Cara Claim Insurans Motor Kemalangan Anda Perlu Tahu

Kali terakhir diperbaharui Aug 24, 2023 oleh Shafiq Wahab
Cara Claim Insurans Motor Kemalangan Anda Perlu Tahu

Kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan boleh menimpa sesiapa sahaja yang menggunakan jalan raya. Oleh sebab itu, penting untuk anda memiliki insurance motor dan mengetahui cara claim insurans motor untuk mengurangkan risiko kerugian yang dialami. Secara asasnya, memiliki insuran motor boleh membantu meringankan beban kewangan sekiranya berlaku sebarang situasi yang tidak diingini. Ikuti panduan cara claim insurans motor akibat kemalangan atau disebabkan motor kena curi, dan perkara-perkara yang perlu dilakukan jika anda terlibat dalam situasi sebegini.

Cara Claim Insurans Motor Kemalangan, Cara Claim Insurans Motor Kena Curi

Secara asasnya, menunggang motosikal mempunyai risiko yang tersendiri. Oleh sebab itu, banyak langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk membantu anda bersedia sekiranya anda berdepan situasi kemalangan atau kecurian. Sekiranya motor anda rosak akibat kemalangan atau hilang akibat dicuri, panduan proses claim insuran motor ini diharap dapat membantu anda.

Claim Insurans Motor: Cara Buat Tuntutan Insurance Motor Kemalangan

Secara asasnya, cara claim insurance motor kemalangan tidak banyak beza dengan cara claim insurans kereta kemalangan. Berikut merupakan cara buat tuntutan insuran kemalangan motosikal yang boleh anda lakukan:

1. Catat Maklumat Pihak Terlibat

Selepas terlibat kemalangan, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mendapatkan maklumat asas pihak yang sama-sama terlibat dalam kemalangan itu. Maklumat asas seperti nama pemandu, kad pengenalan, jenis atau jenama kenderaan, alamat dan nombor telefon pihak terlibat adalah sangat penting untuk memudahkan urusan laporan. Catatkan juga lokasi dan masa kemalangan untuk memudahkan rujukan semasa membuat laporan polis.

2. Ambil Gambar, Bukti Kejadian

Kemudian, ambil gambar keadaan semasa kemalangan termasuk kerosakan pada motosikal anda dan kenderaan yang melanggar anda termasuk butiran penting seperti nombor plat kenderaan dan road tax (cukai jalan). Jika ada, ambil maklumat saksi kejadian seperti nama, alamat dan nombor telefon. Saksi-saksi ini boleh membantu memberi keterangan sekiranya diperlukan.

3. Minta Maklumat Syarikat Insurans Pihak Terlibat

Dapatkan maklumat penting daripada pihak yang terlibat sama dalam kemalangan seperti syarikat insurans yang digunakan, nombor polisi atau sijil insurans serta maklumat-maklumat lain yang berkenaan.

4. Segera Dapatkan Rawatan

Sekiranya kemalangan menyebabkan kecederaan tidak kiralah kecederaan tersebut serius atau tidak, segera dapatkan rawatan di hospital. Minta juga laporan perubatan bagi memudahkan anda membuat tuntutan perubatan atau tuntutan-tuntutan lain jika perlu.

5. Buat Laporan Polis

Setelah itu, anda perlu membuat laporan polis dengan segera. Laporan polis membabitkan kemalangan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Sekiranya report polis dibuat lambat, anda mungkin boleh dikenakan denda dan ada kemungkinan tuntutan insurans kemalangan ditolak.

6. Maklumkan kepada Syarikat Insurans

Apabila berlaku kemalangan, anda perlu segera melaporkannya kepada syarikat insurans. Biasanya, tuntutan insurans kemalangan perlu dilakukan sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan. Tuntutan insurans kemalangan biasanya memerlukan dokumen sokongan seperti berikut:

        • Salinan kad pengenalan;
        • Cover note insurans;
        • Salinan lesen memandu;
        • Salinan asal laporan polis;
        • Salinan geran kereta;
        • Gambar kemalangan dan lakaran rajah dari pihak polis.

7. Selesai

Tunggu sehingga proses tuntutan insuran kemalangan ini selesai. Berapa lama claim insuran motor? Biasanya, tempoh claim insuran kemalangan yang diambil untuk tuntutan diproses bergantung pada keadaan dan situasi semasa. Lakukan follow-up dengan syarikat insurans anda untuk mengetahui status tuntutan semasa anda.

Cara Buat Tuntutan Insurans Motosikal Hilang

Selain daripada terlibat dalam kemalangan jalan raya, terdapat kemungkinan motor anda hilang akibat dicuri. Selain claim insurans motor kemalangan, anda juga boleh claim insurans apabila motor hilang. Namun begitu, ramai yang tidak tahu prosedur atau cara untuk claim insuran apabila motor hilang. Berikut panduan cara claim insurance motosikal hilang:

1. Buat Laporan Polis

Sekiranya motosikal hilang akibat dicuri, anda perlu segera membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kejadian kecurian berlaku. Anda juga perlu bawa bersama salinan geran motosikal dan polisi insurans motor. Setelah selesai, anda akan menerima salinan laporan polis. Simpan laporan tersebut kerana dokumen ini diperlukan semasa anda membuat tuntutan dengan pihak insurans.

