Cara Semak Wang Tak Dituntut Online 2022

Kali terakhir diperbaharui Dec 14, 2022 oleh Hariz Hafiz
Cara Semak Wang Tak Dituntut Online 2022

Rakyat Malaysia kini boleh membuat permohonan semakan status Wang Tak Dituntut (WTD) melalui sistem eGUMIS Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Tuntutan ini boleh dibuat oleh individu melibatkan tuntutan akaun simpanan, akaun semasa, akaun simpanan tetap, insurans, gaji, dividen, deposit utiliti TNB, TM dan SYABAS serta akaun-akaun lain yang berkaitan.

eGUMIS Semakan Wang Tak Dituntut Online & Proses Bayaran Balik

Namun sebenarnya, apa itu wang tak dituntut? Secara asasnya, wang tidak dituntut merujuk pada sejumlah wang yang tidak dituntut oleh mana-mana individu atau syarikat untuk tempoh masa tertentu. Menurut Seksyen 8 Akta Wang Tak Dituntut 1965, definisi wang tidak dituntut terbahagi kepada tiga kategori seperti berikut:

Kategori Keterangan
Wang yang kena bayar di sisi undang-undang kepada empunya, tetapi tidak dibayar dalam tempoh kurang daripada setahun
  • Gaji, upah, bonus, komisen dan wang lain yang perlu dibayar kepada kakitangan;
  • Dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa dengan tempoh sah laku yang telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit yang telah mencapai tujuan asal wang itu dikutip;
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
Wang dalam kredit sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya dengan apa-apa cara sekalipun dalam tempoh masa tidak kurang dari tujuh tahun.
  • Akaun simpanan;
  • Akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga dalam tempoh kurang dari dua tahun
  • Akaun pemiutang dagangan;
  • Akaun penghutang dagangan berbaki kredit.

cara semak wang tidak dituntut online

Semakan Wang Tidak Dituntut di Malaysia

Bermula Januari 2022, Jabatan Akauntan Negara telah melancarkan portal eGUMIS bagi membantu memudahkan proses membuat semakan wang tak dituntut secara online. Semakan WTD (Individu) boleh dibuat menggunakan dua kaedah seperti berikut:

Semak Wang Tak Dituntut Online

Untuk membuat permohonan semakan wang tidak dituntut online, berikut cara semak wang tak dituntut Jabatan Akauntan Negara online, senarai dokumen dan borang permohonan wang tidak dituntut untuk membantu memudahkan urusan permohonan anda:

  1. Layari portal eGUMIS dengan layari https://egumis.anm.gov.my/;
  2. Klik butang Pendaftaran di bahagian kanan atas untuk mendaftar masuk;
  3. Lengkapkan semua maklumat diperlukan dan tanda pada kotak pengakuan bersetuju;
  4. Kemudian, klik butang Daftar dan butang Ya untuk melengkapkan proses pendaftaran;
  5. Setelah selesai, log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah ditetapkan;
  6. Skrin kemas kini maklumat pengguna akan dipaparkan – isikan semua maklumat pengguna yang diperlukan dan klik butang Simpan;
  7. Klik butang KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT untuk membuat semakan wang tidak dituntut melalui online;
  8. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Cari – skrin akan memaparkan hasil carian wang tak dituntut;
  9. Pengguna boleh mencetak skrin borang tuntutan dengan klik butang Cetak;
Proses Tuntutan: Cara Tuntut Wang Tidak Dituntut Online

Sekiranya anda mendapati anda memiliki sejumlah wang yang tidak dituntut semasa semakan online, anda boleh buat permohonan untuk masukkan wang tersebut ke dalam akaun bank anda dengan ikut langkah-langkah berikut:

  1. Untuk memproses tuntutan secara online, anda hanya perlu tekan butang Teruskan dengan Permohonan;
  2. Klik Tambah Penerima untuk menambah penerima wang tak dituntut jika pemohon bukan penerima sepatutnya. Namun begitu, jika maklumat diri penerima adalah sama dengan maklumat pemohon, pilih kotak yang disediakan dan masukkan maklumat perbankan;
  3. Kemudian, klik butang Simpan;
  4. Muat naik dokumen sokongan wajib yang diperlukan;
  5. Tanda kotak jika anda bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS yang dinyatakan, kemudia klik butang Hantar. Bayaran hanya akan diproses sekiranya dokumen lengkap.
Individu yang Layak Menuntut Wang Tidak Dituntut

Secara asasnya, permohonan wang tidak dituntut boleh dilakukan oleh pihak-pihak berikut:

  1. Empunya atau pemilik wang tak dituntut;
  2. Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
  3. Pelikuidasi yang mewakili syarikat atau firma yang sedang dalam proses penggulungan;
  4. Individu, syarikat atau firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
  5. Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat atau firma yang bubar atau individu bankrap.

Berapa lama proses wang tak dituntut memakan masa? Biasanya, wang anda akan diproses dan biasanya mengambil masa lebih kurang sebulan untuk dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan setelah tuntutan dibuat.

semak wang tidak dituntut - jabatan akauntan negara

Semak Wang Tidak Dituntut – Jabatan Akauntan Negara Secara Walk-In

Selain semak wang tidak dituntut secara online, anda juga boleh merujuk kaunter bahagian WTD untuk maklumat lanjut mengenai cara membuat tuntutan. Anda boleh kunjungi:

  1. Pendaftar Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Di Kompleks Kementerian Kewangan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62594, Putrajaya; atau
  2. Mana-mana Pejabat Cawangan Negeri Jabatan Akauntan Negara berdekatan anda.
Dokumen, Borang Diperlukan Semasa Membuat Tuntutan Wang Tak Dituntut

Berikut merupakan senarai borang wang tak dituntut yang diperlukan semasa membuat permohonan tuntutan:

  1. Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani;
  2. Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) atau pasport jika pemohon bukan warganegara;
  3. Dokumen asal yang berkaitan (Buku bank, sijil simpanan tetap dan lain-lain);
  4. Salinan muka hadapan buku akaun atau penyata bank pemohon yang masih aktif yang disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun).

Semoga panduan cara semak dan buat tuntutan wang tak dituntut ini boleh membantu memudahkan proses anda. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari insurans kereta terbaik, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans terbaik di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2023 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60

Lindung Diri dan Keluarga dengan Perlindungan Insurans Menyeluruh

X