Boleh ke capai bebas kewangan atau financial freedom? Setiap orang mempunyai impian untuk mempunyai kehidupan yang bebas, bahagia dan tenang tanpa perlu memikirkan masalah duit sepanjang masa. Mencapai kebebasan kewangan memerlukan usaha yang konsisten kerana prosesnya akan memakan masa yang panjang. Oleh sebab itu, anda memerlukan perancangan kewangan yang strategik untuk membuat keputusan yang lebih bijak.
Tips Bijak Urus Wang untuk Mencapai Bebas Kewangan
Apa sebenarnya maksud kebebasan kewangan? Jawapannya sebenarnya subjektif dan bergantung kepada matlamat kewangan anda. Hal ini kerana, setiap orang mempunyai objektif kewangan yang berbeza.
Ada yang menganggap financial freedom bermaksud mempunyai wang simpanan persaraan yang banyak, ada yang beranggapan ia bermakna bebas daripada hutang dan ada banyak lagi tanggapan lain. Berikut adalah tujuh tabiat kewangan yang anda boleh amalkan untuk mencapai kehidupan bebas, bahagia dan tenang:
1. Menjadi Seorang Celik Kewangan
Celik kewangan atau financial literacy merupakan langkah awal penting ke arah hidup bebas kewangan. Dengan mengetahui lebih banyak perkara tentang pengurusan wang, anda boleh membina keyakinan untuk mengurus, menyimpan dan melabur wang dengan cekap dan berkesan.
Pada zaman sekarang, anda boleh menambah ilmu pengetahuan tentang kewangan dengan membaca blog kewangan, dengar perbincangan podcast , rujuk buku kewangan dan sebagainya. Pelbagai jenis ilmu berkaitan kewangan seperti pengurusan hartanah, cara rancang belanjawan, jenis pelaburan, perancangan persaraan, pengurusan cukai peribadi dan pembahagian harta pusaka yang anda boleh pelajari di atas usaha anda sendiri.
2. Tetapkan Matlamat Kewangan
Perkara seterusnya yang anda perlu ada adalah tentukan matlamat kewangan. Apa sebenarnya yang anda inginkan atau apakah matlamat anda? Lebih spesifik matlamat anda, lebih tinggi kemungkinan untuk anda mencapainya.
Hal ini kerana, matlamat kewangan yang spesifik akan membantu anda untuk memutuskan cara menguruskan wang yang sesuai bagi membantu anda mencapai kehidupan yang anda inginkan dan anda boleh mula menyelaras tindakan selari dengan matlamat anda.
Contohnya, anda mahu mencapai jumlah simpanan RM200,000 sebelum mencapai umur 35 tahun. Dengan adanya matlamat spesifik ini, anda akan cari jalan terbaik untuk mencapai amaun ini seperti mencari pendapatan sampingan, pendapatan pasif dan sebagainya. Berikut merupakan beberapa perkara yang anda perlu tentukan:
- Keperluan gaya hidup.
- Jumlah yang anda ingin capai.
- Tempoh untuk mencapai jumlah yang anda inginkan.
3. Tentukan Bajet Kewangan
Seterusnya, anda perlu tetapkan bajet kewangan. Perancangan bajet kewangan perlulah mengambil kira faktor jumlah pendapatan, membezakan perbelanjaan keperluan dan kemahuan.
Salah satu cara yang anda boleh lakukan adalah dengan membuat belanjawan isi rumah bulanan dan mematuhinya. Langkah ini dapat memastikan anda berada di landasan yang betul untuk mencapai kebebasan kewangan. Anda juga boleh belajar cara urus gaji yang mempunyai pelbagai formula dan teknik untuk anda ikuti sesuai dengan kemampuan anda.
4. Mula Membuat Pelaburan
Selain simpan duit, anda juga disarankan untuk mula melabur duit untuk menjana pulangan. Secara umumnya, melabur merupakan cara terbaik kerana duit anda berpotensi untuk berkembang. Selain itu, pelaburan juga membolehkan wang anda mengatasi inflasi dan meningkatkan nilai.
Anda boleh mula melabur di platform pelaburan risiko rendah dan pulangan konsisten pada setiap tahun seperti pelaburan ASB dan Tabung Haji. Jika anda berani tanggung risiko pelaburan, anda boleh memilih pelaburan lebih berisiko tinggi seperti pelaburan saham, robo-advisor, kripto dan sebagainya.
Melabur merupakan satu amalan yang mampu membantu anda mencapai kebebasan kewangan. Namun begitu perlu diingatkan, pulangan dan kerugian bergantung kepada jenis pelaburan yang anda lakukan.
