Mungkin ramai yang tidak tahu ada alternatif lain dalam membuat pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Selain melalui potongan gaji, salah satu cara yang boleh dipertimbangkan adalah dengan bayar PTPTN guna KWSP.
Langkah Mudah Bayar Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN Menggunakan Akaun 2 KWSP
Bayar PTPTN guna KWSP boleh dibuat melalui Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja peminjam atau pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa. Namun begitu, ia tertakluk pada syarat pengeluaran semasa yang ditetapkan oleh KWSP.
Permohonan bayar PTPTN guna KWSP boleh dibuat secara online melalui e-Pengeluaran di laman web rasmi KWSP. Ada tujuh langkah yang perlu dilakukan untuk bayar PTPTN guna KWSP seperti berikut:
1. Log Masuk i-Akaun KWSP
Masukkan ID pengguna dan klik ‘Log masuk’. Kemudian, masukkan kata laluan dan klik butang ‘Teruskan’.
2. Permohonan Pengeluaran
Pada menu utama, pilih ‘Pengeluaran’. Kemudian, pilih ‘Permohonan Baharu’. Pilih jenis pengeluaran pendidikan dan lengkapkan maklumat pengajian yang diperlukan. Setelah selesai, klik butang ‘Seterusnya’.
3. Lengkapkan Maklumat Ahli dan Amaun Kelayakan
Isi maklumat peribadi, maklumat pengeluaran, butiran pembayaran balik serta semua maklumat lain yang diperlukan, kemudian klik ‘Seterusnya’.
4. Semakan Ringkasan Permohonan Pengeluaran
Seterusnya, anda perlu semak maklumat permohonan dan klik permohonan TAC. Masukkan nombor TAC yang dihantar ke telefon bimbit berdaftar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan klik butang ‘Hantar’.
5. Pengesahan Permohonan Pengeluaran
Jika maklumat anda sudah lengkap, klik ‘Setuju’ untuk membuat perakuan diri. Permohonan anda sudah berjaya dihantar.
6. Hadir ke Pejabat KWSP
Setelah selesai, anda perlu hadir ke pejabat KWSP untuk proses pengesahan Cap Ibu Jari (CIJ). Bawa bersama dokumen sokongan yang diperlukan oleh KWSP untuk melancarkan proses permohonan.
7. Tunggu Proses Permohonan Selesai
Status permohonan bayar PTPTN guna KWSP akan dihantar melalui SMS atau melalui mesej sekuriti inbox di i-Akaun KWSP. Biasanya, proses ini akan akan mengambil masa dalam tempoh tujuh hingga 14 hari waktu bekerja setelah PTPTN memproses maklumat ini.
Melalui Akaun 2 KWSP, peminjam boleh bayar amaun tunggakan, menjelaskan sebahagian atau semua baki pinjaman pendidikan PTPTN sekali gus tanpa dikenakan sebarang caj pemprosesan. Selain itu, tiada had pengeluaran ditetapkan dan anda juga boleh buat pengeluaran lebih daripada sekali selagi Akaun 2 masih mempunyai baki.
Bukan itu sahaja, peminjam juga berpeluang nikmati penjimatan kos ujrah serta memendekkan tempoh bayaran balik.
Bayar PTPTN Guna KWSP: Manfaatkan Simpanan Anda untuk Keperluan Masa Kini
Semoga perkongsian ini membantu anda untuk menyelesaikan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN anda. Selain bayar PTPTN guna KWSP, anda juga boleh lakukan pengeluaran simpanan Akaun 2 KWSP untuk beli rumah, mengurangkan baki pinjaman perumahan dan sebagainya. Anda boleh rujuk KWSP untuk info lanjut berkaitan pengeluaran KWSP yang dibenarkan.
Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan insurans perubatan dan kesihatan untuk perlindungan tambahan masa depan anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans kesihatan yang mudah, selamat dan cepat.