Memiliki kereta tak semestinya kereta mewah. Kereta murah bawah RM3,000 pun sudah memadai. Wajib untuk kita ambil tahu serba sedikit tentang panduan yang lengkap dalam memilih kereta murah yang sesuai dengan bajet kita. Bila kita gagal memilih, kita akan membelanjakan wang melebihi daripada bajet. Jangan risau, hari ni Qoala akan kongsikan berkenaan kereta murah bawah RM3,000.
Muda-muda Dah Bankrap
Tahukah anda, antara sebab utama golongan belia diisytihar bankrap adalah disebabkan oleh pembiayaan kereta mereka sendiri? Sebenarnya, satu panduan utama dalam membeli kereta adalah dengan mengikut pendapatan tahunan. Misal kata gaji bulanan anda adalah RM2,500, anda dinasihatkan untuk mencari kereta yang berharga RM30,000 dan ke bawah untuk dikira sebagai kereta murah atau kereta mampu milik.
Walau bagaimanapun, harga ini tertakluk kepada keadaan kewangan individu tersebut. Ada individu yang tidak mempunyai komitmen yang banyak, jadi dengan itu mereka boleh berbelanja lebih dalam membeli kereta. Dan kereta pertama tak semestinya kereta baru. Ramai juga memilih untuk membeli kereta terpakai kerana harganya jauh lebih murah.
Loan Kereta: Cara Kira Kelayakan Pinjaman Kereta
Seperti yang Qoala sebutkan tadi, harga kereta yang paling sesuai untuk dibeli adalah berdasarkan jumlah pendapatan kita dalam setahun. Ini bermakna sekiranya gaji anda adalah RM3,000, pendapatan tahunan anda adalah RM36,000. Melalui perkiraan ini, harga kereta yang sesuai untuk anda beli adalah dalam lingkungan tersebut.
Namun, adakah ia sesenang itu? Tidak sebenarnya.
Ia belum mengambil kira gaji bersih selepas permotongan KWSP, SOCSO dan komitmen-komitmen bulanan yang lain. Perkara-perkara ini sangat penting untuk mendapatkan anggaran harga kereta yang lebih tepat dan juga relevan dengan jumlah pendapatan yang anda miliki.
Sebagai contoh, orang yang mempunyai keluarga dan bergaji RM3,000 memiliki komitmen yang berbeza dan lebih tinggi berbanding dengan orang bujang seperti fresh graduate misalnya. Jadi, pengiraan harga kereta murah yang perlu dibeli adalah berbeza.
Ini cara pengiraan yang sebenar.
Tolak potongan wajib seperti KWSP, PERKESO, PSB dan lain-lain. Setelah itu, kira komitmen atau perbelanjaan bulanan seperti pinjaman kad kredit, pinjaman pendidikan dan lain-lain sekiranya ada.
Misal kata baki yang tinggal adalah RM1,000, bayaran bulan untuk kereta baru yang paling sesuai dengan pendapatan anda adalah separuh daripada baki tersebut. Dalam situasi ini, bayaran ansuran terbaik kereta murah adalah dalam lingkungan RM500 sebulan.
Pasti ada soalan timbul mengenai kenapa separuh baki sahaja, bukan keseluruhan baki gaji yang tinggal?
Untuk pengetahuan anda, terutamanya lepasan universiti, dalam pemilikan kereta, bukan sahaja anda perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk bayaran ansuran bulanan sahaja, tetapi juga kos-kos lain seperti penyelenggaraan kereta, tol, minyak dan lain-lain.
Cara Kira Faedah Pinjaman Kereta dan Ansuran Kereta
Langkah pertama yang perlu dibuat adalah, tentukan nilai-nilai jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan kadar faedah pinjaman kereta anda, seperti berikut:
- Jumlah Pinjaman = A
- Jumlah Tempoh Pinjaman = B (tahun)
- Kadar Faedah = C
Setelah itu, guna formula-formula berikut untuk menentukan jumlah faedah, faedah bulanan dan ansuran bulanan pinjaman kereta anda:
- Jumlah Faedah Anda = C/100 x A x B = X
- Faedah Bulanan Anda = X / (B x 12)
- Ansuran Bulanan Anda = (A + X) / (B x 12)
Sebagai contoh:
Katakan anda mempunyai jumlah pinjaman kereta RM50,000 pada kadar faedah rata 2.5% untuk dibayar dalam lima tahun.
- Jumlah Pinjaman = 50,000
- Jumlah Tempoh Pinjaman = 5
- Kadar Faedah = 2.5
- Jumlah Pinjaman Anda = 2.5/100 x 50,000 x 5 = RM6,250
- Faedah Bulanan Anda = 6,250 / (5 x 12) = RM104.17
- Ansuran Bulanan Anda = (50,000 + 6,250) / (5 x 12) = RM937.50
Ambil perhatian bahawa pengiraan di atas adalah berdasarkan kadar faedah sama rata untuk jumlah pinjaman penuh dalam tempoh keseluruhan pinjaman. Di Malaysia, kebanyakan pinjaman kereta konvensional menggunakan kaedah pengiraan ini.
