6 Kelebihan Insurans Pendidikan untuk Anak Sambung Belajar

Kali terakhir diperbaharui Mar 6, 2023 oleh Shafiq Wahab
6 Kelebihan Insurans Pendidikan untuk Anak Sambung Belajar

Banyak kos yang perlu difikirkan sebagai ibu bapa untuk membesarkan anak daripada kos bersalin dan membesarkan anak sehinggalah mengambil insurans pendidikan bagi menampung kos pengajian. Insurans pendidikan merupakan salah satu alternatif terbaik untuk anda pertimbangkan bagi menampung kos sambung belajar anak anda. Anda digalakkan untuk mula membuat simpanan untuk pendidikan anak walaupun mereka masih kecil. Ikuti artikel ini untuk mengetahui semua yang anda perlu tahu tentang insurans pendidikan.

Bagaimana Insurans Pendidikan Boleh Membantu Pengajian Anak Anda?

Kos sambung belajar bergantung kepada jenis universiti yang anda pilih sama ada IPTA atau IPTS. Secara amnya, kos sambung belajar di IPTS jauh lebih mahal dengan harga pengajian boleh mencecah puluhan sehingga ratusan ribu ringgit berbanding kos sambung belajar di IPTA. 

Antara cara paling lazim dipraktikkan oleh ibu bapa adalah menggalakkan anak mereka mengambil pinjaman PTPTN bagi menampung kos pengajian. Ini bermakna anak mereka perlu membayar semula hutang pinjaman ini sebaik sahaja tamat pengajian.

Selain menggalakkan anak mengambil pinjaman, anda sebagai ibu bapa juga boleh mengambil langkah awal untuk membiayai pendidikan anak anda dengan mengambil insurans pendidikan. Terdapat dua jenis asas pelan pendidikan iaitu polisi endowmen dan polisi pelaburan. Berikut merupakan perbezaan di antara polisi endowmen dan polisi pelaburan:

Polisi Endowmen Polisi Pelaburan
Gabungan pelan simpanan dan perlindungan Gabungan pelan pelaburan dan perlindungan berdasarkan keperluan pemegang polisi
Terbahagi kepada dua kategori iaitu sertaan (participating) atau tanpa sertaan (non-participating) Menawarkan fleksibiliti yang membolehkan anda untuk menambah bayaran premium insurans anda sekiranya anda mahu berbuat demikian.
Untuk pelan sertaan, hanya sebahagian faedah insurans yang akan dijamin tetapi jumlah penuh faedah pada tempoh matang insurans tidak akan dijamin sepenuhnya kerana ia bergantung kepada prestasi syarikat insurans Pemegang polisi bebas memilih jenis pelaburan sama ada pelaburan risiko rendah atau pelaburan risiko tinggi.
Bagi pelan tanpa sertaan, pemegang insurans tidak berkongsi keuntungan tetapi semua faedah insurans tetap dijamin sepenuhnya  

sspn i plus

6 Sebab untuk Anda Pertimbangkan Insurans Pendidikan

Anda mungkin sudah ada pelan insurans lain seperti insurans kesihatan, insurans kemalangan diri dan sebagainya. Selain insurans-insurans ini, insurans pendidikan juga merupakan salah satu jenis insurans yang anda disarankan untuk ambil.

Hal ini kerana, ia boleh menjadi persiapan awal bagi membantu anda membuat simpanan untuk anak anda sambung belajar satu hari nanti. Berikut merupakan enam kelebihan insurans pendidikan yang anda perlu tahu:

1. Berpeluang Dapat Bonus dan Tambah Nilai

Dengan mengambil insurans pendidikan, anda berpeluang mendapat pembayaran bonus dan tambah nilai daripada syarikat insurans anda. Bonus dan tambah nilai ini akan ditambah pada dana pendidikan anak anda sepanjang tempoh polisi anda.

Jumlah yang ditawarkan adalah berbeza mengikut syarikat dan pelan insurans anda. Contohnya, ada syarikat insurans yang menawarkan bonus sehingga 15 kali ganda premium yang akan diberikan kepada anak anda sebagai persiapan memasuki universiti melalui produk yang ditawarkan.

