Bateri Telefon: Cara Cas Iphone dengan Betul

Kali terakhir diperbaharui Nov 23, 2023 oleh Shafiq Wahab
Bateri Telefon: Cara Cas Iphone dengan Betul

Bateri telefon adalah salah satu komponen yang paling penting dalam sesebuah telefon. Salah satu masalah besar dengan mana-mana telefon adalah jangka hayat baterinya. Makin lama tempoh telefon  itu digunakan, makin cepatlah bateri telefon itu habis.

Cara Cas Bateri Telefon Yang Betul Supaya Tak Mudah Rosak

Secara purata, jangka hayat sesebuah telefon dapat bertahan selama tiga ke lima tahun dengan charging cycle sebanyak 500 ke atas. Ini bermakna, bateri telefon yang telah digunakan lebih dari tiga tahun baterinya mungkin tidak sekuat bateri telefon baru.

Biasanya, tiga perkara yang boleh merosakkan bateri telefon ialah usia handphone, suhunya, dan charging cycle. Ada sembilan cara asas yang perlu korang lakukan secara konsisten.

1. Perlu Ke Handphone Dicas Sehingga 100% ?

Untuk make sure bateri telefon korang bertahan bertahun-tahun, korang disarankan untuk cas bateri telefon korang lebih kerap untuk beberapa kali berbanding mengecas bateri full sehingga 100 peratus daripada peratusan rendah.

Berbalik kepada charging cycle. Setiap kali bateri telefon korang dicas sehingga penuh, ia akan dikira full charging cycle. Untuk memastikan bateri telefon berfungsi dengan baik dalam jangka masa yang lama, elakkan full charge sebanyak yang boleh.

2. Waktu Paling Sesuai untuk Cas Bateri Telefon

Tips ini adalah antara tips yang sangat penting. Pengguna telefon perlu mengamalkan untuk pastikan bateri telefon berada dalam 30 peratus ke 90 peratus sepanjang masa.

Bateri dah turun ke 50 peratus? Time ni lah korang boleh cas. Tapi jangan cas sehingga 100 peratus. Ini bermakna, tabiat cas bateri telefon sebelum tidur sebenarnya tidak sihat untuk ketahanan bateri.

Sekiranya bateri telefon dah ada pada paras 80 peratus, korang tak perlu cas sehingga penuh kerana ia akan membuat bateri cepat rosak. So, waktu yang terbaik untuk cas telefon adalah pada waktu pagi. Contohnya semasa korang sedang bekerja. Sambil-sambil bekerja tu bolehlah tengok peratus bateri telefon yang sedang dicas.

Lagi satu, untuk mengekalkan jangka hayat bateri telefon yang kebanyakannya diperbuat daripada lithium-ion, korang juga disarankan untuk tidak gunakan telefon terlalu kerap pada 20 peratus ke bawah.

Apa yang kita boleh simpulkan disini, bila gunakan handphone, pastikan peratus bateri berada di tahap pertengahan. Tidak terlalu rendah, tidak terlalu tinggi.

3. Suhu Telefon Tidak Boleh Berada Pada Tahap Panas

Untuk pengetahuan korang, suhu telefon yang terlalu panas akan menyebabkan bateri telefon cepat rosak. Korang disarankan untuk mencabut charger bateri apabila bateri telefon sudah mencapai 80 peratus ke 90 peratus. Ini kerana, tabiat mengecas bateri telefon berpanjangan selepas mencapai 100 peratus boleh menyebabkan bateri cepat panas.

Bukan itu saja, korang juga dinasihatkan untuk mengelakkan telefon korang berada pada persekitaran yang terlalu panas seperti dalam kereta, sebelah oven, di tepi tingkap atau terdedah pada cahaya matahari yang terik.

Biasanya, bateri handphone hanya dapat berfungsi secara optimum di dalam persekitaran suhu di antara 20°C ke 30°C.

cara cas iphone dengan betul

4. Jangan Gunakan Telefon Ketika Sedang Dicas

Tabiat ni sebenarnya ramai yang buat. Walaupun ramai dah tahu tentang bahaya menggunakan telefon ketika dicas, tapi masih ramai yang buat.

Sebenarnya, tabiat ni akan melambatkan lagi proses pengecasan dan membuatkan bateri telefon korang tidak dapat berfungsi dengan baik dalam jangka masa yang lama.

