Bagi ramai pemandu terutama sekali yang pernah mengalami kemalangan, dashcam kereta ini adalah penyelamat. Memasang dashcam merupakan cara terbaik untuk memastikan korang mempunyai rekod atau bahan bukti sekiranya berlaku kemalangan.
Dashcam ini merupakan singkatan ‘Dashboard Camera’ dan dalam artikel ini, Qoala akan menerangkan 8 tips untuk korang pasang dashcam sekarang!
Pernah tak korang scroll media sosial di Youtube, Facebook, Twitter, TikTok, dan nampak video-video kemalangan yang direkodkan melalui dashcam? Kalau tak ada rakaman dari dashcam, mungkin tak ada siapa yang akan percaya punca kemalangan tu berlaku.
Jadi, jom kita tengok sama-sama bagaimana dashcam ini boleh tolong korang semasa di jalan raya.
Penting Ke Pasang Dashcam Sekarang?
Malang tak berbau kan? Bila kita memandu di jalan raya, memang ada kebarangkalian untuk mengalami kemalangan.
Laporan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) melaporkan sejumlah 80.6 peratus kemalangan disebabkan kecuaian manusia antaranya memandu secara gopoh dan tidak mematuhi peraturan jalan raya.
Tujuan utama dashcam ini juga berfungsi untuk merakam dengan teliti setiap butiran yang berlaku di jalan raya dan di dalam kereta, dan ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.
Bahan bukti yang kukuh
Dashcam ini merupakan bukti yang paling kukuh untuk korang mempertahankan diri korang sekiranya berlaku kemalangan kereta. Korang boleh membuktikan yang korang tak salah dengan menunjukkan rakaman dashcam kereta.
Tanpa bukti video, pemandu lain mungkin mendakwa korang yang bersalah dan mungkin akan memaksa korang untuk membayar ganti rugi.
Jadi, lebih baik untuk memasang dashcam sebagai langkah berhati-hati sebab ini akan membantu korang menjimatkan banyak masa, wang dan masalah dalam jangka masa panjang.
Jadi, bila berlaku je kemalangan atau ada percubaan mencuri kereta korang, rakaman dashcam akan menyelamatkan korang sebab ada bukti yang sangat kukuh.
Mengelakkan penipuan insurans
Percaya atau tak, ada pemandu di jalan raya yang sengaja nak kemalangan. Tapi kenapa? Tak ada kerja lain ke sampai nak terlibat dalam kemalangan?
Kalau korang nak tahu, sesetengah pemandu sengaja menyebabkan kemalangan kereta hanya untuk meletakkan kesalahan kepada pihak lain, untuk memeras wang daripada mangsa. Inilah yang dinamakan sebagai penipuan insurans (insurance fraud).
Jangan biarkan diri korang ditipu! Dashcam akan membantu korang untuk mengelakkan kejadian ini sebab korang ada rakaman sebagai bukti.
Tahu semua yang berlaku pada kereta korang
Korang pernah tak perasan kereta korang calar atau ada kesan dilanggar tapi korang tak tahu pun puncanya? Kemungkinan besar perkara-perkara sebegitu berlaku semasa korang tak ada dalam kereta.
Dengan adanya dashcam yang mempunyai ciri parking mode, korang boleh tahu dan mengenalpasti punca kereta korang jadi sampai macam tu. Mungkin orang yang parking di sebelah korang terlanggar kereta korang semasa cuba keluar dari tempat kereta dan tak nak bertanggungjawab. Jadi, selepas ini, korang boleh “tangkap” pemandu-pemandu yang tak bertanggungjawab ni.
Dari segi undang-undang pula, pemasangan dashcam ini tak salah asalkan korang gunakan untuk tujuan yang betul seperti menjadikannya sebagai bahan bukti kepada pihak polis, insurans dan mahkamah jika berlaku sesuatu kemalangan.
Janganlah korang ambil kesempatan menggunakan dashcam kereta ini untuk tujuan-tujuan yang tak sepatutnya.
8 Tips Untuk Korang Memilih Dashcam Yang Terbaik
Korang pun dah tahu kepentingan dashcam, sekarang Qoala nak kongsikan 8 tips khas untuk korang.
Dekat Shopee, Lazada dan platform-platform yang lain, korang boleh nampak ada banyak sangat pilihan dan harga pun berbeza-beza. Berapa bajet yang diperlukan untuk pasang dashcam ni?