2. Mula Membuat Simpanan Pendidikan untuk Anak dari Kecil

Kebanyakan polisi ini boleh diaktifkan sebaik sahaja anak anda berumur 14 hari. Sekiranya anda konsisten membuat pembayaran premium kepada syarikat insurans, anak anda akan dapat menggunakan dana daripada insurans pendidikan bagi menampung pembelanjaan pengajian di peringkat lebih tinggi. 

3. Boleh Mendapat Pelepasan Cukai

Selain itu, insurans pendidikan yang anda ambil untuk anak anda juga boleh digunakan untuk menuntut pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun. Dengan cara ini, anda tertakluk pada bayaran cukai pendapatan yang lebih rendah dan dalam masa yang sama masih boleh menyediakan pendidikan anak anda. Menang-menang!

4. Perlindungan Payor (Payor Rider)

Perlindungan ini akan membantu menampung pembayaran premium insurans sekiranya salah seorang atau kedua-dua ibu bapa meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal menyeluruh.

Dengan kata lain, pembayaran premium untuk polisi insurans pendidikan anak anda masih akan diteruskan seperti biasa walaupun kedua-dua ibu bapa sudah tiada di sisi atau tidak lagi mampu untuk bekerja bagi menampung kehidupan. Ini akan membolehkan anak anda menggunakan dana daripada insurans pendidikan apabila hendak sambung belajar nanti.

5. Akses untuk Membuat Pengeluaran Jika Perlu

Sekiranya anda menghadapi masalah kewangan atau berdepan situasi luar jangka dan memerlukan wang semasa kecemasan, anda boleh membuat pengeluaran duit daripada tabung simpanan ini. Anda boleh mengeluarkan jumlah mengikut keperluan anda tanpa dikenakan caj pengeluaran. Meskipun begitu, jika boleh, elakkan daripada menggunakan dana daripada simpanan ini untuk mengelakkan anak anda berdepan masalah kekurangan duit untuk menyambung pelajaran. 

6. Bantuan Tambahan

Pelan insurans pendidikan anda juga akan menawarkan faedah tambahan seperti perkhidmatan membantu anak membuat persiapan untuk masuk universiti atau kolej. Namun begitu, ini bergantung kepada syarikat insurans anda dan anda disarankan untuk semak dengan mereka untuk info lanjut.

insurans pendidikan dan perubatan

Pilih Insurans Pendidikan Terbaik untuk Menjamin Masa Depan Anak Lebih Cerah

Sebelum anda memilih untuk mengambil insurans pendidikan, anda perlukan tetapkan matlamat yang jelas sebelum menambah komitmen bulanan anda. Selain itu, tentukan juga polisi insurans pendidikan yang sesuai dengan keperluan anda dengan melihat tempoh dan peruntukan bayaran yang diperlukan.

Kebanyakan polisi insurans adalah fleksibel dan menawarkan kelebihan tambahan yang boleh meningkatkan jumlah simpanan anak anda. Sekiranya anda sedang mencari insurans pendidikan terbaik untuk anak anda, rujuk pelan-pelan di bawah yang anda boleh pertimbangkan:

  • SSPN Plus
  • Aspire (Etiqa)
  • PRUSaver Kid
  • A-EduAchieve 2 (AIA)
  • ASB 3 Didik

Insurans pendidikan akan membantu anda untuk merancang dan membuat persiapan yang lebih baik untuk anak anda. Ingat, kos sambung pengajian akan semakin meningkat dari tahun ke tahun disebabkan faktor inflasi dan sebagainya.

Terdapat ibu bapa di luar sana yang terpaksa menggunakan duit simpanan KWSP atau ambil pinjaman peribadi semata-mata untuk menanggung pengajian anak. Oleh sebab itu, anda boleh bersedia dari sekarang demi menjamin masa depan anak anda dengan mengambil insurans pendidikan.

Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta terbaik, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans terbaik di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60