Insurans 101: Apa Itu Waiver of Betterment dalam Insurans Kereta?

Kali terakhir diperbaharui Aug 27, 2024 oleh Shafiq Wahab
Insurans 101: Apa Itu Waiver of Betterment dalam Insurans Kereta?

Insurans kereta komprehensif memainkan peranan penting dalam melindungi kereta daripada pelbagai risiko kerosakan. Selain perlindungan asas ini, pemilik kenderaan biasanya menambah perlindungan tambahan untuk perlindungan yang lebih optimum seperti insurans bencana alam (special perils), perlindungan cermin depan dan pengecualian untuk penambahbaikan atau waiver of betterment dalam polisi insurans kereta

Betterment dan Waiver of Betterment dalam Insurans Kereta di Malaysia

Bagi sesetengah orang, anda mungkin tidak biasa dengan istilah betterment atau waiver of betterment dalam insurans kereta. Jika anda mempertimbangkan untuk memasukkan perlindungan tambahan ini dalam polisi insurans kereta, penting untuk anda faham apa itu betterment dalam insurans kereta dan bagaimana waiver of betterment boleh membantu anda ketika ingin membuat tuntutan insurans.

1. Apa Itu Betterment Insurans Kereta?

Sebelum anda tahu tentang waiver of betterment, penting untuk anda tahu apa yang dimaksudkan dengan betterment dalam polisi insurans kereta. Secara ringkasnya, betterment bermaksud kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pemegang polisi untuk alat ganti baharu yang diperlukan untuk pembaikan kenderaan.

Semasa membuat tuntutan, kebanyakan syarikat insurans hanya menanggung kos bagi penggunaan alat ganti terpakai. Jadi, ada kemungkinan kereta anda rosak lagi pada masa akan datang. Salah satu cara untuk mengurangkan risiko ini adalah dengan mengunakan alat ganti baharu yang tulen. Di sinilah peranan betterment dalam menanggung kos dan caj pembaikan alat ganti baharu.

Perlindungan insurans tambahan ini biasanya ditawarkan kepada kenderaan yang berusia antara lima hingga 10 tahun sahaja. Anda boleh rujuk jadual berikut untuk ketahui kadar caj betterment standard di Malaysia:

Usia Kenderaan (Tahun) Kadar Caj Betterment (Peratus)
Bawah 5 tahun 0
5 15
6 20
7 25
8 30
9 35
10 tahun dan ke atas 40

Betterment dan Waiver of Betterment dalam Insurans Kereta di Malaysia

Sebagai contoh, andaikan kereta Perodua Myvi anda yang berusia tujuh tahun mengalami kerosakan dan perlu menukar beberapa alat ganti. Kos keseluruhan penukaran alat ganti dianggarkan berjumlah RM5,000. Ini bermaksud, anda perlu mengeluarkan kos sendiri sebanyak 25 peratus atau kira-kira RM1,250.

Manakala, baki selebihnya sebanyak RM3,750 atau 75 peratus daripada kos akan ditanggung oleh pihak insurans. Meskipun begitu, penting untuk anda tahu kos tambahan ini hanyalah untuk alat ganti sahaja tidak termasuk kos upah.

2. Kenapa Anda Perlu Tambah Waiver of Betterment dalam Polisi Anda?

Bagi mengelakkan anda daripada mengeluarkan kos tambahan untuk penukaran alat ganti baharu, anda boleh memasukkan perlindungan waiver of betterment dalam polisi insurans kereta. Biasanya, kadar premium tambahan yang perlu dibayar jauh lebih murah berbanding kos yang perlu dikeluarkan untuk bayar alat ganti baharu.

Dengan perlindungan ini, anda tidak lagi perlu membayar RM1,250 kepada syarikat insurans kerana kos pembaikan akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans. Tanpa betterment waiver, anda mungkin perlu membayar sebahagian daripada kos penggantian alat ganti yang rosak. Ini boleh menjadi beban tambahan lebih-lebih lagi jika kereta anda model kereta lama atau kos pembaikan terlalu tinggi.

Pengecualian ini juga membantu memastikan kereta anda dibaiki dengan alat ganti yang asli tanpa mengurangkan nilainya – penting jika anda merancang untuk menjual kereta anda pada masa hadapan.

3. Berapa Kadar Premium Tambahan untuk Pengecualian Penambahbaikan?

Dengan betterment waiver, anda tidak perlu lagi risau tentang kos tambahan. Ini kerana, ia menawarkan perlindungan yang lebih menyeluruh dan mengelakkan anda daripada terbeban dengan kos tersembunyi selepas kemalangan. Berikut adalah anggaran jumlah premium tahunan terkini yang dikenakan mengikut syarikat insurans MSIG. Kos ini dikira berdasarkan jumlah sum insured dan umur kenderaan.

Jumlah Sum Insured (RM)
Usia Kenderaan (Tahun) Bawah 100,000 100,000 hingga 200,000
Premium Tahunan (Tidak termasuk Caj Perkhidmatan 8%) (RM)
4 (baharu) 30 40
5-7 90 200
8-11 180 300
12-15 225 400

Senarai Syarikat Insurans yang Menawarkan Waiver of Betterment

Di Malaysia, ada beberapa syarikat insurans yang menawarkan pengecualian untuk penambahbaikan atau waiver of betterment ini dengan bayaran premium tambahan. Perlindungan ini boleh membantu mengurangkan beban kewangan kepada pemilik kenderaan untuk menukar alat ganti lama kepada alat ganti baharu yang original.

Berikut adalah senarai syarikat insurans di Malaysia yang menawarkan pengecualian untuk penambahbaikan:

  • Allianz Insurance;
  • MSIG Insurance;
  • Generali Malaysia Insurance;
  • Kurnia Insurance;
  • Berjaya Sompo Insurance;
  • Zurich Insurance.

Perbaharui Insurans Kereta Terbaik dengan Qoala Malaysia untuk Ketenangan Fikiran

Perbaharui Insurans Kereta Terbaik di Qoala Malaysia untuk Ketenangan Fikiran

Jika kereta anda berusia lebih lima tahun, anda boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan perlindungan tambahan ini. Andaikan kereta anda terlibat dalam kemalangan dan dihantar ke bengkel panel untuk pembaikan. Anda hanya layak untuk mendapat alat ganti second hand atau terpakai sahaja.

Ia sedikit sebanyak akan merugikan anda kerana kereta anda berisiko untuk mengalami kerosakan berulang pada masa akan datang akibat penggunaan alat ganti terpakai. Dengan perlindungan waiver of betterment ini, anda boleh mendapatkan alat ganti baharu tanpa perlu membayar sebarang caj tambahan.

Sekiranya anda ingin menambah perlindungan pengecualian untuk penambahbaikan ke atas kereta anda, penting untuk anda:

Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan perlindungan insurans kereta terbaik, layari laman web Qoala Malaysia untuk maklumat lanjut. Qoala adalah platform insurans yang membolehkan anda bandingkan dan memilih insurans kereta berpatutan daripada beberapa syarikat insurans terkemuka. Dapatkan sebut harga percuma di Qoala dan pilih pelan insurans kereta terbaik hari ini!

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60