5. Jangan Guna Charger Cap Ayam

Sudah semestinya charger yang terbaik adalah charger yang disertakan sekali dengan pembelian telefon. Betul tak?

Oleh itu, korang disarankan untuk menggelakkan diri daripada menggunakan charger yang tidak berkualiti tinggi atau tidak jelas jenamanya. Bukan apa, tak berbaloi kalau gunakan charger cap ayam untuk berjimat ttapi pada akhirnya korang kena juga keluarkan duit untuk baiki bateri telefon tu.

Charger bateri yang tidak berkualiti tinggi boleh menyebabkan telefon terbakar atau meletup. Kalau korang memerlukan charger baru, belilah daripada pembekal yang dipercayai dengan jenama yang sama bagi memastikan telefon korang dapat bertahan lebih lama.

6. Tetapkan Setting Untuk Lindungi Bateri Telefon

Biasanya handphone model baru mempunyai setting khas untuk membantu korang cas handphone dengan lebih baik.

Semak di bahagian ‘Setting’ telefon. Tetapan ini kebanyakannya berfungsi untuk memastikan handphone dicas pada tahap yang optimum dan bagi elakkan full charge.

Contohnya bagi Samsung Galaxy Tab S7, ia mempunyai tetapan “Protect Battery” di bawah “Settings /Device Maintenance/ Battery” untuk menetapkan kapasiti caj kepada 85%.

iPhone pula mempunyai tetapan “Optimized Battery Charging” untuk perlahankan atau berhentikan pengecasan apabilan bateri dicas mencapai 80% mengikut keadaan.

Elok Ke Cas Bateri Telefon Gunakan Slot Pengecas dalam Kereta?

Elok ke tak sebenarnya cas bateri telefon gunakan slot pengecas dalam kereta? Berdasarkan Brooke Nelson dalam tulisannya di Readers Digest, tabiat mengecas smartphone didalam kereta ini akan membuatkan sesebuah fon itu terdedah dengan kerosakan.

Puncanya? Kuasa elektrik didalam kereta terutamanya melalui slot pembakar rokok itu membekalkan 10amp secara terus ke bateri fon sedangkan kebanyakan pengecas smartphone hanya menyokong kuasa pengecasan dari 1 hingga 3amp sahaja.

Kuasa yang dibekalkan secara tidak stabil itu juga boleh merosakkan bateri komponen dalaman fon, malah lebih parah lagi jika ianya mengakibatkan komponen utama pada sesebuah mainboard.

Perbezaan USB Cable

Ada banyak jenis USB cable yang ada di pasaran. Tapi, yang mana satu yang betul untuk bateri telefon anda? Salah beli cable, rugi lah pula. Ini dia perbezaan USB cable:

1. Micro USB

Micro USB adalah sejenis USB cable yang digunapakai sehingga ke hari ini. Kebanyakkan jenis Micro USB ini masih di gunakan pada peranti kelas pertengahan yang menawarkan spesifikasi yang sederhana.

Dan pada tahun 2019, ada banyak model smartphone yang baru dah mula menggunakan USB Type C. Dari segi bentuk fizikal micro USB, bentuknya bersegi flat di bahagian bawah dan bersegi di bahagian atas. Maksudnya, pengguna hanya boleh memasukkan USB ini untuk mengecas bateri telefon pada satu arah sahaja.

Kelemahan USB Cable jenis Micro-USB adalah:

  • Pengguna hanya boleh masukkan USB cable ini pada satu kedudukan ikut port USB smartphone. Tidak boleh terbalik.
  • Menawarkan kadar pengecasan (voltan /arus) yang terhad, serta kadar pemindahan data yang juga lebih perlahan.

Dari segi kelebihan pula, pengguna mudah untuk mendapatkan USB cable ini kerana ia banyak dijual di pasaran dengan pelbagai jenama dan fungsi tambahan.

2. USB Type C

USB Type C adalah sejenis USB cable terbaharu dan semakin luas digunakan pada peranti yang dihasilkan sejak belakangan ini. USB jenis ini pada permulaannya banyak ditemui pada smartphone yang berspesifikasi tinggi. Namun, kini sudah ada beberapa peranti kelas pertengahan yang menggunakan USB type C ini sebagai port USB pengguna.

