Jaga-jaga, Ini 5 Tanda Bateri iPhone Rosak

Kali terakhir diperbaharui Dec 19, 2023 oleh Shafiq Wahab
Jaga-jaga, Ini 5 Tanda Bateri iPhone Rosak

Bateri iPhone memang sangat terkenal dengan beberapa sebab. Antaranya adalah cepat drain, cepat rosak, dan cepat naik. Siapa yang pakai iPhone tu tahu lah. Tapi sebelum tu Qoala nak tanya sikitlah. Bateri iPhone korang selalu tiba-tiba mati? Kalau tengok YouTube, confirm bateri turun macam air? Tengah syok video call, tiba-tiba iPhone terpadam? Atau korang sekarang dah bergantung hayat dengan power bank?

5 Tanda Bateri iPhone Sudah Rosak

Jangan risau guys, ini beberapa tanda bateri iPhone rosak yang korang boleh semak:

1. Bateri iPhone Kembung

Tanda bateri iPhone rosak yang paling terang lagi bersuluh adalah bateri kembung. Bagi yang tak familiar dengan istilah bateri kembung, bateri kembung adalah apabila bateri iPhone mula mengembang sehingga timbul dan boleh dirasa di belakang telefon. Bila bateri dah mula kembung, memang dah sampai masanya untuk korang tukar bateri iPhone korang.

Bila bateri iPhone tu dah mula kembang, jangan pula cuba ditekan. Sebabnya tindakan itu boleh mengeruhkan lagi keadaan. Penukaran bateri kena dilakukan dengan cepat kerana dibimbangi boleh meletup.

2. Phone Tiba-tiba Mati

Ini antara tanda bateri rosak yang korang kena perhatikan. Pernah tak tengah sibuk scroll media sosial tiba-tiba phone mati. Padahal ada 50 peratus lagi. Dan bila dicas semula, terus kepada kosong peratus.

Ini maknanya bateri korang sedang di ambang kerosakkan dan memerlukan pertukaran bateri dengan segera.

3. Hanya Berfungsi Ketika di Cas

Bayangkan jika kita terpaksa bergantung kepada charger dan terpaksa membawa powerbank ke mana sahaja. Susah, kan? Jika iPhone korang hanya berfungsi ketika pengecasan, itu maknanya bateri iPhone korang sedang mengalami masalah.

Masalah ini juga akan menyebabkan iPhone menjadi panas sekaligus mengundang bahaya kepada pengguna.

4. Peratus Bateri iPhone Cepat Turun dan Naik

Perasan tak kadang-kadang macam baru je telefon kita ni fully charged, tiba terus mendadak turun peratus baterinya. Walhal kita hanya melihat aplikasi seperti WhatsApp dan Facebook sahaja, Bukannya tengok movie atau main game.

Lepas tu bila kita cas semula, peratus bateri naik mendadak pula. Bila peratus bateri sudah tak stabil seperti ini, ia adalah tanda-tanda bateri korang mula nak rosak.

5. Peratus Bateri Tak Naik-naik

Walaupun sudah dicas berjam-jam, bateri masih tidak naik. Bila kejadian macam tu, mula lah kita pinjam mak ayah kakak abang punya charger untuk digunakan pada telefon kita. Padahal yang bermasalah adalah bateri iPhone itu sendiri.

bateri iphone

Sebab-sebab bateri iPhone cepat rosak

Eh rasa macam dah cas penuh je pagi tadi, dah kena cas balik? Pernah stress sebab kena cas iPhone sampai tiga ke empat kali sehari? Sabar, jangan dibuang telefon tu – masalahnya cuma bateri.

Apa yang korang kena buat sekarang adalah semak kenapa dan apa punca bateri korang mengalir macam air terjun.Ini adalah enam sebab kenapa bateri korang boleh rosak:

Cas Sehingga 100%

Kenapa pula tak boleh cas sampai 100 peratus? Bukan ke lagi bagus kalau bateri dicas penuh? Untuk pengetahuan korang, para penyelidik mencadangkan bahawa jangka hayat bateri yang sihat adalah pada tahap di antara 30 hingga 80 peratus sahaja.

Bateri jenis lithium-ion tidak perlu dicas sepenuhnya. Ini kerana voltan tinggi akan dipressure masuk ke dalam bateri lalu menyebabkan bateri mudah rosak.

