Tabung Haji Online: Cara Daftar, Buat Semakan (THiJARI)

Kali terakhir diperbaharui Sep 26, 2023 oleh Shafiq Wahab
Tabung Haji Online: Cara Daftar, Buat Semakan (THiJARI)

Tabung Haji merupakan pilihan pelaburan risiko rendah yang wajar dipertimbangkan bagi mereka yang beragama Islam kerana ia dijamin oleh kerajaan dan patuh syariah. Sekiranya anda mempunyai akaun Tabung Haji, anda boleh melakukan pelbagai urusan Tabung Haji secara online sahaja melalui portal rasminya iaitu THiJARI. Artikel ini akan menerangkan cara daftar tabung haji online, cara buat semakan tabung haji online dan perkara-pekara yang anda boleh lakukan melalui aplikasi ini.

Pendaftaran Tabung Haji Online di Portal THiJARI

Anda tidak perlu lagi ke kaunter secara fizikal untuk daftar atau semak akaun Tabung Haji anda dengan adanya portal THiJARI. Sebelum anda mendaftar di THiJARI online, pastikan anda kemas kini semua maklumat anda terutama sekali maklumat nombor telefon anda di kaunter Tabung Haji terdekat. Hal ini kerana, nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon anda semasa pendaftaran akaun THiJARI. Oleh sebab itu, pastikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah nombor telefon terkini bagi mengelakkan masalah semasa proses log in THiJARI.

  1. Layari lama web THiJARI atau muat turun aplikasi THiJARI melalui Google Play Store atau App Store.
  2. Isi maklumat peribadi seperti maklumat nombor kad pengenalan, nombor akaun Tabung Haji dan nombor telefon berdaftar.
  3. Semak dan sahkan maklumat yang telah diisikan seperti maklumat nombor kad pengenalan, nombor akaun TH dan nombor telefon berdaftar.
  4. Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon anda. Kemudian, anda perlu masukkan nombor TAC tersebut untuk meneruskan pendaftaran.
  5. Isikan ID pengguna pilihan anda, tentukan kata laluan (password), nama pengguna dan negeri terkini.
  6. Selepas selesai, tandakan (✓) pada terma dan syarat.
  7. Anda kini telah berjaya berdaftar di portal THiJARI dan anda boleh mula mengakses akaun anda.

4 Perkara Anda Boleh Buat Selepas Daftar Akaun Tabung Haji THiJARI

Kalau ASB mempunyai platform digital sendiri iaitu MyASNB, Tabung Haji juga ada platform digital sendiri  yang dinamakan THiJARI untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pengguna. Anda kini boleh mendaftar akaun dan membuat pelbagai urusan Tabung Haji secara online melalui portal THiJARI. Melalui portal ini, anda boleh:

1. Semak Akaun Tabung Haji

Sebagai pelanggan Tabung Haji, perkara pertama yang anda boleh lakukan adalah buat semakan akaun sendiri dan juga akaun anak. Anda boleh butiran akaun dan rekod transaksi serta baki akaun terkini dengan mudah melalui THiJARI. Berikut merupakan cara membuat semakan di THiJARI:

  1. Pergi ke ‘Ringkasan Akaun’
  2. Lihat ‘Butiran Akaun’
  3. Akaun Tabung Haji anak di bawah jagaan anda juga akan dipaparkan.

Pendeposit boleh mendapatkan penyata akaun Tabung Haji online bagi enam bulan terkini.

2. Buat Transaksi dengan Mudah

Perkara kedua yang anda boleh lakukan adalah melakukan pindahan wang ataupun transfer duit dari akaun Tabung Haji anda ke akaun Tabung Haji lain seperti akaun anak dan pihak ketiga. Melakukan pindahan wang ini ada had amaun yang anda perlu tahu:

  • Pindahan ke akaun Tabung Haji  anak tanggungan – RM15,000 sehari
  • Pindahan ke akaun Tabung Haji pihak ketiga – RM5,000 sehari

