korang dah kenali jenis-jenis insurans yang ada, cuba korang cek insuran kereta korang jenis yang mana?

Insurans Kereta Murah

Manfaat insurans kereta

Telah menjadi sesuatu keperluan wajib untuk memiliki insuran kereta atau insurans kereta murah bagi setiap pemilik kereta. Selain itu, ia juga merupakan pelaburan yang sangat baik untuk diri sendiri dan keluarga korang. Terdapat banyak manfaat insuran ini yang boleh korang perolehi, antara adalah:

1. Korang berisiko mengalami kemalangan

Kemalangan berlaku sepanjang masa di setiap bandar dan di setiap jalan raya. Ini adalah masalah besar kerana kebanyakan kemalangan menyebabkan kerugian yang besar.

Pada bulan Mei, tahun 2020 sebanyak 231 kematian berlaku daripada 25,251 kes kemalangan yang berlaku iaitu purata 8.25 kematian setiap hari, hal ini dilaporkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman. Mengingat hal ini, korang berisiko mengalami kemalangan setiap kali korang mengendalikan kenderaan. Tanpa insuran kereta, korang secara peribadi akan bertanggungjawab atas kerugian tersebut.

2. Korang akan membayar lebih sedikit sekiranya berlaku kemalangan

Manfaat liputan terbesar ialah korang hanya perlu membayar jumlah yang kecil sekarang untuk perlindungan. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku kemalangan besar, polisi insuran kereta korang akan menanggung pembaikan tersebut. Jika korang menanggung sendiri kerosakan kereta akibat kemalangan, korang berkemungkinan akan kerugian beribu-ribu ringgit.

3. Ini membantu korang mengelakkan penurunan nilai kepada kereta korang

Terdapat beberapa jenis polisi di pasaran yang memberi manfaat kepada korang dengan membantu memanjangkan jangka hayat dan nilai kereta korang. Korang tidak mengetahui jika akan ada pokok tumbang yang akan jatuh ke tingkap kereta.

Korang tidak dapat mengelak ribut petir dari merosakkan kereta korang. Namun begitu, jika korang mempunyai insuran kereta atau insurans kereta murah yang komprehensif, ia akan melindungi kerugian yang korang alami dari risiko tersebut. Dalam jangka masa panjang, korang akan dapat menjimatkan sejumlah wang yang besar. Ia juga membantu korang mengembalikan kereta ke kedudukan yang boleh dipasarkan sekiranya korang ingin menjualnya satu hari nanti.

4. Korang mendapat ketenangan fikiran

Mampukah korang membuat pembayaran untuk membaiki kenderaan korang tanpa bantuan kewangan? Adakah itu akan menjadikan keluarga korang berisiko menghadapi masalah kewangan sekiranya berlaku bencana. Insurans kereta murah akan membantu korang mengelakkan daripada mengalami kerugian wang yang besar. Jadi mengetahui bahawa korang mempunyai polisi yang melindungi keluarga korang dapat memberi korang ketenangan fikiran.

5. Ini melindungi korang terhadap tuntutan

Walaupun korang melakukan kesalahan dan menyebabkan kerosakan yang besar pada harta benda orang lain, ini tidak bermakna korang harus kelihangan wang ringgit untuk menanggungnya.

Dengan insuran kereta murah, korang mendapat pertolongan dengan tuntutan yang dibuat orang lain terhadap korang dalam kemalangan. Ini termasuklah pembelaan undang-undang jika korang memerlukannya.

Faktor Penentu Harga Insurans Kereta Murah

Apakah faktor penentu harga insurans kereta? Inilah penjelasannya.

1. Nilai Harga Pasaran Kereta

Selalunya, kenderaan yang mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi akan mempunyai nilai harga insurans yang lebih tinggi. Sebagai contoh, harga pasaran bagi kereta Mazda CX-5 adalah sebanyak RM132, 403 keatas berbanding dengan harga pasaran Perodua Myvi iaitu sebanyak RM 41,000 ke atas bergantung kepada varians dan specs kedua-dua kereta tersebut. 

Kat sini, kita boleh simpulkan bahawa semakin tinggi harga pasaran kereta, semakin tinggi harga insurans yang dikenakan.

2. Tahun Pembuatan Kereta

Selain itu, faktor penentu harga insurans kereta korang ialah tahun kenderaan korang dibuat. Secara ringkas, semakin berumur kenderaan korang, semakin murah harga insurans kereta.

Sebagai contoh insurance untuk kereta Perodua Axia SE 1.0 AT (2018) adalah sebanyak RM 1,222 manakala kereta yang sama dibuat pada tahun 2019 harga insuransnya adalah dalam RM 1,258. 

Ini bermaksud kalau kereta korang adalah kereta baru didaftarkan, harga insurans akan menjadi sedikit mahal.

3. No Claim Discount (NCD)

NCD adalah satu insentif kerajaan untuk pelanggan insurans kereta murah dan peratus NCD akan meningkat setiap tahun bermula daripada 0% sehingga 55%. No Claim Discount adalah pengurangan dalam kos insurans kereta sekiranya korang tidak membuat sebarang tuntutan (pemandu berhemah). Pada 12 bulan pertama, sekiranya korang tidak membuat tuntutan, korang akan menerima 25% diskaun, untuk tahun kedua pula, korang akan dapat diskaun sebanyak 30 peratus dan diskaun ini akan meningkat sehingga 55% kalau korang tidak membuat tuntutan sehingga tahun ke lima.

insurans kereta murah

Nak Dapat Insurans Kereta Murah?

Masa untuk renew insurans kereta dan roadtax telah tiba? Berita baik! Kini korang boleh nikmati diskaun sebanyak 12 peratus!

Macam mana? Korang klik je link ni 👍🏻

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60