Antara Kelebihan USB Type C ini adalah:

  • Pengguna boleh gunakan USB cable ini secara berbalik / pelbagai arah – atas dan bawah tanpa masalah.
  • Ia mampu membawa voltan dna arus yang lebih tinggi, Jadi, ia membantu mengecas bateri smartphone /data transfer anda dengan lebih pantas berbanding Micro USB dan Lightning.
  • Penggunaan USB jenis ini akan lebih meluas di masa akan datang.

Cuma sedikit kelemahan cable jenis ini adalah, harganya sedikit tinggi dari jenis Micro USB. Tetapi trend harga USB Type C ini sudah nampak kan penurunan sedikit demi sedikit.

3. Apple Lightning

USB cable lightning ini khas digunakan pada peranti keluaran jenama Apple sahaja seperti iPhone, iPad serta beberapa model Macbook. Sama seperti USB type C di mana, USB Lightning ini boleh digunakan secara revisible /terbalik. So ia lebih memudahkan pengguna semasa proses pengecasan / memindahkan data ke iPhone pengguna.

Dari segi bentuk fizikal, USB ini  tiada lubang di tengah-tengah seperti Micro USB dan Type C kerana connector nya di letakkan di bahagian luar.

Tapi korang kena berhati-hati dengan USB Cable iPhone yang tiruan. Cable tiruan tersebut banyak di jual di pasaran luar dengan harga sangat murah  Jadi, korang disarankan untuk menggunakan Lightning cable yang mempunyai certified MFi. Ia lebih berkualiti tinggi dan tahan lebih lama.  Sebarang cable yang ada MFi , ia di ikitiraf secara rasmi oleh pihak Apple dan sesuai dengan sistem iOS tersebut.

Macam Mana Nak Tahu USB Cable Yang Kita Beli Certified MFi Atau Tidak?

Apple ada jenama telefon bimbit yang tidak asing lagi dalam dunia serba moden sekarang. Dan Apple juga adalah antara syarikat terawal di dunia yang berjaya mencapai nilai $1 Trillion. Jadi tak terkejutlah bila kita lihat produk Apple digunakan di serata dunia.

Dalam menjaga kualiti serta kepuasan pengguna Apple seluruh dunia, Apple memperkenalkan MFI Program bagi memastikan setiap aksesori yang dikeluarkan oleh pihak ketiga selamat serta sesuai digunakan pada peranti mereka tanpa memberi sebarang masalah kelak.

Apa itu Apple MFi Program ?

MFi adalah program berlesen dari Apple kepada pihak pembangun / pengeluar hardware dan software bagi memastikan setiap hardware dan software mereka sesuai digunakan pada peranti Apple seperti iPhone, iPad dan iPod.

Maksud di sebalik MFi adalah “Made For iPhone/iPad/iPod”. Kesemua aksesori dari pihak ketiga perlu melalui ujian dari pihak Apple. Setelah lulus ujian piawaian MFi ini, mereka boleh menggunakan logo MFi pada kotak aksesori mereka untuk dipasarkan.

bateri telefon
Foto Kredit: The Apple Post

Untuk semua pengguna smartphone Apple,  sila pastikan setiap aksesori yang korang nak beli mempunyai logo MFi seperti di atas. Ini bagi memastikan aksesori korang selamat digunakan tanpa menjejaskan prestasi peranti Apple.

Antara masalah-masalah yang bakal korang hadapi jika menggunakan aksesori yang tiada piawaian Apple MFi ini adalah (contoh USB Cable):

  • Peranti iOS mungkin akan rosak dengan lebih cepat
  • Aksesori tiada MFi lebih cepat serta mudah rosak.
  • Bahagian penyambung (connector) tidak sesuai (fit) dengan USB port IOS, atau ia akan lebih panas serta cepat tercabut/patah.
  • Pengguna mungkin tidak boleh mengecas atau snyc peranti iOS

Jadi, sebelum korang nak beli aksesori untuk peranti Apple, sila pastikan aksesori tersebut seperti USB Cable, Charger mempunyai logo baharu Apple MFi. Korang juga boleh periksa jenama serta model aksesori yang sudah melepasi piawaian Apple MFi.

Telefon bimbit pintar ni dah jadi satu keperluan. Tambah-tambah lagi dengan zaman moden sekarang. Jadi, pastikan korang jaga telefon bimbit korang betul-betul okay! Nak renew roadtax kereta dan insurans kereta terbaik? Renew je dengan Qoala!

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60