Membiarkan Telefon sehingga Bateri Mati

Ini sering menjadi tabiat ramai orang. Membiarkan telefon sehingga ia mati dan dicas kemudian. Selepas dikaji, bateri jenis Li-on menunjukkan kehilangan kapasiti yang banyak apabila tahap bateri jatuh pada 50 peratus daripada 100 peratus.

Ia akan kehilangan lebih banyak kapasiti lagi apabila telefon mati sepenuhnya.

Overcharging

Mengecas telefon semalaman bukan sahaja dapat merosakkan bateri iPhone korang, malah korang pun sekali terdedah dengan bahaya letupan. Mengecas telefon secara berterusan dapat memendekan jangka hayat bateri.

Untuk pengetahuan korang, jangka hayat bateri lithium-Ion adalah pada sekitar dua sehingga tiga tahun atau sebanyak 300 sehingga 500 kitaran pengecasan. Overcharging juga boleh menyebabkan iPhone korang jadi panas.

Kenapa Bateri iPhone Cepat Panas?

Pengguna iPhone, selalu tak iPhone korang cepat panas? Dan apabila iPhone menjadi panas, sekaligus menyebabkan bateri iPhone cepat habis.

Sama seperti telefon-telefon canggih yang lain, iPhone ada sebuah telefon yang berkonsepkan komputer bersaiz mini. Seperti komputer juga, iPhone turut mengeluarkan haba yang mengakibatkan badan telefon tersebut menjadi panas.

Namun, apa yang membezakan telefon dengan komputer ada, komputer mempunyai fungsi kipas untuk menurunkan suhu panas, makakala iPhone, tidak. Ada beberapa punca yang menyebabkan iPhone menjadi panas. Ini antaranya:

iPhone Overwork

Suhu yang tiba-tiba naik pada iPhone boleh terjadi disebabkan ia digunakan terlalu lama melebihi kemampuan dan kesesuaian pada sesuatu masa. Antara aplikasi-aplikasi yang sering digunakan pada masa yang lama adalah video streaming dalam resolusi HD, gaming, penggunaan GPS atau Waze. Penggunaan-penggunaan yang lama ini menyumbangkan iPhone menjadi panas.

Suhu yang Tidak Sesuai

Untuk pengetahuan korang, peranti iOS yang direka Apple dirangka untuk beroperasi dengan baik dan lancar pada suhu 0 ke 35 darjah celcius. Apabila iPhone tersebut digunakan pada suhu atau cuaca yang tidak sesuai, ia akan menyebabkan iPhone menjadi panas sekaligus mengganggu prestasinya daripada berjalan dengan lancar.

Sekirannya iPhone didapati terlalu panas, ia akan mengeluarkan satu mesej mengenai masalah itu pada skin iPhone dan pengguna tidak boleh menggunakannya selagi suhunya tidak turun.

Bateri Ion Lithium

Kadang-kadang, bateri iPhone jenis Ion Lithium yang rosak itu sendiri boleh menyebabkan iPhone sering menjadi panas. Disini, pengguna boleh melihat iPhone menjadi panas dan menyebabkan bateri iPhone cepat habis.

Jenama-jenama telefon pintar yang lain, seperti Samsung ada mengatakan bahawa penggunaan bateri jenis Ion Lithium boleh mengundang risiko-risiko seperti bateri rosak sekiranya bateri tersebut sering menjadi panas.

Walaupun ianya dianggap masih lagi selamat digunakan, penggunaan  yang ekstrem dapat menyebabkan bateri iPhone mudah jadi panas sekaligus rosak.

Pengecas Cap Ayam

iPhone juga terkenal dengan pengecasnya yang mudah rosak dan juga mahal. Oleh yang demikian, ramai memilih jalan pintas dengan menggunakan pengecas bukan original dan tidak disahkan SIRIM.

Untuk pengetahuan korang, hanya pengecas Apple atau pengecas jenis third-party yang disahkan dengan seal Made for iPhone sahaja yang selamat digunakan. Apa jadi kalau guna pengecas tidak original atau cap ayam?

Korang akan meletakkan iPhone korang dalam risiko yang bahaya. Tak apalah mahal, janji berbaloi dan selamat digunakan. iPhone dah mahal, jadi kenalah kita jaga betul-betul. Kalau tak sayang lah boleh jadi cepat rosak. Semoga artikel kali ini dapat membantu korang!

Oh ya, kalau korang nak renew insurans kereta dengan road tax sekali, jangan lupa renew dengan Qoala! Cepat dan mudah!

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60