Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kejadian tanah mendap (sinkhole) dan tanah runtuh yang mengakibatkan kerosakan pada jalan raya, kenderaan dan harta benda. Bencana alam seperti ini sering berlaku tanpa amaran menyebabkan kerugian yang besar. Persoalannya, adakah kenderaan anda akan dilindungi jika rosak akibat kejadian bencana alam seperti ini?
Adakah Kereta Anda Dilindungi Insurans Jika Berlaku Kerosakan Akibat Bencana Alam?
Polisi insurans kenderaan sama ada insurans pihak ketiga atau insurans komprehensif tidak melindungi kerosakan akibat bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, ribut atau gempa bumi. Ini kerana, bencana alam biasanya termasuk dalam pengecualian polisi standard.
Pengecualian ini merujuk situasi syarikat insurans tidak menanggung kos pembaikan, penggantian atau liabiliti yang timbul disebabkan kemalangan atau kerosakan kereta. Ia merangkumi:
- Pengecualian berkaitan pemandu – pemandu tidak berlesen, pemanduan cuai;
- Pengecualian berkaitan kenderaan – normal wear and tear, kerosakan kenderaan sedia ada, status kenderaan tidak lulus pemeriksaan keselamatan;
- Pengecualian berkaitan kejadian – bencana alam semula jadi, jenayah dan peperangan serta keganasan.
Di sinilah pentingnya perlindungan tambahan insurans bencana alam atau peril khas. Insurans tambahan ini memainkan peranan penting dalam melindungi anda daripada kerugian akibat kejadian tidak dijangka seperti sinkhole dan tanah runtuh. Tanpa perlindungan tambahan peril khas, pemilik kenderaan perlu menanggung kos pembaikan atau penggantian kenderaan yang disebabkan oleh bencana alam.
Apa Itu Perlindungan Peril Khas?
Perlindungan peril khas adalah perlindungan tambahan kepada insurans kenderaan sedia ada. Ia melindungi kenderaan daripada kerosakan akibat bencana alam seperti:
- Tanah runtuh;
- Banjir;
- Sinkhole (tanah mendap);
- Taufan atau ribut;
- Gempa bumi.
Dengan menambah perlindungan ini, anda boleh membuat tuntutan insurans jika kenderaan anda rosak akibat bencana alam tanpa memberi kesan pada kewangan anda.
Bagaimana Cara Mendapatkan Perlindungan Peril Khas?
Ketika memperbaharui atau renew insurans kenderaan, anda akan diberikan pilihan untuk menambah perlindungan peril khas. Biasanya, penambahan perlindungan ini melibatkan kos tambahan sekitar 0.5 peratus daripada jumlah nilai diinsuranskan. Meskipun begitu, harga premium biasanya berbeza-beza bergantung pada pengendali insurans anda.
Untuk info lanjut berkaitan insurans kereta termasuk perlindungan peril khas, anda boleh rujuk ejen insurans Qoala Malaysia. Secara umumnya, perlindungan peril khas sangat berbaloi untuk dimiliki. Lebih-lebih lagi jika anda tinggal di kawasan yang sering mengalami bencana alam.
Sekiranya bencana alam berlaku dan anda tidak mempunyai perlindungan ini, kos pembaikan boleh mencecah ribuan ringgit. Dengan perlindungan tambahan bencana alam, anda boleh membuat tuntutan insurans untuk membaiki kerosakan kereta anda tanpa perlu mengeluarkan belanja tambahan.
Beli Perlindungan Insurans Tambahan di Qoala untuk Ketenangan Fikiran
Sebagai pemilik kenderaan, penting untuk anda melindungi aset anda daripada bencana alam seperti tanah runtuh atau sinkhole. Salah satu cara terbaik adalah dengan mendapatkan perlindungan insurans tambahan bencana alam. Ia merupakan suatu langkah bijak dalam mengelakkan anda daripada berdepan kerugian besar di masa hadapan.
Sekiranya anda sedang mencari insurans bencana alam dan tanah runtuh terbaik di Malaysia, anda boleh mempertimbangkan Qoala Malaysia. Qoala merupakan platform perbandingan insurans terbaik di Malaysia, menawarkan insurans kereta komprehensif pada harga berpatutan. Layari qoala.my hari ini dan dapatkan sebut harga insurans kereta percuma!