Selain daripada kos membaiki kerosakan kereta, anda juga layak untuk claim Loss of Use daripada pihak insurans apabila berlaku kemalangan. Tuntutan Loss of Use (atau tuntutan pampasan kemalangan) boleh dibuat oleh pihak yang dilanggar terhadap syarikat insurans pihak yang melanggar.
6 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Loss of Use Claim Malaysia
Apabila anda terlibat kemalangan, proses untuk membaiki kereta biasanya mengambil masa yang sangat lama. Situasi sebegini semestinya akan menyusahkan anda, lebih-lebih lagi jika anda hanya memiliki sebuah kereta sahaja untuk kegunaan harian.
Disinilah peranan loss of use claim kepada anda. Tuntutan loss of use ini memainkan peranan sebagai perlindungan yang boleh kurangkan beban kewangan sepanjang kereta anda masuk bengkel untuk dibaiki.
1. Apa Itu Tuntutan Loss of Use?
Tuntutan Loss of Use turut dikenali sebagai Compensation for Actual Repair Time (CART). Secara asasnya, Loss of Use claim merujuk pada tuntutan yang dibuat kepada syarikat insurans bagi kos kenderaan gantian sepanjang kereta berada di bengkel untuk tujuan pembaikan.
Dalam erti kata lain, pampasan akan diberikan oleh pihak insurans kepada pemilik kenderaan sebagai bayaran ganti rugi yang perlu ditanggung disebabkan ketiadaan kereta.
2. Siapa Layak Claim Loss of Use Kereta?
Claim kereta masuk bengkel hanya boleh dilakukan jika anda terbukti tidak bersalah dalam sesuatu kemalangan. Dengan kata lain, anda hanya boleh claim insurance loss of use ini jika kemalangan terbukti berlaku disebabkan oleh pihak ketiga.
3. Berapa Kadar Pampasan yang Diberikan?
Anda boleh lakukan claim Loss of Use untuk jumlah hari yang ditafsirkan oleh adjuster. Kadar pampasan adalah mengikut kadar standard yang ditetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) seperti berikut:
Kategori Kenderaan | Jenis/CC Kenderaan | CART/Sehari |
Kenderaan Persendirian | Sehingga 1,500 cc | RM30 |
Melebihi 1,500 cc – 2,000 cc | RM40 | |
Melebihi 2,000 cc | RM50 | |
Kenderaan Komersial | Sehingga 1 tan | RM40 |
Melebihi 1 tan – 2 tan | RM60 | |
Melebihi 2 tan | RM90 | |
Lori treler | RM120 | |
Bas (Persendirian) | RM90 | |
Bas Lain (Ekspress) | RM180 | |
Teksi | RM40 | |
Motosikal | Sehingga 250 cc | RM10 |
Melebihi 250 cc | RM15 |
Selain tuntutan mengikut hari, anda juga boleh pilih untuk buat claim of use berdasarkan kos yang dikeluarkan untuk belanja kereta sewa (jenis dan cc kereta yang sama) sepanjang ketiadaan kereta anda. Jika anda nak buat tuntutan loss of use ini, anda disarankan untuk menyimpan segala bukti pembayaran seperti resit tambang teksi atau sewa kereta.
Ada juga sesetengah bengkel yang menyediakan kereta gantian untuk anda gunakan. Semak dengan bengkel panel anda untuk info lanjut.
4. Bagaimana Cara Kira Pampasan Loss of Use Dilakukan?
Amaun pampasan yang perlu dibayar oleh syarikat insurans dikira mengikut bilangan hari yang diperlukan untuk baiki kerosakan kereta. Ia berdasarkan tempoh pembaikan yang dianggarkan atau dinilaikan oleh adjuster, dan bukan berdasarkan bilangan hari kereta masuk bengkel.
Sebagai contoh,10 hari diperlukan untuk baiki kerosakan kereta anda setlah ditolak cuti umum, cuti Sabtu dan Ahad serta tempoh menunggu alat ganti kereta. Anda darabkan dengan CC kereta anda. Andaikan CC kereta anda 2,500 CC, bersamaan RM50 sehari mengikut loss of use claim rate Malaysia. Jadi:
Loss of Use (Claim kereta di bengkel) = Kadar Mengikut Resit Tambang Teksi/Perjanjian Sewa Kereta X Tempoh Baiki Kereta Kemalangan
RM50 X 10 Hari = RM500 bayaran pampasan kereta masuk bengkel
5. Bagaimana Cara Claim Loss of Use Apabila Berlaku Kemalangan?
Macam mana nak claim Loss of Use? Untuk buat tuntutan ini, anda boleh ikut cara tuntutan Loss of Use seperti berikut:
- Setelah kereta anda siap dibaiki oleh bengkel kereta claim insuran, maklumkan kepada pihak bengkel yang anda ingin buat claim Loss of Use;
- Pihak bengkel akan berikan laporan lengkap beserta salinan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda;
- Hantar dokumen dan laporan tuntutan tersebut kepada syarikat insurans pihak ketiga untuk diproses;
- Pastikan anda dapatkan maklumat pegawai in-charge dan lakukan follow-up dari semasa ke semasa untuk mengetahui status proses.
6. Berapa Lama Proses Claim Insurans Kereta Ini Diambil?
Kebiasaannya, proses claim Loss of Use memakan masa lima hari hingga dua minggu hari bekerja untuk memproses tuntutan insurans kemalangan sebelum bayaran dibuat kepada anda.
Renew Insurans Kereta di Qoala untuk Proses Pembaharuan Mudah dan Selamat
Penting untuk anda ketahui hak anda sebagai pemegang polisi – fahami polisi untuk memaksimumkan perlindungan anda dan mengelakkan anda daripada mengalami kerugian. Sekiranya anda ingin dapatkan polisi perlindungan insuran kereta terbaik, layari laman web Qoala untuk info lanjut.
Qoala merupakan platform insurans yang membolehkan anda lakukan perbandingan dan pilih insurans kereta murah daripada beberapa syarikat insurans terbaik. Proses renew insurans kereta boleh dilakukan dengan lebih cepat dan selamat dengan hanya beberapa langkah mudah!
Salam, sy inginkan pendapat, bagaimana caranya jika saya sudah reject claim loss of use tetapi still pihak insurance tidak mahu menaikkan jumlah hari. Saya ada minta guidline dari pihak insurance untuk total berapa hari tempoh di ambil untuk sesuatu kerosakkan dibaiki tetapi still tak ada jawapan.
berapa lama (jangka masa) kita boleh buat tuntutan selepas tarikh pelanggaran. Mohon penjelasan TUAN..
kami accident akibat dilanggar. dan skrg kmi cuba untuk claim lose of use. tetapi hanya dibagi 20hari. sedangkn kmi menunggu kereta selama 8 bulan. ini kerana apabila kmi bertny dengan bengkel bengkel hanya memberi alasan menunggu barang. adakah masuk akal untuk bengkel menunggu barang sehingga 8bulan??? disini saya ingin bertny. ada tak cara untuk buat rayuan?? sbb selama kereta dibengkel, kmi tiada kemudahan untuk menjalankn peniagaan kmi. boleh beri cara untuk buat surat tuntutan rayuan?