Hari Lebaran kian menjelang tiba. Setelah dua tahun tidak menyambut raya bersama sanak saudara, rakyat Malaysia kini boleh menyambut perayaan dengan meriah seperti dulu kala. Sebut saja pasal raya, pasti insan yang paling gembira adalah kanak-kanak. Mana tidaknya, hari raya umpama bonus tahunan kerana banyak duit raya yang diterima apabila menziarahi sanak saudara.
Selain dari itu, kelebihan memberi duit raya di hari raya turut mampu memberi kegembiraan hati kepada si penerima duit raya malah makin bertambah eratlah hubungan silaturahim di antara sesama umat Islam.
Dengan memberi, ia mampu melapangkan jiwa. Bahkan dalam agama Islam ada menyebut, semakin banyak seseorang itu memberi, semakin luas pintu rezeki untuknya.
5 Cara Digital Beri Duit Raya
Zaman sekarang cara pemberian pun dah moden dan cashless. Kini anda tidak perlu lagi tertanya-tanya bila perlu tukar duit raya atau nak ketahui cara tukar duit raya di Maybank misalnya. Selain tunai, ada banyak lagi cara untuk anda berikan duit raya. Kali ini, Qoala akan kongsikan cara alternatif lain yang boleh anda pertimbangkan untuk bagi duit raya.
Touch ‘n Go e-Wallet
Touch ‘n Go e-Wallet ni pun bukan benda asing lagi. Fungsinya lebih kurang sama dengan penggunaan dompet, . Ccumanya ia digunakan secara digital. e-Wallet ni sangat sesuai dengan zaman serba moden seperti sekarang kerana ia amat mudah dan cepat digunakan. Seperti kad kredit atau debit, kebanyakan e-wallet dihubungkan terus dengan akaun bank individu dan dilindungi dengan kata laluan serta pengenalpastian.
Cara Hantar Duit Raya Menggunakan Touch ‘n Go e-Wallet
- Pastikan penerima juga mempunyai Touch ‘n Go e-Wallet (iOS, Android)
- Pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam e-Dompet anda. Klik “Reload” jika anda tidak mempunyai kredit yang mencukupi
- Klik “Pemindahan” pada halaman utama aplikasi
- Taipkan nombor telefon penerima
- Anda boleh menyenaraikan kenalan atau ahli keluarga anda dalam aplikasi supaya anda tidak perlu menaip nombor mudah alih mereka secara manual untuk hantar duit raya
Boost
Menariknya tentang aplikasi Boost ini, pengguna boleh menghantar e-Duit raya kepada 10 penerima secara serentak. Disamping itu, pengguna juga diberi pilihan untuk menyimpan atau menderma duit raya yang diterima kepada senarai badan kebajikan, NGO, dan institusi keagamaan yang terpilih di seluruh Malaysia.
Cara Hantar Duit Raya Menggunakan Aplikasi Boost
- Pastikan anda mempunyai aplikasi Boost (iOS, Android)
- Klik “Hantar” di bahagian bawah sebelah kiri, dan aplikasi Boost akan meminta anda untuk update kepada dompet premium secara percuma. Anda tidak akan dapat menghantar wang tanpa update terkini.
- Ikuti langkah seperti mengesahkan ID anda dan tambahkan sekurang-kurangnya RM10 ke dalam dompet Boost anda
- Pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam e-Wallet Boost anda. Klik ikon + bahagian atas sebelah kiri pada halaman utama aplikasi jika kredit tidak mencukupi
- Setelah itu, anda boleh mula menghantar duit raya kepada penerima dengan menaip nombor telefon bimbit atau dengan mencari nombor dalam senarai Contact anda
Maybank MAE
MAE adalah singkatan kepada Maybank Anytime, Everyone. Melalui aplikasi ini, ia menawarkan sokongan dompet digital untuk memudahkan transaksi anda. Menggunakan MAE, ia mengasingkan penggunaan wang anda berbanding akaun bank Maybank biasa, sekaligus mengelak anda daripada terlebih berbelanja.
Pengguna boleh menggunakan MAE untuk melakukan pembayaran di lebih 200,000 peruncit seluruh negara yang menerima pembayaran menggunakan Maybank QR Pay. Selain daripada itu, pengguna turut boleh menggunakan MAE untuk menerima atau menghantar wang daripada rakan-rakan, membuat pembayaran, membayar bil, membeli tiket wayang, membuat tambah -nilai prabayar dan sebagainya.
Cara Hantar Duit Raya Menggunakan MAE
- Pastikan anda mempunyai aplikasi Maybank MAE (iOS, Android)
- Pastikan anda mempunyai baki yang cukup dalam e-Wallet MAE anda. Klik “Top Up Now” jika kredit tidak mencukupi
- Tekan “eDuit Raya”, kemudian “Send Greetings”
- Pilih sehingga 30 penerima yang anda ingin menghantarkan duit raya
- Selepas anda menekan “Continue”, anda akan dapat menghantar kad ucapan berserta duit raya
GrabPay
Rakyat Malaysia yang sudah mula berjinak dalam perkhidmatan dalam talian pasti tidak mempunyai masalah untuk menggunakan e-dompet terutamanya GrabPay. GrabPay kini membenarkan anda untuk memindahkan e-Duit Raya kepada saudara-mara, rakan atau kenalan anda. Bukan itu sahaja, pemberian duit Raya melalui GrabPay juga melayakkan anda mendapat Mata Ganjaran GrabRewards.
Cara Hantar Duit Raya Menggunakan GrabPay
- Pastikan penerima juga mempunyai aplikasi Grab (iOS, Android)
- Pastikan anda mempunyai kredit yang mencukupi dalam Dompet GrabPay anda. Klik “Top Up” jika kredit tidak mencukupi
- Klik pada “Pembayaran” di bahagian bawah skrin halaman utama aplikasi
- Klik “Hantar” untuk menghantar wang
- Pilih penerima duit raya anda. Anda juga boleh memasukkan nombor mudah alih secara manual
- Jika anda seorang penerima, anda boleh klik “Terima” untuk mendapatkan kod QR anda sendiri bagi membolehkan pemberi scan kod QR anda
- Sebagai alternatif, anda juga boleh menghantar pautan untuk meminta duit raya daripada saudara-mara atau kenalan anda
Shopee Pay
Melalui aplikasi ShopeePay, anda boleh menghantar kredit ShopeePay kepada rakan dan keluarga dengan mudah melalui fungsi “Transfer”. Anda perlu menaik taraf ke ShopeePay Premium untuk menggunakan ciri ini; naiktaraf ini hanya boleh dilakukan apabila anda melengkapkan verifikasi kad pengenalan.
Cara Hantar Duit Raya Menggunakan Shopee Pay
- Pastikan penerima mempunyai aplikasi Shopee
- Klik “ShopeePay” dan kemudian klik “Transfer”
- Pilih no telefon atau Shopee username
- Masukkan jumlah duit raya dan kad raya
- Klik “Confirm” dan kemudian klik “Transfer”
Kesimpulan
Dunia serba moden kini dah memberi pelbagai kemudahan dalam kehidupan seharian kita, ia termasuk jugalah kemudahan pada hari raya yang membolehkan umat Islam bermaaf-maafan, bersedekah dan berkunjung-kunjungan. Tiada alasan lagi untuk tidak memberi duit raya. Yang jauh pun boleh beri duit raya. Apa-apa pun, kami di Qoala ingin mengucapkan selamat Hari Rraya kepada semua pembaca. Stay safe dan selamat menyambut hari lebaran!