Cara Transfer Tabung Haji Online melalui THiJARI

Bagi pengguna yang telah mendaftar akaun THiJARI, anda boleh melakukan online transfer bagi pemindahan wang ke akaun lain. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Login akaun THiJARI anda.
  2. Anda perlu tambah akaun kegemaran atau ‘favourites‘ terlebih dahulu.
  3. Pada halaman utama, klik butang ‘Kegemaran’.
  4. Masukkan maklumat akaun kegemaran seperti:
    -Jenis transaksi
    -Nombor akaun penerima
    -Nama ringkas
    -Simpan maklumat akaun kegemaran
  5. Setelah selesai, anda boleh mula melakukan online transfer antara akaun Tabung Haji. Anda perlu kembali ke halaman utama.
  6. Pada menu utama, klik butang Pindahan Simpanan TH.
  7. Anda akan jumpa ruangan ‘Kepada’. Anda boleh pilih akaun kegemaran yang anda sudah simpan.
  8. Masukkan jumlah duit yang anda mahu transfer dan masukkan rujukan penerima.
  9. Klik butang ‘Seterusnya’ untuk meneruskan transaksi.
  10. Klik pada Mohon TAC bagi proses keselamatan dan masukkan nombor TAC di ruangan tersedia.
  11. Akhir sekali, sahkan transaksi anda dan pindahan wang ke akaun lain selesai.

3. Menguruskan Urusan Perkhidmatan Haji

Melalui THiJARI, semua urusan berkenaan Haji menjadi sangat mudah. Pertama sekali, anda sebagai pelanggan Tabung Haji juga boleh membuat semakan dan status pendaftaran Haji. Anda juga boleh dapatkan slip pendaftaran Haji tanpa perlu hadir ke kaunter Tabung Haji berdekatan dengan anda. Guna sahaja aplikasi THiJARI untuk muat turun slip pendaftaran Haji dengan lebih cepat dan mudah.

Untuk urusan tawaran menunaikan Haji, anda juga boleh mendapat surat tawaran dan juga membuat semakan status tawaran Haji melalui aplikasi ini. Selain itu, anda boleh semak dan muat turun jadual penerbangan anda ke Tanah Suci Mekah.

Apabila mahu menunaikan Haji, anda perlu menghadiri program Kursus Asas Haji. Dengan THiJARI, anda boleh kenal pasti lokasi dan tarikh kursus yang anda perlu hadiri. Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat muat turun nota Kursus Asas Haji melalui aplikasi ini.

4. Melakukan Urusan Kelab TaHa Secara Online

Kelab TaHa telah ditubuhkan pada 10 April 2008 sebagai salah satu inisiatif Lembaga Tabung Haji untuk menyemai dan menggalakkan simpanan di kalangan pendeposit muda iaitu mereka yang berumur tujuh sehingga 17 tahun. Kelab TaHa ini merupakan medium interaksi utama antara TH dan pendeposit muda untuk memulakan simpanan di TH dalam menunaikan rukun Islam kelima iaitu menunaikan haji.

Sekiranya anda mempunyai anak berada dalam linkungan umur seperti yang telah dinyatakan, anda boleh mendaftarkan anak anda. Semua urusan berkaitan Kelab TaHa boleh dilakukan melalui aplikasi THiJARI:

  • Daftar kelab TaHa/TaHa@U
  • Semak status pendaftaran
  • E-kad keahlian
  • Direktori dan lokasi

semakan tabung haji online

Urusan yang Tidak Boleh Dilakukan melalui THiJARI

Dengan menggunakan aplikasi THiJARI, urusan Tabung Haji online anda kini lebih mudah dan boleh diselesaikan dengan cepat. Anda boleh semak akaun Tabung Haji secara online, transaksi online transfer boleh dilakukan, boleh menguruskan urusan Haji dan Kelab TaHa.

Namun begitu, perlu diingatkan, terdapat beberapa urusan yang anda tidak boleh lakukan melalui aplikasi ini. Hal ini kerana, terdapat urusan yang memerlukan pengesahan dan perlu dilakukan secara fizikal. Berikut merupakan urusan yang anda perlu lakukan di kaunter Tabung Haji:

  • Penutupan akaun Tabung Haji
  • Isu harta pusaka
  • Pendaftaran penama
  • Hibah amanah

Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta terbaik, insurans motor murah atau insurans rumah terbaik, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Bandingkan insurans daripada beberapa syarikat insurans terbaik dengan tawaran harga terbaik. Qoala menjanjikan perlindungan menyeluruh untuk anda dan keluarga tersayang.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60