Sebelum korang beli, korang kenalpasti dulu jenis dashcam, ciri-ciri dan model dashcam. Selepas itu, barulah korang boleh membuat perbandingan dengan lebih bijak dan pilih yang paling sesuai.
1. Kualiti dan Resolusi Rakaman Dashcam
Haa ini perkara pertama yang korang mesti check dulu. Dengan kualiti atau resolusi yang sesuai, korang akan boleh dapat rakaman dashcam yang lebih jelas.
Bayangkan kalau korang terlibat dalam kemalangan dan rakaman dashcam korang tak dapat mengenalpasti nombor plat kereta yang langgar. Rugi je nanti korang melabur duit untuk beli dashcam mahal-mahal.
Pastikan resolusi dashcam korang mempunyai sekurang-kurangnya 720P. Nak lebih elok, ambil yang resolusinya 1080 atau 2K.
Tapi korang kena ingat matlamat utama dashcam adalah untuk mendapatkan nombor plat dengan jelas bukan untuk rekod video paling cantik. Lagipun, lagi tinggi resolusi semakin tinggi memori dashcam korang nanti.
2. Memori Dashcam
Rakaman daripada dashcam akan disimpan dalam kad memori. Untuk pengetahuan korang, semakin tinggi resolusi dan kualiti video, makin besar saiz video.
Korang boleh dapatkan 8GB, 16GB, 32GB, 64GB, 128GB dan banyak lagi. Seeloknya korang beli terus kad memori yang mempunyai saiz yang besar.
Pastikan juga kad memori dashcam korang tu boleh ditanggal dan diganti. Ini akan memudahkan korang untuk menyimpan video-video kalau korang nak.
3. Night Vision
Waktu siang memang mudah untuk dashcam rekod perjalanan dengan jelas. Bagaimana pula dengan waktu malam?
Oleh itu, korang kena pastikan ada spesifikasi night vision dalam dashcam korang. Ia akan memastikan kualiti rakaman pada waktu malam berada dalam keadaan yang terbaik.
Lagi power kalau dashcam korang dilengkapi dengan High Dynamic (HD) Range. Korang akan mendapati rakaman video korang jauh lebih jelas waktu malam.
Penting untuk memastikan dashcam berfungsi pada waktu malam sebab waktu malam ni korang lagi berisiko untuk mengalami kemalangan. Lebih-lebih lagi kalau lalu jalan yang tak ada lampu dan kereta juga biasanya lebih laju kerana keadaan trafik yang tak begitu sesak.
4. LCD
Seterusnya, pastikan dashcam korang yang dilengkapi dengan paparan skrin LCD. Apa fungsi LCD ni sebenarnya?
Sebenarnya, LCD memudahkan korang untuk menetapkan arah rakaman pada bila-bila masa dan tonton rakaman video yang dirakam tanpa skrin komputer.
5. Parking Mode
Dashcam yang ada ciri parking mode ini lebih mahal berbanding dashcam yang biasa-biasa. Walau bagaimanapun, ramai yang berpendapat berbaloi untuk mengeluarkan kos tambahan untuk memastikan semua kejadian yang melibatkan kenderaan mereka direkodkan.
Dengan adanya parking mode, korang akan mengetahui apa yang terjadi pada kereta korang semasa korang tak ada dekat dengan kereta.
Selepas ini korang akan tahu punca kenapa kereta korang tiba-tiba calar atau ada kesan dilanggar semasa kereta korang tengah park.
6. GPS
GPS pada dashcam berfungsi untuk merekod secara automatik lokasi dan kelajuan kereta korang dalam rakaman video korang. Model yang datang dengan ciri GPS biasanya datang dengan perisian untuk melihat data yang dirakam.
7. Sambungan Wifi
Dengan mendapatkan dashcam yang mempunyai sambungan wifi, korang boleh terus tengok video dengan mudah melalui telefon pintar korang je!
8. Dwi Kamera
Pasang juga dashcam pada bahagian belakang. Korang boleh dapatkan rakaman sebagai bahan bukti kalau korang kena langgar dari belakang dan sebagainya
Diharapkan artikel ini dapat membantu korang perlu cari bila nak pilih dashcam yang terbaik. Selain itu, korang tengah cari insurans kereta? Dapatkan insurans kereta terbaik di Qoala.