5. Elak Tangguh Bayar Hutang
Senaraikan semua komitmen hutang anda seperti loan rumah, pinjaman kereta, hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan lain-lain lagi. Apabila anda menyenaraikan semua hutang-hutang sedia ada, anda boleh memantau situasi kewangan anda dengan lebih baik.
Anda disarankan untuk menjelaskan hutang awal dan jangan tangguh bayaran hutang kerana banyak akibat yang anda akan tanggung sekiranya bayar lambat atau tidak membayar semula. Antaranya, skor kredit CCRIS dan CTOS terjejas, nama masuk dalam blacklist atau diisytihar muflis jika terlalu banyak hutang tertunggak.
Memang tidak dinafikan, anda mungkin tidak dapat lari daripada berhutang terutama sekali dalam urusan yang melibatkan wang yang banyak seperti pinjaman perumahan atau kereta. Namun begitu, anda boleh cuba untuk menyingkirkan hutang-hutang lain sedikit demi sedikit supaya anda mempunyai lebih banyak wang untuk tujuan simpanan dan juga pelaburan.
6. Pilih Gaya Hidup Lebih Sederhana
Secara amnya, jika anda kurangkan perbelanjaan bulanan, anda akan dapat mencapai objektif kewangan anda dengan lebih cepat. Namun begitu, bagi ramai individu ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana ini bermakna mereka perlu mengubah gaya hidup mereka.
Pepatah ada mengatakan “ukur baju di badan sendiri” dan dalam konteks kewangan, ia membawa maksud jangan berbelanja melebihi kemampuan anda. Ubah gaya hidup lebih sederhana tidak bermakna anda downgrade kehidupan anda. Anda sebenarnya menolong diri anda sendiri untuk tidak boros berbelanja dan sentiasa peka dengan kemampuan kewangan anda.
Mencapai kebebasan kewangan memerlukan pengorbanan dan ini mungkin bermakna anda perlu pertimbangkan semula pilihan-pilihan yang anda lakukan yang melibatkan kewangan anda. Contohnya, jika kiraan bulanan kereta anda mencecah lebih RM1,000 sebulan, anda mungkin mahu tukar kereta dan beli kereta yang lebih murah. Ini akan mengurangkan sedikit jumlah komitmen anda.
7. Ambil Pelan Insurans
Perkara yang tidak diduga boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana pun. Mereka yang terlibat dalam kejadian-kejadian yang tidak diingini ini kebiasaannya akan menanggung kerugian yang besar. Disebabkan ini, mengambil pelan insurans juga merupakan satu usaha yang anda boleh lakukan dalam perjalanan anda untuk capai kebebasan kewangan.
Contohnya, dengan adanya pelan insurans seperti insurans perubatan, anda bebas daripada tekanan untuk memikirkan kos perbelanjaan hospital sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti kecederaan akibat kemalangan kereta. Anda boleh claim insurans daripada syarikat insurans anda untuk menanggung kos perubatan. Insurans melindungi anda dari segi kewangan dan menawarkan perlindungan bergantung kepada pelan insurans yang anda ambil.
Bebas, Bahagia & Tenang: Rebut Diskaun dan Hadiah
Ketujuh-tujuh perkara yang telah dikongsikan dalam artikel ini tidak akan dapat membantu anda mencapai kebebasan kewangan dalam sekelip mata. Namun begitu, ia akan memupuk tabiat-tabiat kewangan yang bagus dan ini akan membantu anda menguruskan kewangan dengan lebih baik.
Akhir kata, untuk capai kebebasan kewangan merupakan satu proses jangka panjang yang memerlukan anda untuk sentiasa peka dan berdisiplin dalam bab pengurusan wang. Sudah pasti anda inginkan kehidupan yang tidak hanya semata-mata untuk bayar hutang sahaja. Kebebasan kewangan membolehkan anda mencapai satu tahap keselesaan dan ketenangan yang anda impikan.
Sama seperti di Qoala, kempen #QoalaHadir menjanjikan kehidupan yang lebih bebas, bahagia dan tenang khusus buat pelanggan yang dihargai. Ini bermaksud, pelanggan boleh menjalani kehidupan seharian tanpa risau dan tekanan dengan pelan perlindungan insurans yang komprehensif yang ditawarkan di Qoala.
Qoala menawarkan perkhidmatan insurans daripada syarikat insurans dan takaful terbaik untuk melindungi anda dan keluarga dengan hanya beberapa langkah mudah. Apa yang menarik, anda berpeluang untuk menangi pelbagai diskaun dan hadiah keseluruhan menarik bernilai sehingga RM11,000 jika anda beli insurans perubatan, insurans kereta, insurans rumah, insurans perjalanan atau insurans motor di Qoala bermula 29 Ogos hingga 16 September 2022. Layari laman web Qoala untuk info lanjut.