Senarai Kereta Murah Bawah RM3,000
Masih tercari-cari kereta murah bawah RM3,000? Ini dia senarai 3 model kereta baru yang boleh dimiliki dengan gaji di bawah RM3,000 atau sekiranya anda memiliki komitmen yang tinggi.
Ambil maklum bahawa harga yang disenaraikan adalah harga atas jalan dan tidak termasuk insuran.
1 Perodua Axia – Harga Dari RM23, 367
Perodua Axia adalah kereta baru dan kereta murah yang paling mampu milik yang boleh dibeli di Malaysia. Bermula daripada RM23,367 untuk varian E sehinggalah RM41,427 untuk varian tertinggi Axia iaitu AV.
Warna yang ditawarkan adalah Sunrise Orange, Lava Red, Midnight Blue, Glittering Silver dan Ivory White.
Antara kelebihan kereta Axia ini adalah ianya sangat mudah untuk dikendalikan kerana saiznya yang kecil. Dengan saiz yang kecil, ianya amat ideal untuk lepasan universiti yang baru bekerja atau individu-individu yang baru memperoleh lesen kereta. Bukan itu sahaja, Axia juga terkenal sebagai antara model kereta yang paling jimat dengan anggaran penggunaan minyak sekitar 4.6 liter/100km. Model kereta paling jimat minyak!
Rujuk jadual di bawah untuk ketahui info spesifikasi terperinci berkenaan Perodua Axia:
Varian | E | G | GXTRA |
Harga | RM23, 367 | RM32, 495 | RM33, 940 |
Bayaran Bulanan | RM247/bulanan (9 Tahun) | RM344/bulanan (9 Tahun) | RM359/bulanan (9 Tahun) |
Mekanikal |
|
|
|
Luaran |
|
|
|
Dalaman |
|
|
|
Sekuriti |
|
|
Varian | SE | AV | STYLE |
Harga | RM37, 515 | RM41,427 | RM37, 515 |
Bayaran Bulanan | RM397/bulanan (9 Tahun) | RM438/bulanan (9 Tahun) | RM397/bulanan (9 Tahun) |
Luaran |
|
|
|
Dalaman |
|
|
|
Sekuriti |
|
|
Varian yang Mana Baik untuk Kereta Murah Bawah RM3,000?
Varian kereta Perodua Axia yang terbaik bergantung kepada keperluan masing-masing. Namun, jika anda mementingkan keselamatan, varian AV adalah yang terbaik kerana ciri keselamatannya yang lebih lengkap berbanding yang lain. Varian ini dilengkapi dengan teknologi Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 ataupun Bantuan Keselamatan Termaju yang terdiri daripada empat fungsi asas iaitu amaran pra-pelanggaran (pre-collision warning), brek pra-pelanggaran (pre-collision braking), amaran kenderaan hadapan bergerak ke depan (front departure alert) dan kawalan tersalah tekan pedal (pedal misoperation control).
Varian ini juga merupakan satu-satunya varian yang lengkap dengan kamera undur, satu kemudahan yang sangat memudahkan pemandu terutama sekali ketika parking. Bukan itu sahaja, varian AV turut menawarkan ciri keselesaan yang lebih berbanding yang lain seperti butang kawalan audio pada stereng kereta. Jika anda suka mendengar radio, butang-butang di stereng ini amat membantu. Tapi kalau tak suka, tak perlu pun tak apa.
Namun, jika anda mempunyai bajet yang ketat, varian E juga sudah memadai. Asalkan dapat membawa anda ke satu tempat ke satu tempat lain dengan selamat. Untuk info tambahan boleh klik pada pautan ini Laman web rasmi Axia.
2 Perodua Bezza – Dari RM33,456
Harga Perodua Bezza bermula daripada RM33,456 untuk varian G manual sehinggalah RM48,356 untuk varian tertinggi Bezza iaitu AV. Kereta Perodua Bezza ini juga tidak kurang hebatnya kelibatnya di jalan raya. Ramai generasi muda yang baru mula bekerja memilih Perodua Bezza sebagai kereta pertama mereka. Tapi kenapa? Adakah sebab ia kereta murah sahaja? Ini adalah kelebihan dan juga kekurangan kereta Perodua Bezza.
