7 Soalan Lazim Berkaitan Insurans Kenderaan di Malaysia

Kali terakhir diperbaharui Sep 19, 2024 oleh Shafiq Wahab
7 Soalan Lazim Berkaitan Insurans Kenderaan di Malaysia

Apabila melibatkan insurans kenderaan, ramai dalam kalangan anda mungkin masih lagi keliru dengan perlindungan, tuntutan serta aspek lain yang ditawarkan. Bagi anda yang ingin beli insurans kereta, penting untuk anda ambil tahu aspek-aspek berkaitan insurans kenderaan. Ini bagi memastikan anda tidak terlepas pandang sebarang perkara penting dan mengelakkan anda daripada membuat sebarang kesilapan.

Soalan Lazim Tentang Insurans Kenderaan dan Proses Tuntutan Insurans Kereta 2024

Dalam artikel ini, kami akan menjawab beberapa soalan lazim yang sering ditanyakan mengenai insurans kenderaan, tuntutan kemalangan dan perkara-perkara lain berkaitan insurans kenderaan. Semoga panduan ini boleh membantu anda memahami insurans dengan lebih baik.

1. Bagaimana Cara Check Insurance Kereta?

Ada beberapa cara untuk semak status insurans kereta anda antaranya dengan buat semakan insurans kenderaan melalui MyCarInfo. Anda hanya perlu memasukkan butiran kenderaan seperti nombor plat kereta – maklumat berkaitan akan dipaparkan. Berikut merupakan cara semak insurans kereta online untuk rujukan dan panduan anda:

  1. Layari laman web MyCarInfo;
  2. Kemudian, pilih perkhidmatan yang anda perlukan seperti Nilai Pasaran Kenderaan, Pertanyaan NCD, i-Carian atau Semakan Kenderaan;
  3. Untuk semak insurans kenderaan, pilih i-Carian;
  4. Isikan maklumat diperlukan seperti nombor pendaftaran kereta, nama dan e-mel anda, kemudian tekan Enquire;
  5. Maklumat berkaitan insurans kenderaan anda akan dipaparkan.

Cara Claim Insuran Kereta di Malaysia

2. Bagaimana Cara Claim Insuran Kereta?

Perlindungan insurans kenderaan boleh membantu mengelakkan anda daripada mengeluarkan belanja sendiri untuk kos pembaikan. Di Malaysia, ada beberapa jenis tuntutan insurans kemalangan yang boleh anda pertimbangkan:

  • Claim insurans kereta kemalangan sendiri atau turut dikenali sebagai own damage claim. Tuntutan ini boleh dilakukan sekiranya kemalangan berpunca daripada kecuaian sendiri;
  • Tuntutan kerosakan sendiri tanpa kesalahan atau own damage knock for knock. Ini bermaksud, anda membuat tuntutan insurans kenderaan daripada syarikat insurans sendiri. Kemudian, syarikat insurans anda akan menuntut semula kos kerugian daripada syarikat insurans pihak ketiga;
  • Tuntutan insurans kemalangan pihak ketiga atau claim insurans kereta orang lain.

3. Bagaimana Cara Nak Claim Insurans Kereta Orang Lain?

Apabila berlaku kemalangan, anda disarankan untuk kekal tenang dan jangan panik. Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut bagi memudahkan proses nak claim insurans kereta orang lain.

1. Berhenti di Tempat Selamat

Alihkan kenderaan anda ke bahu jalan atau berhenti di mana-mana lokasi yang selamat. Jika kereta anda tidak boleh dialihkan disebabkan oleh kerosakan kereta yang serius, letakkan segi tiga amaran kecemasan sekurang-kurangnya 45 meter di belakang kereta.

2. Minta Bantuan Segera

Segera periksa dan kenal pasti tahap kerosakan yang berlaku pada kereta anda. Hubungi talian khidmat pelanggan syarikat insurans kereta bagi mendapatkan bantuan.

Jika kerosakan kereta anda memerlukan trak tunda, pastikan anda berurusan dengan pengendali trak tunda yang berdaftar dengan syarikat insurans sahaja bagi mengelakkan sebarang masalah.

3. Ambil Gambar Bukti, Catat Butiran Saksi (Jika Ada)

Ambil gambar kerosakan yang berlaku pada kereta dan gambar kenderaan yang melanggar kereta anda. Ini termasuklah butiran penting seperti nombor telefon, nombor plat kereta, roadtax kereta, kad pengenalan dan lesen memandu individu yang terlibat.

Catatkan lokasi dan masa kemalangan untuk memudahkan rujukan semasa membuat laporan polis. Jika ada, ambil maklumat saksi kejadian. Saksi-saksi ini boleh membantu memberi keterangan sekiranya diperlukan.

4. Segera Dapatkan Rawatan

Sekiranya kemalangan yang berlaku menyebabkan kecederaan, segera dapatkan rawatan di hospital. Jika bertangguh, ia mungkin menyukarkan anda untuk membuat tuntutan perubatan atau tuntutan-tuntutan lain (jika perlu).

5. Buat Laporan Polis

Segera ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis. Laporan polis membabitkan kemalangan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.

