Apa Itu Sum Insured dalam Insurans Kereta 2024

Kali terakhir diperbaharui Aug 5, 2024 oleh Shafiq Wahab
Apa Itu Sum Insured dalam Insurans Kereta 2024

Semasa memperbaharui insurans kereta, anda perlu menetapkan jumlah diinsuranskan atau sum insured untuk kereta anda. Biasanya, jumlah diinsuranskan ini ditetapkan mengikut nilai pasaran atau nilai dipersetujui bergantung pada keperluan individu. Tetapi, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan jumlah diinsuranskan atau sum insured dalam perlindungan polisi insurans kereta ini?

Sum Insured Insurans Kereta: Nilai Pasaran vs Nilai Dipersetujui?

Jumlah diinsuranskan atau sum insured merujuk pada jumlah perlindungan untuk kereta anda. Dalam erti kata lain, ia mewakili jumlah maksimum yang boleh dituntut daripada syarikat insurans sekiranya berlaku kerugian dan kerosakan akibat kemalangan.

Oleh sebab itu, penting untuk anda pastikan jumlah diinsuranskan sepadan dengan nilai pasaran semasa kereta anda. Jika kereta rosak atau hilang, anda tidak perlu menanggung jumlah yang tidak mencukupi daripada poket anda sendiri.

Jumlah diinsuranskan biasanya akan berkurangan setiap tahun disebabkan oleh faktor penyusutan nilai kereta.

Sum Insured Insurans Kereta: Nilai Pasaran vs Nilai Dipersetujui?

Apa Jumlah Diinsuranskan yang Sesuai untuk Insurans Kereta Anda?

Apabila anda memperbaharui atau beli insurans kereta, anda biasanya akan ditawarkan dua pilihan sum insured – nilai pasaran atau nilai dipersetujui. Apa yang membezakan antara nilai pasaran vs nilai dipersetujui ini?

Nilai Pasaran (Market Value)

Secara ringkasnya, nilai pasaran merujuk kepada nilai kereta mengikut harga semasa kenderaan tersebut dalam pasaran. Nilai ini biasanya ditentukan oleh faktor-faktor seperti jenama, model dan tahun pembuatan kenderaan.

Sebagai contoh, anda mengambil perlindungan insurans dengan nilai pasaran sebanyak RM55,000 pada Januari 2024. Anda buat tuntutan kerugian total loss akibat kemalangan pada November 2024.

Pembayaran balik yang diterima akan kurang daripada RM55,000 kerana kereta anda telah susut nilai. Tuntutan kemalangan akan dibayar berdasarkan nilai kereta pada masa tuntutan dibuat.

Nilai Dipersetujui (Agreed Value)

Berbeza pula dengan nilai dipersetujui, kereta anda diinsuranskan berdasarkan nilai yang dipersetujui antara anda dan syarikat insurans semasa beli insurans. Contohnya, anda bersetuju untuk beli insurans kereta dengan perlindungan RM55,000 pada Januari 2024.

Pada November tahun yang sama, anda buat tuntutan akibat kemalangan yang berlaku. Anda akan menerima pampasan mengikut jumlah yang dipersetujui semasa beli insurans iaitu RM55,000. Jumlah ini tidak akan berubah meskipun nilai pasaran semasa kereta anda telah menyusut.

Namun begitu, penting untuk anda tahu kadar premium untuk nilai dipersetujui akan lebih tinggi berbanding nilai pasaran.

Kenapa Pemilihan Sum Insured Ini Penting?

Apabila memilih sum insured untuk kereta anda, pastikan jumlah perlindungan yang ditentukan tidak melebihi atau kurang daripada perlindungan yang diperlukan. Sesuatu polisi insurans dikira terlebih perlindungan insurans atau over insured jika melebihi keperluan yang sewajarnya.

Andaikan anda beli insurans kereta dengan perlindungan yang lebih rendah. Apabila anda kurangkan jumlah diinsuranskan, anda boleh berjimat kerana jumlah premium yang perlu dibayar lebih rendah. Namun begitu, anda mungkin berdepan risiko kerugian pada masa akan datang.

Walaupun anda boleh berjimat sekarang, anda berisiko untuk tidak menerima pampasan yang sewajarnya untuk kerugian atau kerosakan yang berlaku. Anda berkemungkinan perlu topup baki yang kurang untuk baiki kerosakan menggunakan duit simpanan anda sendiri.

5 Faktor yang Boleh Mempengaruhi Jumlah Diinsuranskan

Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan sum insured untuk insurans kereta anda, antaranya:

Renew Insurans Kereta di Qoala untuk Ketenangan Fikiran

1. Nilai Pasaran Semasa

Syarikat insurans biasanya akan ambil kira nilai pasaran semasa atau susut nilai dalam menentukan jumlah diinsuranskan.

2. Usia Kenderaan

Usia kenderaan juga boleh mempengaruhi nilai pasaran atau nilai dipersetujui. Kereta baharu biasanya mempunyai nilai insurans yang lebih tinggi berbanding kereta lama.

Dalam erti kata lain, semakin baharu usia kereta, semakin baik nilai pasaran – semakin tinggi sum insured akan ditetapkan.

3. Model dan Jenama Kereta

Syarikat insurans juga akan melihat jenama dan model kereta dalam menentukan jumlah diinsuranskan. Model kereta mewah dan mahal biasanya akan mempunyai jumlah diinsuranskan yang lebih tinggi berbanding model kereta standard.

4. Perlindungan Tambahan

Jika anda ada menambah mana-mana perlindungan tambahan seperti perlindungan aksesori dan sebagainya, jumlah diinsuranskan akan disesuaikan mengikut keperluan.

5. Lokasi Geografi

Biasanya, lokasi kereta anda diparkir dan digunakan turut akan mempengaruhi jumlah diinsuranskan. Kawasan yang terdedah kepada risiko kecurian dan kemalangan perlu mendapatkan jumlah perlindungan yang lebih tinggi.

Beli Insurans Kereta Terbaik di Qoala Hari Ini

Beli Insurans Kereta Terbaik di Qoala untuk Ketenangan Fikiran

Apabila tiba masa untuk memperbaharui insurans kereta anda, anda disarankan untuk memeriksa nilai pasaran semasa kereta anda. Ini penting bagi memastikan kereta anda tidak dilindungi di bawah nilai pasaran (under insured) atau melebihi nilai pasaran (over insured).

Oleh sebab itu, penting untuk anda semak dan selaraskan jumlah diinsuranskan secara berkala. Ambil kira faktor-faktor seperti susut nilai, pengubahsuaian atau modification tambahan yang dibuat pada kereta sebelum tentukan sum insured yang sesuai

Untuk jumlah perlindungan sum insured yang tepat dan sesuai, layari laman web Qoala untuk maklumat lanjut! Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans paling popular di Malaysia. Anda boleh bandingkan insurans kereta terbaik secara percuma dan pilih mana-mana insurans yang menepati keperluan dan bajet anda.

Kongsi:
About Writer
Editor
Pakar pengurusan kewangan peribadi untuk membantu anda uruskan kewangan dengan lebih baik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60