Kelebihan:
- Penggunaan minyak yang cekap
- Lampu hadapan LED bagi semua varian
- Sedan paling murah yang menawarkan AEB
Kekurangan:
- Kolum stereng tak boleh dilaras
- Pemanduan dan pengendalian kurang baik
- Sistem infotainmen tidak berkualiti tinggi
Rujuk rajah di bawah untuk info mengenai spesifikasi lebih lanjut:
Varian | 1.0L | |
G Manual | G Auto | |
Harga | RM33, 456 | RM35,391 |
Bayaran | RM354/bulanan (9 tahun) | RM375/bulanan (9 tahun) |
Mekanikal |
|
|
Luaran |
|
|
Dalaman | Bluetooth | |
Sekuriti |
|
Varian | 1.3L | |
X | AV | |
Harga | RM42, 551 | RM48, 356 |
Bayaran | RM450/bulanan | RM512/bulanan |
Mekanikal |
|
|
Luaran |
|
|
Dalaman |
|
|
Sekuriti |
|
|
Varian yang Mana Baik untuk Kereta Murah Bawah RM3,000?
Jika dilihat, Perodua menawarkan Bezza dalam dua jenis enjin yang berbeza iaitu 1.0L dan 1.3L. Umum sudah ketahui, enjin memainkan peranan yang sangat besar dalam pemanduan secara keseluruhan. Bagi enjin 1.3L, ia mempunyai output kuasa sebanyak 94 hp yang lebih tinggi berbanding enjin berkuasa 1.0L. Kuasa ini juga mampu memberikan keselesaan kepada pemandu walaupun kereta penuh dengan penumpang. Bukan itu sahaja, model 1.3L juga mempunyai kadar penggunaan bahan api yang efisien iaitu 4.5L/100km.
Namun, yang menjadi faktor pemilihan bukan hanya enjin. Aspek keselamatan juga perlu dititikberatkan. Jika dilihat daripada jadual di atas, varian AV dilihat lengkap dengan ASA 2.0 sebagai tambahan kepada pelbagai ciri keselamatan yang terdapat pada varian yang lebih rendah.
3 Proton Saga – Dari RM33, 954
Kereta Proton Saga bermula daripada RM33, 954.59 untuk varian paling rendah sehingga RM41, 147.52 untuk varian yang tertinggi.
Kereta Saga ini juga selalu menjadi pilihan ramai kerana ia sebuah kereta murah dan juga selesa untuk dipandu.
Antara ciri penting ke semua varian Proton Saga ini adalah tempat duduknya yang cukup selesa walaupun bagi perjalanan jauh. Bagi pemandu pula, stereng boleh dilaraskan mengikut keselesaan. Apa yang menarik lagi, kesemua varian kereta ni lengkap dengan Bluetooth, daripada varian manual sampailah ke premium.
Rujuk rajah di bawah untuk info mengenai spesifikasi lebih lanjut:
Varian | Standard MT | Standard AT | Premium AT |
Harga | RM33, 954.59 | RM37, 037.27 | RM41, 147.51 |
Bayaran | RM356.66/bulanan (9 tahun) | RM391.58/bulanan (9 tahun) | RM435.09/bulanan (9 tahun) |
|
|
||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Varian yang Mana Baik untuk Kereta Murah Bawah RM3,000?
Jika dilihat secara teliti, beza harga tak begitu jauh untuk keselesaan tambahan yang agak signifikan jika dibandingan antara varian auto biasa (Standard AT) dengan auto luar biasa (Premium AT). Dengan jarak harga hanyalah lebih kurang RM4k, pembeli boleh mendapatkan teknologi keselamatan dan juga keselesaan yang lebih baik.
Dari aspek keselamatan, Proton Saga Premium AT lengkap dengan Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC). Sistem ini amat penting untuk menyelamatkan kereta daripada terbabas. Memang berbaloi sekiranya anda ingin mendapatkan kereta Proton Saga ini sebagai kereta murah yang pertama. Warna yang ditawarkan adalah Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon dan Ruby Red.
Kesimpulan
Jadi, Perodua Axia, Perodua Bezza atau Proton Saga? Keputusan ini bergantung kepada anda. Tapi harus diingat, bukan setakat harga bulanan kereta yang patut dititikberatkan, tapi harga penyelenggaraan kereta juga penting. Ini kerana kereta perlu diselenggara dengan kerap untuk mendapatkan pemanduan yang optimum. Tapi, dengan kereta baru, anda boleh mendapatkan waranti penyelenggaraan yang ditawarkan oleh pengedar. Selalunya dalam tiga hingga ke lima tahun. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mendapatkan khidmat daripada mekanik luar, waranti penyelenggaraan akan secara automatiknya akan terbatal. Caj penyelanggaran atau pembaikan di luar mungkin lebih mahal atau lebih murah bergantung kepada mekanik yang dihantar.
Jadikan artikel kereta murah daripada Qoala ini sebagai panduan anda mencari kereta murah bagi gaji yang bawah RM3,000. Semoga bermanfaat! Nak renew insurans kereta dan juga roadtax kereta? Renew je dengan Qoala. Dapatkan insurans kereta terbaik dengan platform Qoala. Mudah dan pantas!