2. Laporkan kepada Pihak Insurans

Sekiranya insuran motor expired, laporan polis dibuat terlalu lewat atau anda hanya memiliki insurans motor third party, ia mungkin menyukarkan anda untuk membuat claim insurans motor. Namun begitu, sekiranya anda memiliki insurans motor first party, anda boleh ikuti langkah untuk membuat tuntutan seperti berikut:

        • Dapatkan borang tuntutan daripada syarikat insurans. Kemudian, lengkapkan maklumat yang diperlukan. Borang ini hanya boleh diisi oleh pemilik kenderaan dan pelapor;
        • Hantar borang yang telah lengkap diisi. Biasanya, pihak adjuster akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan kejadian ini;
        • Tunggu sehingga proses tuntutan selesai. Proses tuntutan biasanya mengambil masa yang lama sehingga empat hingga enam bulan bergantung pada keadaan.

3. Tunggu Sehingga Proses Selesai

Pihak insurans akan sediakan surat tawaran (jika tuntutan insuran kemalangan berjaya) atau surat pemberitahuan (jika tuntutan tidak berjaya). Sekiranya tuntutan berjaya, pihak insurans akan membayar kos ganti rugi dan anda berkemungkinan akan diberi pilihan sama ada untuk terima duit atau mendapatkan motor lain sebagai ganti. Jika anda terima mana-mana tawaran yang dinyatakan, anda akan diminta untuk lengkapkan dokumen-dokumen yang diminta seperti berikut:

        • Surat persetujuan tawaran (dilampirkan bersama surat tawaran);
        • Borang JPJ TM-AB (salinan kad pengenalan yang dicop sumpah dan disahkan oleh pegawai JPJ);
        • Borang JPJ K3 (2 keping);
        • Borang JPJ K8 (1 keping);
        • Surat pelepasan oleh syarikat sewa beli jika baki pinjaman bank sudah diselesaikan;
        • Kunci motor (surat pemberitahuan jika kunci hilang);
        • Kad Pendaftaran Kenderaan Asal (Geran).

Namun begitu, sekiranya pinjaman untuk ansuran motosikal masih belum habis bayar, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini dengan pihak bank atau institusi kewangan yang memberi pinjaman untuk mengelakkan sebarang permasalahan lain yang mungkin timbul.

cara claim insurans motor

Selain kecurian, anda mungkin tertanya-tanya apa perlindungan lain yang termasuk dalam insurans motosikal? Biasanya, insurans motosikal tidak akan melindungi sebarang kerosakan atau kehilangan berkaitan aksesori motor yang anda miliki. Ini bermaksud, sekiranya aksesori motor anda dicuri, anda mungkin tidak dapat membuat apa-apa tuntutan. Malah, kerosakan motor akibat bencana alam, mogok, rusuhan atau kekecohan awam juga tidak termasuk dalam perlindungan melainkan anda add-on perlindungan tambahan ini yang semestinya akan memberi kesan pada harga insurans motor anda.

Namun kebiasaannya, ia bergantung pada jenis perlindungan yang dipilih. Biasanya, perlindungan insurans motor merangkumi aspek-aspek perlindungan seperti berikut:

  • Sebarang kecederaan fizikal atau kematian kepada pihak ketiga disebabkan oleh kemalangan;
  • Sebarang kerosakan terhadap motor pihak ketiga disebabkan oleh kemalangan;
  • Sebarang kerosakan pada motosikal anda sekiranya berlaku kebakaran, letupan atau kilat;
  • Sebarang kerosakan pada motosikal anda sekiranya berlaku pecah masuk, kecurian atau rompakan;
  • Sebarang kerosakan pada motosikal anda sekiranya berlaku kemalangan.

Faktor Claim Insurans Motor Ditolak oleh Syarikat Insurans

Secara asasnya, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan claim insurans motor anda ditolak oleh syarikat insurans. Ia biasanya berpunca daripada salah satu sebab seperti berikut:

Insurans Ditolak Sebab Insurans Pihak Ketiga

Sekiranya motor anda dilindungi oleh perlindungan insurans motor third party, tuntutan anda tidak akan dilayan jika motor anda hilang atau dicuri. Namun begitu, anda boleh membuat tuntutan ini sekiranya anda memiliki insurans motor first party.

Tidak Boleh Claim Jika Tiada Lesen Memandu

Secara asasnya, lesen memandu merupakan antara salah satu faktor penting yang ditetapkan oleh pihak syarikat insurans dalam meneruskan atau menolak proses tuntutan anda. Jika anda tiada lesen memandu, besar kemungkinan anda tidak boleh membuat tuntutan insurans jika berlaku kes kecurian motosikal meskipun anda memiliki insurans yang sah.

Semoga perkongsian ini boleh membantu anda membuat claim insurans motor sekiranya anda berdepan situasi sebegini. Sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan insurans motor terbaik dan komprehensif untuk anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform renew insurans motor online di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans motor yang selamat, berpatutan dan mudah.

Kongsi:
About Writer
Ramen Hasniran
Berpengalaman dalam Pemasaran Media Sosial, kini meluaskan kepakaran ke arah kandungan SEO dan penjenamaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60