Kenapa Kereta Myvi Popular Sangat Dekat Malaysia?

Kali terakhir diperbaharui Jul 27, 2023 oleh Shafiq Wahab
Kenapa Kereta Myvi Popular Sangat Dekat Malaysia?

Banyak betul kereta Myvi dekat Malaysia ni. Jalan sana nampak Myvi, jalan sini nampak Myvi, yang viral dekat media sosial pun selalunya Myvi. Walaupun dah lebih 10 tahun sejak Myvi ni diperkenalkan, ia masih menjadi pilihan ramai orang, tak kiralah model generasi pertama atau yang seterusnya. Tapi persoalannya, kenapa? Kenapa kereta Myvi keluaran Perodua ni popular sangat? 

Sampai ada yang label kereta Myvi ni sebagai ‘King Of The Road’. Bukan tu je, sesiapa yang bawak Myvi, diaorang ada personaliti diaorang sendiri. 

Fakta Pelik Mengenai Kereta Myvi, King Of The Road

Ada pelbagai cerita yang kita dengar bila sebut pasal Myvi ni. Ada yang boleh terbang, ada yang boleh lawan kereta-kereta sport car yang lain dan macam-macam lagi lah. Kalau korang nak tahu lebih, tengok dekat bawah ni:

Boleh Turun Tangga

Haa jangan main-main. Kereta Myvi ni bukan ada power dari segi kelajuan je. Turun tangga pun Myvi mampu! 

Kejadian ni terjadi sekitar tahun 2007. Masalahnya, pada tahun ni bukan satu kes je, ada beberapa Myvi yang ada kes yang sama, mampu turun tangga. Sampai ramai yang menganggap macam ada musim lah bila Myvi ni buat hal. 

Seludup Lebih 1,000kg Ayam

Sampai 1000kg ayam pun boleh disumbat dalam kereta Myvi
Foto Kredit: motoqar.com

Bayangkanlah macam mana diaorang sumbat lebih 1,000 kg ayam dalam Myvi. Memang power. So cerita dia macam ni, ada satu kes ni, satu kereta Myvi warna putih kena tahan pihak berkuasa sebab cuba seludup lebih 1,000 kg ayam sejuk beku.

Dalam lebih kurang pukul 5 pagi macam tu, ada seorang pihak peronda ternampak ada beberapa orang lelaki ni macam fishy. Lelaki-lelaki tu tengah sibuk memunggah kotak dari satu perahu yang seberang Sungai Golok ke dalam dua biji Myvi. 

Agak-agaknya lah kan, kenapa lelaki-lelaki ni pilih kereta Myvi? Adakah sebab Myvi ni macam kecik so orang tak perasan? Mungkin diaorang lupa yang Myvi ni king of the road yang semua orang perasan. 

Nak Pindah Sofa? Guna Myvi Je! 

Kalau korang rasa macam mahal sangat nak sewa lori untuk pindahkan sofa, korang guna je Myvi serba boleh ni. Memang Myvi punya kapasiti bonet 277 liter je, tapi boleh cecah sampai 832 liter kalau seat belakang dibaringkan.

So kalau setakat sofa tu memang tak ada masalah. Motor pun boleh masuk! 

Lebih Hebat daripada Ford Mustang

Bukan calang-calang kereta Myvi ni sampai lagi hebat daripada lamborghini. Kalau korang ingat, ada satu kejadian ni dimana ada beberapa kereta sport,  Toyota Supra, Nissan GTR dan Ford Mustang tengah konvoi dekat highway.

Mercedes pun kalah dengan kereta Myvi
Foto Kredit: himpunanceritalawak.com

Kereta-kereta sport ni pun satu, tak tahu ke Myvi ni terpaling king of the road? Of course lah dia akan tumpang clout dengan potong semua kereta sport tu pakai lauan paling kiri. Jangan main-main dengan Myvi! 

Boleh Upgrade Jadi Kereta Racing 

Kalau korang tak ada budget nak beli kereta racing, korang upgrade je kereta Myvi korang. Kebanyakan yang bawa Myvi ni suka sukan permotoran. Kalau nampak kereta Myvi lain macam sikit tu, maknanya dia dah upgrade lah tu. Nak upgrade pun sebenarnya makan ribu riban juga. Kira power lah kan?!

Kambing 5 Ekor Pun Muat dalam Kereta Myvi

Tadi sofa, yang ini kambing pulak! Bukan sekor, bukan dua ekor tapi lima ekor sekali boleh sumbat dalam kereta Myvi. Kejadian ni jadi pada tahun 2016, tujuh orang lelaki kena tangkap lepas mencuri lima ekor kambing dekat Batu Gajah, Perak. 

Korang bayangkan lah macam mana lima ekor kambing tu boleh masuk dalam Myvi. 

Boleh Drive-Thru Balai Polis

Punyalah hebat Myvi ni sampai balai polis pun depa boleh drive-thru. Tak pasti lah Myvi tu nak gegar atau buat laporan secara drive-thru dekat balai polis tu. 

Sebab-sebab Kereta Myvi Jadi Pilihan Ramai

Okay tadi kita dah cerita fakta pelik, sekarang kita cerita sikitlah fakta yang real yang membuatkan kereta Myvi ni menjadi pilihan ramai. 

Kualiti Tip Top

Yang ni tak boleh tipu. Kereta Myvi punya kualiti memang tip top *chef kiss* Ramai pemandu Myvi memang mengaku, kereta Myvi ni ada kualiti yang baik. Sesuai dengan harga. 

Kereta Myvi Mampu Milik

Kalau korang nak tahu, pengeluar Myvi iaitu Perodua memang sengaja meletakkan harga pada Rm41,000 hingga RM51,000. Tujuan dia satu je. Supaya golongan sederhana mampu nak beli. Sebab tulah hampir 10 juta biji Myvi dah terjual. Memang satu kereta yang sangat ideal untuk golongan sederhana. 

Tak Makan Banyak Minyak

Lagi satu,  Myvi ni tak makan banyak minyak. Jadi, takpayah lah kita keluar banyak duit sangatkan untuk duit minyak tetiap bulan? Jimat sikit! Bila dapat jimat duit dekat part minyak, boleh lah upgrade jadi kereta racing! (ok gurau je)

Banyak lagi stereotaip-stereotaip yang melanda pemilik kereta King Of The Road ni. Kadang-kadang yang memandu dengan baik pun terpalit sekali. Sebenarnya, kereta tak bersalah pun dalam hal ni, sikap pemandu yang main peranan.

Jadi, korang jangan malukan Myvi-Myvi yang lain. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Memandu lah dengan penuh berhemah ye!

Okay sampai situ jela Qoala dapat kongsikan pasal Myvi. Nak cerita lelebih takut korang termuntah pula nanti! Lagi satu, kalau korang nak renew insurans kereta Myvi korang, korang renew je dekat SINI. Korang boleh dapat harga yang murah, cuba lah try!

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60