6. Maklumkan kepada Syarikat Insurans Kenderaan

Tuntutan insurans kemalangan perlu dilakukan dengan segera sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan. Berikut merupakan dokumen yang diperlukan oleh syarikat insurans semasa proses claim insurans kenderaan lain:

      • Salinan kad pengenalan;
      • Cover note insurans kenderaan;
      • Salinan lesen memandu;
      • Salinan asal laporan polis;
      • Salinan geran kereta;
      • Gambar kemalangan dan lakaran rajah dari pihak polis.

7. Servis Kereta di Bengkel Panel

Kereta perlu dihantar ke bengkel panel insurans atau pusat servis kenderaan yang boleh dipercayai. Ini bagi memastikan kerosakan kereta dibaiki dengan sempurna dan alat ganti kereta yang digunakan adalah tulen.

Tunggu sehingga proses baik pulih kereta anda selesai. Biasanya, tempoh yang diambil untuk kereta anda disiapkan bergantung pada tahap kerosakan kereta anda.

Selain kos pembaikan kereta, anda juga boleh membuat tuntutan Compensation for Assessed Repair Time atau CART. Lakukan follow-up dari semasa ke semasa.

Cara Claim Insuran Kemalangan Sendiri?

4. Bagaimana Cara Claim Insuran Kemalangan Sendiri?

Sekiranya berlaku kemalangan dan anda ingin buat claim insuran kemalangan sendiri, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

1. Hubungi Syarikat Insurans Kenderaan

Hubungi syarikat insurans anda untuk memaklumkan mengenai kemalangan ini dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan.

2. Buat Laporan Polis

Report polis kemalangan untuk tuntutan insurans kenderaan perlu dibuat di balai polis berhampiran dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang risiko lain seperti tuntutan insurans ditolak oleh pihak insurans dan sebagainya.

3. Hantar Kereta ke Bengkel

Minta senarai penuh bengkel panel daripada syarikat insurans anda dan hantar kereta anda ke bengkel panel yang dipilih.

4. Sediakan Dokumen Sokongan

Anda perlu kemukakan dokumen berikut kepada syarikat insurans anda bagi memudahkan dan mempercepat proses:

      • Borang tuntutan yang lengkap;
      • Salinan asal laporan polis;
      • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu (pemandu dan pemegang polisi);
      • Salinan sijil pemilikan kenderaan (geran kereta);
      • Gambar semasa kejadian dan kerosakan kenderaan;
      • Dokumen polis yang menyatakan pihak yang dikompaun bagi kesalahan jalan raya.

5. Selesai

Tunggu sehingga proses baik pulih kereta anda selesai.

5. Berapa Lama Proses Claim Insurans Kereta?

Kebiasaannya, syarikat insurans akan mengambil masa antara tiga hari hingga dua minggu untuk memproses permohonan tuntutan insurans kenderaan anda. Proses claim insurans kereta memakan masa kerana pihak insurans akan membuat siasatan dan penilaian sebelum meluluskan permohonan tuntutan anda.

Anda boleh rujuk syarikat insurans anda untuk kepastian.

6. Berapa Lama Duit Insuran Kemalangan?

Proses tuntutan duit insurans kemalangan atau kecurian biasanya memakan masa enam bulan atau lebih bergantung pada tahap kerumitan tuntutan. Namun begitu, tuntutan biasanya akan diproses sebaik sahaja siasatan berkaitan kecurian atau kemalangan selesai jika tiada sebarang isu.

Anda disarankan untuk buat follow up dengan syarikat insurans anda untuk kemas kini berkaitan.

7. Berapa Kali Boleh Claim Insuran Kereta?

Kebanyakan syarikat insurans tidak mengehadkan jumlah tuntutan insurans kemalangan yang boleh dilakukan dalam tempoh setahun. Ini bermaksud, tiada had sekatan atau berapa banyak tuntutan boleh dibuat. Anda boleh claim insurans kereta setiap kali anda terlibat dalam kemalangan.

Meskipun begitu, penting untuk anda tahu tuntutan insurans kemalangan boleh menjejaskan NCD kereta anda dan harga premium anda. Harga premium insurans kereta anda berisiko lebih mahal apabila anda ingin perbaharui insurans pada tahun berikutnya. Untuk info lanjut berkaitan jumlah tuntutan, anda boleh rujuk artikel ini.

Beli Perlindungan Insurans Kenderaan Terbaik untuk Kereta Anda Hari Ini

Beli Perlindungan Insurans Terbaik untuk Kereta Anda Hari Ini

Perlindungan insurans boleh membantu meringankan beban kewangan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan. Namun begitu, ia bergantung pada jenis perlindungan insurans yang anda pilih. Sekiranya anda memiliki insurans kenderaan first party, anda boleh membuat tuntutan insurans jika berlaku kerosakan pada kenderaan anda dan kenderaan pihak ketiga.

Oleh sebab itu, penting untuk anda mendapatkan perlindungan insurans kereta terbaik untuk ketenangan fikiran bergantung pada keperluan peribadi anda. Jika insurans kereta sudah menghampiri tarikh tamat tempoh, perbaharui insurans kereta anda dengan segera di Qoala Malaysia.

Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia. Semak harga insurans kereta secara percuma dan renew insurans kereta anda semudah ABC hari ini!

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60