Raikan Krimas dan Tahun Baharu dengan sinar kegembiraan dan kebahagiaan bersama Qoala sempena Qoala Says YES. Bermula 23 Disember 2022 hingga 3 Januari 2023, anda berpeluang untuk menikmati pelbagai diskaun menarik dan tawaran terhebat apabila anda renew insurans kereta, insurans motor dan insurans kesihatan di Qoala.
Qoala Says YES: Renew Insurans Kereta, Motosikal dan Kesihatan, Rebut Pakej Percutian, Hadiah Lain Bernilai Sehingga RM12,800!
Kebiasaannya, kebanyakan orang akan menghabiskan masa pada hujung tahun dengan bercuti ke luar negara, melawat ahli keluarga di kampung atau mencipta kenangan baharu bersama dengan yang tersayang.
Bersempena dengan itu dan selari dengan sambutan Krismas dan Tahun Baharu, Qoala Malaysia meraikan pelanggan bertuah yang mendapatkan insurans kesihatan serta pelanggan yang memperbaharui insurans motor dan kereta melalui kempen #QoalasaysYES yang berlangsung dari 23 Disember 2022 hingga 3 Januari 2023.
Hadiah Cabutan Bertuah Menanti Pelanggan Bertuah
Dengan mengetengahkan tema YES kepada Keseronokan, YES kepada Kegembiraan dan YES kepada Ketenangan, pelanggan bertuah yang renew insurans kereta di Qoala berpeluang untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM12,800.
📌 Pelanggan Bertuah Insurans Takaful Ikhlas
Pelanggan yang renew insurans (untuk premium melebihi RM1,000) dengan Takaful Ikhlas berpeluang memenangi hadiah utama pakej percutian bernilai RM2,500.
Selain itu, lima pelanggan bertuah (yang renew insurans dengan premium antara RM500 hingga RM999) pula berpeluang memenangi bagasi bernilai RM800.
20 pelanggan bertuah yang renew insurans dengan premium di bawah RM499 pula berpeluang memenangi Touch ‘n Go eWallet bernilai RM100.
📌 Pelanggan Bertuah Insurans Generali Malaysia
Semua pelanggan yang renew insurans dengan Generali Malaysia pula berpeluang memenangi kotak simpanan barangan (car boot organizer) eksklusif.
📌 Pelanggan Bertuah Insurans LONPAC
Tiga pelanggan bertuah yang memperbaharui insurans dengan nilai premium melebihi RM500 berpeluang memenangi bagasi bernilai RM800.
Selain itu, 30 pelanggan bertuah yang memperbaharui insurans dengan nilai premium di bawah RM500 pula berpeluang memenangi Touch ‘n Go eWallet bernilai RM30
📌 Pelanggan Bertuah RHB Insurance
20 pelanggan bertuah RHB Insurance yang renew insurance dengan nilai premium melebihi RM300 berpeluang memenangi baucar GrabPay bernilai RM50.
Malah pelanggan bertuah juga berpeluang memenangi freebies eksklusif daripada Qoala antaranya roadtax sticker, keychain, tag bagasi dan banyak lagi. Anda boleh layari qoala.my untuk info lanjut.
Beli Insurans Kereta, Motosikal dan Kesihatan di Qoala untuk Ketenangan Fikiran
Sekiranya anda ingin dapatkan polisi perlindungan insurans menyeluruh untuk perlindungan anda dan keluarga, layari laman web Qoala untuk info lanjut.
Qoala merupakan platform perbandingan insurans yang komprehensif yang menawarkan pelbagai pilihan insurans daripada insurans kereta, insurans motor, insurans perjalanan sehinggalah insurans rumah dan insurans kesihatan.
Anda boleh bandingkan pelan perlindungan insurans terbaik daripada beberapa syarikat insurans popular di Malaysia dengan penghantaran roadtax secara terus ke rumah anda #QoalasaysYES